Keluarga wanita kena tikam dengan bekas tunang beri nasihat pada gadis, hati-hati memilih pasangan.   29 Mei lalu, berlaku satu kejadian bunuh melibatkan seorang gadis di sebuah pusat beli belah di Sabah.

Dalam kejadian menyedihkan itu, Nurul Ain Silien, 22, gagal diselamatkan oleh pasukan perubatan selepas tikam lapan kali oleh bekas tunangnya, Chung King Fung, 32 yang kini menghadapi tuduhan di  bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dua hari lepas.

Keluarga Wanita Kena Tikam Dengan Bekas Tunang Beri Nasihat Pada Gadis

Abang kepada arwah memaklumkan di fbnya @Mijul ERA bahawa tertuduh tidak dibenarkan ikan jamin dan dibawa terus ke Penjara Kepayan sementara menunggu keputusan untuk disabitkan kesalahan kes akan sambung bicara balik pada 11 Julai 2023 ini.

Di sebalik kejadian menyedihkan menimpa Nurul Ain yang ditemui terlentang di atas lantai dengan beberapa kesan tikaman, ahli keluarganya berharap keadilan bagi kes anak mereka.

Bahkan semasa mengadakan kenduri tahlil arwah untuk adik kesayangan mereka ini, abangnya turut menitipkan pesanan dari bapanya kepada mana-mana wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati memilih pasangan hidup mereka di masa hadapan agar perbuatan kejam yang berlaku pada mereka ini tidak terjadi kepada orang lain.

Keluarga Wanita Kena Tikam Dengan Bekas Tunang Beri Nasihat Pada Gadis, Hati-Hati Memilih Pasangan

Keluarga Wanita Kena Tikam Dengan Bekas Tunang Beri Nasihat Pada Gadis, Hati-Hati Memilih Pasangan

Hati-Hati Memilih Pasangan

Namun kes ini menarik perhatian kerana sehari sebelum kejadian bunuh, arwah dan ibunya ada membuat laporan polis kerana tertuduh dipercayai memarahi mangsa termasuk mengugut untuk memukulnya namun mereka sekeluarga tidak diberikan “panduan” dari pihak berkuasa berkaitan laporan tersebut dan masa yang sama  tiada tindakan diambil terhadap ugutan bekas tunang.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pernikahan Komitmen Seumur Hidup, Teliti Pilih Pasangan Supaya HIDUP Seperti Di Syurga

Suami Curang Sebab Pilihan Sendiri, Jangan Aniaya Pasangan, Isteri Boleh Mohon FASAKH

Curang Itu Pilihan Bukan Boleh Dibuat Main-Main, Suami Janganlah Aniaya Pasangan!

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis akan melakukan siasatan jika berlaku ketidakcapaian anggotanya dalam hal ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan menyiasat sekiranya berlaku ketidakcapaian standard dalam siasatan laporan mangsa bersama keluarganya yang berakhir dengan pembunuhan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, sekiranya siasatan tidak mencapai standard, tindakan tatatertib akan diambil.

IKLAN

“Memang betul ada laporan polis (dibuat mangsa dan keluarganya). Kita akan menyiasat apa tindakan yang dilakukan dari segi siasatan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Terdahulu, keluarga kepada Nurul Ain Silien, 22, yang dibunuh di pusat beli-belah, di sini, 29 Mei lalu, membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa dalam menangani laporan dibuat mereka sebelum pembunuhan itu.

Laporan polis itu dibuat ibu mangsa, Datuk Siti Aminah Jabarhan di Balai Polis Karamunsing, semalam.

Peguam mewakili mangsa, Nabila Norsahar berkata, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 28 Mei lalu selepas tertuduh dalam kes itu, Chung King Fung, 32, dipercayai memarahi mangsa termasuk mengugut untuk memukulnya.

Sementara itu, Siti Aminah berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan kes itu selain akan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis.

IKLAN

Bagaimanapun beliau sedikit kecewa kerana mereka langung tidak diberikan ‘panduan’ selepas dia dan mangsa membuat laporan polis sehari sebelum kejadian bunuh itu.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh Nurul Ain Silien.

Mahkamah menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat dari pihak hosital serta laporan data asid deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari Jabatan Kimia.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI