Kuih bahulu ni antara kuih klasik yang ada penggemarnya yang tersendiri. Jarang dah orang nak buat kuih bahulu ni, berbanding kuih dan biskut moden. Mungkin ada yang rasa renyah bila nak buat kuih ni.
Hakikatnya, tak lah susah mana pun guna 4 bahan je dan boleh bakar dalam oven. Tapi kena ikut cara dan tip yang betul, barulah kuih bahulunya gebu, elok tak melekat walaupun pertama kali buat.
“Tenghari tadi try buat bahulu, 1st time buat alhamdulillah gebu pun.
Bahulu cermai.”
Saya guna bahan ni je.
Bahan-Bahan:
Secawan Tepung gandum
Setengah cawan Gula
5 biji Telor (gred A, B, atau C)
Sedikit esen vanila
Cara Membuat:
1.Mix atau blend telor dan gula dulu sampai kembang pekat dalam 5 minit 2.Selepas tu masukkan tepung sikit-sikit dan mix lagi dalam 2 minit.
3.Kemudian masukkan esen vanilla.Kacau rata.
4. Sebelum itu, panaskan dulu acuan dalam 10 mnit suhu 200 (untuk kali pertama sahaja supaya tak melekat).
5.Lepas panas sebelum letak adunan dalam acuan.Sapu rata semua bahagian dengan minyak masak supaya tak lekat, setiap kali nak letak adunan ye.
Ads
6.Mesti sapu minyak rata dulu.Bakar suhu 200 selama 12 minit.
7.Guna bahagian tengah letak acuan atas tray grill guna api atas bawah.
Ads
Dapat la dalam 48 biji. Boleh guna blend dan mixer. Saya bakar guna oven.
Bila masak sotong selalunya masalah yang kerap berlaku ialah sotong jadi liat dan keras. Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.
Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap’
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air
Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
Menyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Cara Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Dan Ruang Sejuk Beku:
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.
Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Bagi peminat kopi tegar, macam-macam perisa kopi boleh dicuba bagi menikmati kesedapan rasa kopi itu sendiri. Untuk kelainan, sesekali boleh cuba kopi segera yang dicampur dengan kepingan gula karamel bagi menambah keenakkan rasa dan aromanya.
Boleh cuba buat sendiri resepi mudah Coffee Honeycomb Sugar yang dikongsikan oleh Erma Azizieini;
Khas untuk peminat COFFEE TEGAR cam aku ni. Haritu ada minum kat cafe mahal tu, minum coffee pastu ada gula caramel atasnya. Serius tak boleh nak move on.
So google dan dapat resepi gula caramel ni. Dekat Korea panggil Dalgona sugar. Tempat lain panggil honeycomb sugar. Nescafe + Dalgona sugar or honeycomb sugar. Jom buat.
Resepi dalgona/ honeycomb sugar
Bahan-Bahan:
1 cawan gula
3/4 sudu teh soda bikarbonat (kurang sikit dari 1 sudu teh)
Cara Membuat:
1. Cairkan gula sampai gula warna keperangan, sentiasa gaul ye. Jangan sampai hangus ye tuan-tuan dan puan-puan. Guna api yang sederhana. Jangan buka api yang besar, nanti hangus.
2. Bila dah warna perang, matikan api terus masukkan soda bikarbonat, gaul rata.
3. Letak atas tutup periuk steel. Guna loyang pun boleh.
4. Tunggu sejuk dan keras. Pastu ketuk guna anak batu lesung yang dibungkus plastik.(Kalau tak bungkus plastik, takut rasa cili plak).
5. Keadaan dalgona / honeycomb candy yang dah siap.
6. Selepas itu bancuh la air nescafe + susu pekat 1 sudu pastu tambah dalgona candy/ honeycomb candy ni 1 sudu.
MW: Jadi buat peminat kopi dan sukakan kelainan dan citarasa baru, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Senang sangat nak buat dan rasai kesedapannya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...