Memang ada benarnya nak masak BERAS BASMATHI supaya jadi nasi yang lembut peroi, nisbah sukatan airnya sangat penting! Tak boleh main agak-agak macam kita masak beras biasa. Ada tip dan pantang larang ketika memasak beras basmathi ni, barulah ia jadi elok cantik berderai.

Hadamkan ilmu masak beras basmathi seperti yang dikongsikan oleh Azmi Jusoh ini sebagai panduan.

TIP MEMASAK BERAS BASMATHI : CARA DAPATKAN NASI YANG LEMBUT DAN PEROI LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. SEDIAKAN BERAS

Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.

Ini adalah kerana beras ni dah di rebus terlebih dahulu dan dia jemurkan.Macam yang saya terangkan dlm article saya sebelum ni kenapa dan mengapa ianya di rebus dahulu dan di keringkan.

Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.

Rendamkan beras adalah langkah paling utama.

2. NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)

Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.

Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan ye.

Jika terlebih air nasi akan jadi lembek melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.

IKLAN

Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.

Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. In sya allah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni.
Jika nak lebihkan cecair make sure jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras ye. Make sure take note.

3. TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK

Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:

1) Kaedah menumis beras dahulu: Kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan-bahan tumis di dalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibiarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.

2) Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sebelum masukkan beras ke dalam.

IKLAN

3) Kaedah didih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.

4. PANTANG LARANG KETIKA MEMASAK

Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:

• Elak Kacau Cecair Sudah Mengering

Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dlm stage fragile.

• Perlahankan Api, Tutup Periuk

Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.

• Rehatkan Nasi Selepas Masak

Sentiasa biarkan nasi rest didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.

IKLAN

• Kacau nasi ketika panas, tuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.

• Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.

FORMULA Masak BERAS BASMATHI Nasi Lembut Peroi, Nisbah Sukatan Air Sangat PENTING!
Masak Beryani Gum Hyderabad saya.

5. TIPS MEMASAK BERAS BASMATHI, TIPS TAMBAHAN:

• Menggunakan pewarna: jika nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sblm dikacau.

Minyak: Harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan tuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair.
Elak nasi patah: Elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni, terutama sekali ketika nasi dah kering.
Bekas penyukat: Gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.
Tanpa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih bnyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.

FORMULA Masak BERAS BASMATHI Nasi Lembut Peroi, Nisbah Sukatan Air Sangat PENTING!

Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua yer.

Mesti Baca:Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, PETUA Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai!
Baca Lagi Di Sini:Masak NASI Putih Lebih Sedap, Wangi, Elok Cantik Berderai, Letak 3 Bahan Ni
Artikel Menarik:Petua BERAS Cepat Hancur Jadi BUBUR, Bekukan Dalam Peti Ais Sebelum Masak!

Mingguan Wanita:Jadi kalau nak masak nasi guna beras basmathi boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan ini sebagai panduan. Barulah nasi lembut elok cantik berderai dan masak sekata.

Sumber:Azmi Jusoh

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI