Rupanya rendam beras basmathi sekejap dengan garam, hasilnya nasi lembut elok masak sekata dan cantik berderai. Bukan apa, walaupun guna beras basmathi, jika tak kena cara masaknya, beras boleh patah, nasi jadi lembik dan sebagainya. Cara ini sesuai nak masak nasi biasa ataupun nasi berperisa.
Boleh ikut cara dan petua yang dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain ini sebagai panduan;
Saja nak share yang dah tahu abaikan aje ye.Kalau masak nasi guna beras basmathi tip akak untuk nasi yang lembut, berderai dan masak sekata.
Cara-Caranya:
1. Rendam Beras Dengan Garam
Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit. (petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).
2. Sukatan Air
Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang nak masak.
3. Didihkan Air
Untuk memasak nasi, didihkan dulu air baru masukkan beras.
Ads
4. Kacau Beras Semasa Air Banyak
Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering elok kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.
5. Tunggu Air Kering Baru Warnakan Nasi
Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau.
Ads
6. Masukkan Butter
Untuk nasi-nasi yang akak masak untuk tempahan last sekali akak akan letak dua sudu butter.( Cara akak le).
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak masak nasi guna beras basmathi boleh ikut cara dan petua yang dikongsikan ini. Barulah nasi lembut elok cantik berderai dan masak sekata.
Susahnya bila penglihatan mata mula kabur. Nak buat kerja apa pun mesti nak kena pakai cermin mata. Lagi-lagi kalau yang tak biasa pakai ‘spek’, semuanya main agak-agak saja.
Salah satu punca penglihatan mata kabur boleh jadi faktor usia yang semakin meningkat. Bagi kanak-kanak pula mungkin sebab terlalu lama main gajet. Kita tak tahu dan banyak faktor juga keadaan ini boleh berlaku.
Ada teknik yang boleh membantu untuk kita terangkan penglihatan mata yang kabur ini. Caranya dengan membuat urutan pada bahagian tapak jari kaki. Inilah yang diajarkan oleh Him Rintingmas.
Dalam video yang dikongsikan oleh Him Rintingmas ini, teknik urutan untuk membantu terangkan penglhatan mata adalah dengan fokuskan kepada point di kawasan tapak kaki iaitu di bahagian kedua jari kaki.
Caranya, tekan pada bahagian bawah tapak jari kaki. Tahan sambil gentelkan pada bahagian tersebut. Kemudian, tekan dan urut menairk ke pangkal jari kaki. Tahan selama 10 saat.
Manakala pada bahagian tapak jari kaki tengah pula, ulang seperti tadi dan tahan lebih kurang 5-10 saat.
Paling penting, semasa membuat urutan, jangan lupa membaca selawat.
Lakukan pada kedua-dua belah bahagian kaki.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanta : Malas betul kan nak ke kedai cermin mata. Apa kata cuba dulu cara ini. Mana tahu boleh membantu.
Bunga plastik, kalau kena cara jaganya ia boleh jadi macam bunga segar. Boleh tertipulah kalau tidak perhatikan betul-betul.
Tapi, kalau tak dijaga dengan betul, bunga plastik ni nampak macam murahan sangat walaupun mak-mak beli dengan harga yang mahal. Cepat sangat habuk melekat dan langsung tak dijaga dengan baik.
Setakat nak bersihkan dengan bulu ayam memang tak memadai. Ikuti perkongsian daripada Hani Mynis cara nak bersihkan bunga plastik.
Setiap kali nak raya mesti nak kena bersihkan bunga plastik. Senang saja, guna deep cleaning iaitu kena guna wet cleaning (basuh dengan air).
Kalau setakat dry cleaning itu bukan deep cleaning ya. Dry cleaning pokok-pokok @ bunga ini buat seminggu sekali untuk buang habuk yang melekat.
Kekerapan deep cleaning : 6 bulan atau setahun sekali.
Langkah-langkah deep cleaning bunga artificial/plastik:
1. Kumpulkan semua pokok/bunga palsu yang ada dalam rumah. Semua termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah, atau di mana-mana. Asingkan mengikut kategori material seperti plastik, poliester, sutera, baldu, latex dll. Asingkan juga ikut jenis seperti jambangan bunga, dedaun atau berpasu.
2. Bagi jambangan bunga yang digubah, sebelum leraikan satu-satu daun dan bunga dari gubahan, ambil gambar terlebih dahulu sebagai rujukan untuk menggubah semula jambangan tadi selepas dibasuh. Ambil gambar 360 darjah jika perlu.
.
3. Ikat jambakan bunga mengikut pasu kerana kita akan basuh mengikut kumpulan sebagai satu set. Dengan cara ini taka da lah kes pasu tercuri satu tangkai bunga dari pasu lain
.
4. Boleh ikat guna getah untuk ikatan sementara atau cable tie untuk kekal.
.
5. Untuk jambakan bunga guna cable tie sebab nanti mudah dan tak perlu gubah, terus masuk je dalam pasu masing-masing. Menjimatkan masa juga.
6. Jenis pokok/bunga berpasu
7. Jenis dedaunan.
8. Boleh mulakan dengan
Sediakan besen berisi air paip bersuhu bilik (buat di sinki dapur atau bilik air berdekatan dengan air mengalir)
Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis)
Kacau campuran tadi sehingga berbuih.
9. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan. Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.
Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci tu dengan jari. Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai.
Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Jangan lama. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. Bila nak cuci pun tak ambil masa lama dan insya Allah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.
.
10. Lepas basuh terus bilas. Maksudnya selesaikan by jambak/set. Jangan basuh semua dulu baru bilas semua. Buat ikut langkah untuk setiap jambak/set.
Basuh – bilas – tos/jemur – ulang dengan yang lain
11. Semasa membilas pun tak perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Tujuan bilas nak luruhkan habuk-habuk dari jambakan bunga kita je. Bilas dengan tangkai ke atas (kita pegang tangkai tu). Pastikan setiap kelopak dan daun kena air mengalir.
Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu.
12. Bagi bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan di rendam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit-sikit semasa bilas. Tapi cepat-cepat tos.
13. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Pastikan betul-betul kering. Kalau lembap ia boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).
.
14. Bagi dry cleaning pokok untuk setiap minggu:
Elak guna hair dryer sebab nanti habuk berterbangan ke tempat lain). Gunalah lint roller (boleh guna washable lint roller untuk opsyen zero waste effort).
.
Untuk jenis dedaun pula macam daun monsera, lapkan dengan dust cleaner dan wipecloth, boleh guna wet tissue juga.
.
P/s: Sebelum tu, ni khas untuk pokok @ bunga dari latex atau plastik @ polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Ada bunga plastik yang harganya murah, tapi janganlah sebab murah buang dan beli baru. Masih boleh dibersihkan. Jangan membazir. Guna balik.
Rasanya kalau buat sendiri semburan serangga untuk tanaman yang kita tanam di rumah, mesti rasa puas hati dan yakin untuk makan. Bukan bermakna penggunaan baja atau semburan berasaskan bahan kimia tidak elok, cuma kena pastikan ia betul-betul selamat digunakan.
Nak dapat bahan semburan serangga di pasaran memang senang. Tapi tak salah kalau nak lagi selamat dan rasa yakin, boleh buat sendiri semburan serangga. Jimat pun jimat.
Perkongsian daripada Tieok Eng boleh dijadikan panduan buat mak-mak yang suka bercucuk tanam dan ingin menjimatkan kos dalam buat sendiri semburan serangga. Bahanya hanya menggunakan nasi yang kita makan sehari-hari.
Perkara yang menjadi masalah bila bercucuk tanam adalah serangan serangga. Daripada elok tanaman membesar, terus terbantut dek ‘tetamu tak diundang’. Malah, salah satu cara untuk untuk pastikan tanaman kita hidup subur pun adalah dengan penggunaan baja atau semburan berasaskan bahan kimia.
Malah, buat sendiri semburan serangga bukan pada tanaman sayitan tapi pada pokok bunga. Sekurangnya dengan baja organik daripada nasi ini, rasa lebih selamat untuk diberikan pada keluarga.
“Pokok cili ini dah subur dan lebat lepas sembur racun sendiri ini. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga
Sengaja masak nasi lebih untuk buat racun homemade untuk hapuskan ulat putih. Jimat dan yang penting sayur yang nak dimakan selamat dari racun yang bahaya pada manusia.
Caranya:
1. Ambil tiga senduk nasi, ramas-ramas.
2. Masukkan nasi tadi dalam botol plastik dan campur dengan air cucian beras pertama. Jangan letak penuh, supaya tak meIetup.
3. Simpan selama seminggu atau lebih. Selepas lebih seminggu boleh terus guna tanpa perlu campur air.
.
Cara ini pokok sayur yang nak dimakan lebih selamat, tiada bahan kImia.
4. Boleh sembur pada pokok yang ada ulat putih. Boleh sembur hari-hari kalau ada banyak serangga perosak.
.
.
Mingguan Wanita : Lepas ni, bolehlah masakkan nasi lebih untuk jadikan semburan pada pokok yang mak-mak tanam. Selamat dan jimat kos.
Satu tragedi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi Rabu semalam cukup menyayat hati bila mana seorang ibu ditemui rentung bersama anak angkatnya berusia sekitar 4-5 tahun. Lebih menyedihkan, kedua-duanya ditemui di ruang tamu rumah berhampiran pintu keluar dalam rumah yang hampir terbakar keseluruhannya.