Negeri Sembilan memang terkenal dengan masakan Masak Lemak Cili Apinya. Rasa pedas, masam, masin, manisnya kena semuanya secukup rasa. Namun walaupun simple, masih ramai yang anggap susah dah tak jadi buat masakan ni. Apatah lagi bila pecah minyak, kuah jadi berketul-ketul dan tak cantik. Sebenarnya nak buat Masak Lemak Cili Api ni ada cara dan tekniknya. Bahan-bahan yang digunakan pun kena betul dan tepat.
Boleh ikut tip yang dikongsikan Dr Khabbab Jamalludin ini. Cukup lemak, pekat, likat, pedas dan cantik warnanya.
“Saya perasan ramai yang kata masak lemak cili api Negeri Sembilan susah.”
Pada saya ia antara masakan paling mudah.
Tak perlu banyak bahan.
Tak perlu minyak atau tumisan.
Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak.
Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Bahan/elemen yang perlu ada :
1) Pedas :
Cili api, sebaiknya cili api kampung.
Cili api import boleh tapi kurang wangi.
Dan kena banyak.
2) Masin :
Garam. Lautan boleh, bukit boleh.
Ikan masin pun boleh
3) Masam :
Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit atau daun rambai boleh, kundang boleh, daun mulberry pun ada yang pakai. Macam saya harini, sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
4) Manis :
Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang .
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai(masakan daging atau ayam) dan santan. Gula adalah dilarang sama sekali.
Ads
5) Lemak :
Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat.
Santan kena pekat. Disamping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya,seperti yang saya sebut diatas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen elemen lain.
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan) Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan.
Santan kotak boleh tak? Boleh juga.
Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok elok atau blend je terus)
6) Pahit :
Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan sak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
Ads
7) Kunyit
Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang cuma serbuk lagi senang simpan.
Teknik Elak Pecah Minyak
Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau. Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula mula tutup api nampak macam cair sikit.
Tunggu kejap lagi.
Cenggini.
Rencah bila nak masuk? Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak sebaiknya direbus dengan serai kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut baru masukkan santan.
Ads
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan.
Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa diatas sahaja dah cukup.
Masak lemak ni tak boleh takut takut.
Takut tak jadi lah apa lah.
Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa.
Rasa masih sedap insyaAllah.
Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan tu, ikut tip yang dikongsikan ini, barulah jadi. Sedapnya makan dengan nasi panas-panas dan kuah ‘banjir’.
Kalau ada anak lelaki yang minat kumpul koleksi kereta hot wheels, eloklah buat rak kereta macam yang Puan MeerSha Sapian buat di rumahnya.
Benda ini biasanya bukan anak je suka kumpul, bapa kepada anak-anak pun boleh tahan. Dan mungkin lagi dahsyat, sanggup habus beribu beli koleksi kereta hot wheels. Lagi pun mainan ini ada nilai.
Jadi nak selamatkan kereta hot wheels ini daripada cepat rosak, anda boleh sediakan rak kereta dengan DIY sendiri je.
Tempat Kereta Hot Wheels Guna Rak Kasut
Yang ini versi tak lekat kat dinding lagi.
Ini saya sertakan cara-cara nak buat.
Bahan-bahan simple je.
– Rak kasut kayu, saya beli yang 4 tier (RM35 beli kat tesco. Diy pun ada tapi 2 tier ke 3 tier je rasanya)
– Cable tie
Cara-cara:
1. Double kan rak tu, susun bagi sama rata. Tapi rak ni tak sama rata pula potongan dia.
2. Pastu ikat guna cable tie, kalau nak skru pun boleh je.
3. Susun sampai abis rak yang ada, ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah. Saya buat memanjang ke bawah tapi mesti double kan tau. Kalau tak, nanti tak muat nak letak kereta.
4. Ketatkan ikatan tu pastu potong cable yang lebih-lebih.
5. Dah siap, drill letak kat dinding. Susun la kereta yang ada.
Haaa… kelebihan buat rak kereta macam ni, hot wheels kesayangan anda tak akan cepat rosak dan kaum isteri tengok pun tak sakit mata.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biasa kalau mak-mak nak cepat, mesti akan guna bancuhan tepung segera bila nak menggoreng pisang, keledek atau cempedak. Tapi hasilnya, kadang-kadang tidak seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, ada juga mak-mak selesa menggunakan bancuhan tepung sendiri untuk menggoreng. Tepung yang digunakan pun mestilah sesuai untuk menggoreng.
Kadang-kadang, bila guna bancuhan tepung atau sendiri tidak sama seperti yang dijual di gerai. Ada yang serap minyak sampaikan habis setengah botol minyak. Tak kurang juga makanan yang nak digoreng itu jadi lebik dan sebagainya.
Salah satu makanan bergoreng yang dikatakan ‘harga kayangan’ tentulah cempedak. Maklum saja ada yang jual satu biji cempedak goreng dengan harga RMl. Adakah sebab bancuhan tepung yng lain dari lain, tidak serap minyak dan paling penting ranggup sampai ke petang.
Inilah yang membuatkan mak-mak ingin mengetahui rahsia apakah yang digunakan untuk pastikan bancuhan tepung menggoreng itu ‘menjadi’. Paling mudah, dapat masak sendiri di ruma, barulah puas hati.
Kali ini Zaky Mat Ali berkongsi cara mudah untuk membuat bansuhan tepung sendiri. Mak-mak kena ingat, tepung yang nak digunakan bukan semua boleh dibancuh. Begitu juga dengan tepung beras, ada banyak capnya dan kena sesuaikan dengan apa yang mak-mak nak masak.
Siapa suka cempedak goreng? Memang nikmat makan panas-panas lepas digoreng.
Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Dikongsikan resipi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.
300 gram tepung beras 2 biji telur 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil kapur makan Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat
Caranya:
Campurkan ke semua bahan di atas. Pastikan adunan tidak terlalu cair sangat. Bolehlah masukkan pisang, ubi, keledek atau cempedak. Goreng dalam minyak yang panas.
Jenis Tepung Beras
Tepung Beras Gajah Seekor
Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita, kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.
Tepung Beras Gajah Lima Ekor
Sesuai untuk buat laksa
Ini biji cempedak jangan dibuang. Boleh rebus letak sedikit garam.
Mingguan Wanita : kalau tepung segera tak kena dengan selera kita, boleh buat sendiri bancuhan tepung, baru puas hati.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Serabutnya mata bila tengok tv, nampak aje wayar ‘bergelimpangan’ dan ‘bergayut-gayut’. Tak tenang nak tengok tv. Tambah geram bila anak-anak pula buat main wayar tu…kan tercabut terus terpadam tv tu.
Cho Angah ada berkongsi cara nak sorokkan wayar yang serabut dari tv dan bergayutan ke kabinet. Mudah sangat. Nanti bolehlah cuba buat nanti. Nanti nampak la kemas dan cantik ruangan tv nanti.
“Saya nak kongsi antara cara yang boleh guna pakai untuk sorokkan wayar serabut dari tv ke kabinet. Kosnya pun biasa-biasa sahaja. Low bajet dan semudah ABC.”
Caranya berpandukan pada setiap gambar.
Bahan pertama, Semestinya wayar yang serabut di skala 6. Kite pakai antena biasa je..
Ini bahan utamanya. FLEXIBLE HOSE atau FLEXIBLE CONDUIT.. Ia ada banyak saiz, saya guna saiz 15mm sebab wayar tv tak banyak sangat.. Mana nak dapat?? Boleh cari dekat mana mana hardware. Lagi bagus kalau kedai tu hardware barangan elektrik.
Yang saya tahu ada warna hitam dan putih sahaja. Harga? Murah je. Kira per meter. Jangan lupa ukur panjang wayar dari tv ke kabinet berapa panjang baru beli. Bahan ketiga GUNTING. Apa apa gunting pun boleh.
Part barang dah siap. Okay ini kaedah potong flexible. Potong serong supaya untuk menggelakkan flexible terlampau mengecut. Potong menggunakan gunting sebab flexible ini lembut.
Proses pemasangan. Kumpulkan semua wayar sekali. Selepas itu, selitkan dalam flexible hose itu melalui potongan yang dibuat tadi.
Inilah hasilnya.. nampak kemas dari tadi. Kalau dinding warna biru, boleh cat flexible itu warna biru. Biar flexible tenggelam ikut latar belakang dinding. Cepat mudah dan jimat kan??
Antara cara-cara lain untuk sorokkan wayar tv.
Buat deko pakai wayar.
.
MW: Rasanya semua rumah mesti tepek tv kat dindingkan. Jadi, bolehlah cuba tutupkan dan sorok wayar dari perkongsian ini. Mesti dah tak serabut dan cantik lagi.
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.