Diam bukan sebab salah tapi nak jaga hubungan dan selamatkan keadaan.

Diam! Tak payah nak melatah bila orang meroyan termasuk pasangan kita. Ada kalanya kita perlu berdiam diri untuk jaga hubungan dan selamatkan keadaan. Diam tu bukan bererti kita malas untuk berbicara apatah lagi sombong. Sebaliknya ketika diam, kita sebenarnya berkomunikasi dengan diri kita.

Cuba perhalusi, perhatikan  diri kita ketika diam. Ketika ini otak ligat berfikir dan hati berkata-kata. Diam sebenarnya memberi ruang kepada kita membuat keputusan yang lebih tepat. Kita mempunyai masa untuk berfikir sejenak dan membuat timbang tara mengenai keputusan yang ingin dibuat.

Orang yang bercakap tanpa berfikir sering kali hilang fokus dan ada kalanya perkataan yang diucapkan sensitif serta ada kalanya melukakan hati orang lain. Sebab itulah saya merasakan penting untuk kita diam seketika sebelum memberi buah fikiran.

Diam Je Jangan Melatah

Begitu juga ketika kita disakiti, dilemparkan fitnah dan menjadi umpat keji golongan yang gemar bergosip. Bohonglah jika hati tidak sakit dan terluka. Inilah ujian yang perlu kita tangani dengan bijak.

Ketika berdepan dengan situasi ini, majoriti orang mudah melatah dengan menuturkan perkataan kasar untuk membela diri. Ada juga yang menangis, emosinya terganggu kerana terluka yang amat sangat. Sebenarnya, cara yang paling baik untuk menangani isu ini adalah berdiam diri.

IKLAN

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/syukur-penawar-hati-tamak/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

IKLAN

Suka Bercakap Sampai Terbuka Aib Sendiri

Usah balas kejahatan dengan kejahatan. Sebaik-baiknya berusaha membalas kejahatan dengan kebaikan. Jika tidak mampu cukup sekadar berdiam diri. Biarkan orang berkata-kata, biarkan mereka menyebar cerita.

Golongan yang suka bercakap keburukan dan gemar mengaibkan orang sebenarnya berada dalam kerugian. Mereka membuka pekung di dada menunjukkan kelemahan diri tanpa mereka sedari. Biasanya golongan ini bercakap keburukan orang kerana mahu menutup kekurangan diri mereka.

IKLAN

Usah pedulikan mereka, abaikan mereka. Anggaplah golongan ini seperti lalat yang beterbangan. Jika berasa diri teraniaya, cukup sekadar meluahkan rasa hati kepada teman-teman rapat yang dipercayai dan keluarga terdekat. Itu sebagai usaha mengurangkan beban perasaan luka yang ditanggung.

Mengadu Pada Allah

Cara yang paling afdal adalah mengadu kepada Allah. Luahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Lepaskan kedukaan, luahkan kesakitan, hamburkan air mata agar anda benar-benar lega. Perasaan akan kembali tenang apabila kita meluah rasa kepada Allah.

Jangan sesekali minta balasan buruk kepada orang yang menyakiti kita. Doakan yang baik-baik, semoga Allah berikan hidayah kepadanya. Semakin terluka hati kita, semakin kita menjadi insan yang tabah. Sedekahkan Al-Fatihah kepada orang yang menganiaya kita, niatkan agar dia berubah menjadi insan lebih baik.

Indahkan berdiam diri. Inilah ‘kuasa’ diam, ia mampu memberi keputusan positif dan mempengaruhi refleksi diri kita terhadap situasi yang berlaku. Kita tidak melatah sebaliknya tenang berdepan ujian.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI