Ezzaty bersalin anak kedua, tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos yang baru saja menimang cahaya mata kedua.
Ibu muda ini selamat melahirkan anak kedua pada 11 Februari di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor, pada jam 3.53 pagi.
Ezzaty Bersalin Anak Kedua
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya Ezzaty menyatakan dirinya selamat melahirkan bayi kedua.
“10 Rejab pagi Jumaat 3.53 pagi lahir bayi kami dengan selamat. Terima kasih atas doa yang tidak putus dari semua. Alhamdulillah
“Bayi lelaki itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.95 kilogram,” tulis Ezzaty.
Ads
Sudah Dapat Sepasang Anak
Menerusi perkongsian di salah sebuah portal berita, Ezzaty berkongsi pengalamannya ketika melahirkan.
“Alhamdulillah, sudah ada sepasang anak. Banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia yang sudah berusia lima tahun.
“Berat kelahiran, doktor yang melakukan prosedur dan cara ‘induce’ atau proses bersalin secara paksaan juga sama. Apa yang berbeza hanya rasa sahaja.
“Kali ini, jujur saya akui rasa macam hendak tercabut nyawa. Inilah pengalaman dan proses kelahiran seperti yang selalu saya dengar dan diceritakan.
Ads
“Tetapi di sebalik semua itu, Allah mempermudah dan mempercepatkan proses kelahiran anak ini. Jadi, tidak terlalu lama saya harus menahan sakit,” sambungnya seperti mana yang dipetik menerusi BH Online.
Malah Ezzaty juga berkongsi belum mempunyai pilihan nama untuk puteranya itu. Manakala gambar bayinya pula akan dikongsi selepas tujuh hari kelahiran atau berakhirnya proses pantang.
“Tujuh tahun merantau, bercinta jarak jauh.” Lelaki ini kecewa kekasih pilih orang lain untuk menamatkan zaman bujang.
Tentu saja pelbagai ujian mendatang selama tujuh tahun hubungan cinta terjalin. Inilah namanya ujian dalam perhubungan.
Gara-gara kecewa cinta dikhianati, seorang lelaki mengamuk di sebuah majlis perkahwinan kerana teman wanitanya memilih jejaka lain sebagai suami selepas mereka bercinta selama tujuh tahun, lapor portal Wolipop semalam.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman Instagram, seorang lelaki yang memakai jaket hitam dilihat berada dalam keadaan marah dan memberitahu bahawa dia ingin bertemu dengan pengantin.
Lelaki tersebut dilaporkan baru pulang ke Indonesia selepas merantau di Malaysia selama tujuh tahun.
Sepanjang tempoh itu, dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh bersama teman wanitanya.
Lelaki itu bagaimanapun berasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa teman wanitanya membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain.
“Hancur hatinya. Hubungan cinta jarak jauh selama tujuh tahun. Selepas pulang, teman wanitanya mengahwini lelaki lain,” demikian menurut keterangan akaun Instagram @andreli_48.
Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati kepada lelaki berkenaan.
“Jangan-jangan setiap bulan dia kirimkan duit. Sebab itulah dia amat kecewa apabila teman wanitanya berkahwin dengan orang lain,” kata seorang netizen.
“Tujuh tahun jaga jodoh orang,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Semoga lelaki ini bertemu dengan wanita yang lebih baik dan menghargai dirinya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Sebulan berkahwin isteri Fizo hamil, tahniah buat pasangan popular Fizo Omar dan isteri Fazeera Nazri. Pasangan ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian sebuah video di akaun rasmi Instagram pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, menyampaikan berita gembira kehamilan isteri tercintanya.
Malah menerusi perkongsian video yang cukup romantis saat Fazeera memberi kejutan buat Fizo, ternyata Fizo begitu teruja dan cukup gembira dengan rezeki kurniaan Allah itu.
Fizo yang pernah berkahwin dengan Mawar Karim pada 2013 dan berpisah pada Julai 2019 turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam, 5.
“Alhamdulillah Syukur, Cik Yam nak dapat adik dah!
“Muka Abe Joe terkejut, terkedu dan super excited.
“Ya la baru sebulan kahwin tiba-tiba isteri tunjuk alat ujian kehamilan dan beritahu ‘sayang I positive!’” titip Fizo.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang pada 21 Oktober 2021 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang tidak pernah putus.
“Syukur Ya ALLAH rezeki 2022 ini datang bertali arus atas izin-MU.
“Semoga ALLAH memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah dan akan membawa daddy dan ummie ke syurga. Amiin,” titipnya.
“Kumpul sikit demi sikit, untuk kegunaan terdesak.” Alhamdulillah akhirnya barang kemas ditemui semula oleh pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Prai.
Atas kegigihan mereka, barang kemas yang hilang ditemui semula. Benarlah jika masih rezeki tuannya, ianya akan kembali semula. Syukur Alhamdulillah.
“Pada awalnya saya reda bila barang kemas tersilap buang itu tidak ditemui, namun siapa sangka Wira Oren (pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai) sanggup berkorban masa dan tenaga mereka membantu menggeledah timbunan sampah untuk mencari sehingga ditemui semula,” kata Rohaya Ismail.
Rohaya, 31, yang juga anggota polis di Balai Polis Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang, berkongsi mengenai perkara itu melalui Facebook (FB) miliknya sehingga tular dan mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan mulia sekumpulan pekerja MBSP itu.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia yang membuang lampin pakai buang anaknya tidak menyedari turut terbuang sekali satu beg kecil mengandungi sejumlah emas miliknya yang dibeli dan disimpan sejak berusia 18 tahun.
“Barang kemas itu sangat bermakna kerana saya bukan berasal dari keluarga senang. Ayah meninggal dunia masa usia saya 14 tahun dan saya cuba mengumpul emas itu sedikit demi sedikit semasa bekerja kilang untuk kegunaan masa terdesak.
“Saya tidak tahu macam mana boleh terbuang, sebaliknya sedar beg kecil itu hilang pada 7.45 pagi semalam dan masa itu memang rasa hendak menangis sebab emas itu begitu berharga.
“Kebetulan abang saya ingin pergi buang sampah pada 9 pagi hari sama dan saya minta dia tolong cari, tetapi tidak jumpa. Abang pergi berjumpa lori MBSP tidak jauh dari kuarters yang saya didiami yang mereka (pekerja) minta pergi ke depo pembersihan di Tasek Gelugor,” katanya lagi.
Menurutnya, dia tidak menaruh harapan tinggi sama ada barang kemas miliknya itu ditemui semula, tambahan pula bukan mudah untuk mencarinya disamping tidak boleh sewenang-wenangnya kerana perlu mengikut prosedur.
Katanya, dia reda jika tiada rezeki serta serahkan semua urusan kepada Allah.
“Saya tidak sangka MPSP dari pihak atasan sehingga bawah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk turun mencari dalam timbunan sampah yang begitu banyak.
“Tidak lama kemudian (1.30 tengah hari) abang saya menghubungi menerusi panggilan video menunjukkan barang kemas saya ditemui semula dalam satu beg plastik hitam. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat sekumpulan Wira Oren dan perasaan ini tidak terungkap dengan kata-kata.
“Walaupun pekerjaan mereka (Wira Oren) ada yang pandang serong, tetapi bagi saya mereka adalah wira negara yang ikhlas serta jujur apabila sanggup berkorban mencari barang kemas saya sehingga jumpa,” katanya yang merahsiakan nilai keseluruhan barang kemas miliknya itu.
Terdahulu, hantaran wanita itu tular di media sosial dengan mendapat ribuan tanda suka dan dikongsi ratusan pengguna FB.
Menurut posting itu, wanita terbabit turut memberikan sedikit sagu hati kepada pekerja MBSP berkenaan sebagai tanda penghargaan selepas bertungkus lumus menggeledah, mengorek dan mencari emas miliknya dalam timbunan sampah sehingga ditemui.
Membeli emas sekarang mudah, kumpul duit sikit-sikit dan bila sudah cukup duitnya boleh beli online kalau malu nak ke kedai emas. Pastikan seller tersebut dipercayai barulah order. Pilih mana satu yang berkenandi hati dan ikut bajet, kemudian bayar. Mudah sungguh.
Mingguan Wanita : Terima kasih kepada wira oren yang memahami situasi yang dilalui oleh wanita ini. Bayangkan barang kemas yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hilang, sudah tentu timbul perasaan ralat dan kecewa. Syukur akhirnya ditemui juga.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.