Bagi memudahkan kerja memasak, mak-mak gemar sediakan pes siap-siap di hujung minggu agar proses memasak menjadi lebih cepat terutamanya pada hari-hari bekerja. Pes cili kisar antara pes yang wajib mak-mak buat dan simpan di dalam sejuk.

Namun begitu sesetengah mak-mak berdepan masalah apabila pes cili kisar yang disimpan menjadi berbau dan cepat berkulat. Ikuti perkongsian Nad Adleesya ini supaya masalah mak-mak dapat diatasi segera:

PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA DAN TIDAK BERKULAT

Kak Nad memang akan buat pes cili kering untuk memudahkan kerja memasak. Jadi sekali buat memang sekali banyak.

Jadi untuk dapatkan pes cili kering tahan lama. Ini saja yang selalu Kak Nad akan buat.

Bahan-bahannya:

Cili kering
2 labu bawang putih

Cara-caranya.

1. Guntingkan dahulu cili kering untuk lebih senang membuang biji-bijinya.

IKLAN

2. Basuhan pertama, cuci dengan air biasa.


.

3. Kemudian, baru rendamkan dengan air suam yang telah ditapis. Jangan sesekali gunakan air paip. Biarkan sekejap.

4. Setelah cili kering kembang, baru masakkan cili kering bersama bawang putih. Boleh tengok cara-caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang sudah di tapis juga sampai mendidih. Tutup api.


.

IKLAN

5. Biar sejuk sedikit, kemudian tapis dan kisar macam halus. Kalau agak kering, tambahkan sedikit air anggaran 1/4 cawan. Kisar sedikit demi sedikit sehingga cili kering habis.

6. Masukkan dalam bekas kedap udara dan setelah sejuk baru simpan di dalam peti ais.


.

Dah siap!

IKLAN

Baca Juga Di sini:

Cara SIMPAN Cili Kisar Tahan SEBULAN, Bawang Kisar Sehingga 2 MINGGU!

Sedapnya Lemak Cili Api Daging Tetel Dan Masak Lemak Putih Telur Suhun

Mudah kerja nak memasak nanti bagi emak emak yang superbusy.

#KakNadSukaSharing
#ResepiMudahByNadAdleesya

MW: Selepas ini, mak-mak tak perlu risau dan bimbang pes cili kisar berbau atau berkulat. Cara ini akan membuatkan pes mak-mak lebih tahan lama.  Lebih mudah jika mak-mak dapatkan pengisar yang lebih bagus di sini

Sumber: Nad Adlessya