Memasak hidangan istimewa seperti nasi minyak, briyani, nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras basmathi. Hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.

Menanak nasi mungkin nampak mudah tetapi boleh juga menjadi rumit apabila nasi menjadi mentah. Kemahiran memasak yang pertama sering diajar ialah cara menanak nasi agar terhasil elok dan tidak mentah.

Tip Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.

Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:

Tip Masak Nasi Guna Beras Basmathi, Elok Cantik, Lembut & Berderai

IKLAN

Elok Cantik, Lembut & Berderai

1.Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.

2.Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.

Tip Masak Nasi Guna Beras Basmathi, Elok Cantik, Lembut & Berderai

IKLAN

3.Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.

4.Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.

Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.

IKLAN

Artikel berkaitan: Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, PETUA Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai!

NASI DAGANG Terengganu Elok Cantik,Guna Beras Basmathi Campur Beras Pulut Sikit

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI