Rupanya dalam menyediakan hidangan buat keluarga, ada bacaan surah dan zikir tertentu yang mak-mak boleh jadikan amalan seharian. Terutamanya ketika sedang membasuh beras dan memasak nasi. Dengan izin dari Allah ia bermanfaat untuk mengikat kasih sayang, kesihatan dan membentuk sikap ke arah lebih positif.

Jemput baca perkongsian daripada Puan Fatimah Saidin ini.

“Hari ni saya nak bagi teknik masak nasi untuk mengeratkan kasih sayang dalam keluarga, menyihatkan badan dan memberi kekuatan untuk mengubah sikap ahli keluarga kepada yang lebih positif”.

Kaedahnya:

1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:

i) Surah Al-Insyirah
Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.

IKLAN

ii) Surat Al Kauthar
Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.

iii) Surah Al-Qadr
Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.

IKLAN

iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem
Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Ini adalah pesanan dari seorang ustaz semasa saya hadiri kursus kekeluargaan di politeknik. Alhamdulillah, kasih sayang antara ahli keluarga memang kuat.

IKLAN

Saya dah amalkan amalan ini sudah agak lama, alhamdulillah adalah juga perubahan dalam keluarga. Kasih sayang pun bertaut kuat walaupun keturunan kami jenis garang-garang belaka. Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat mak-mak ketika masak nasi dan menyediakan hidangan buat keluarga. Semoga dengan zikir, selawat dan bacaan surah tersebut memberi keberkatan, ikatan kasih sayang buat keluarga bertambah erat.

Sumber: Fatimah Saidin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI