Pasti ramai yang menggemari makanan laut atau seafood ini. Namakan saja; ketam, udang,  aneka cengkerang dan sebagainya, pasti terbayang akan kelazatannya apabila dimasak dengan pelbagai masakan. Sedap hingga menjilat jari!

Namun di sebalik kesedapan makanan laut itu, ia boleh mengundang padah bagi mereka yang memiliki alahan atau elergik.  Topik itu telah dibincangkan di dalam Mingguan Wanita Talkshow hari ini, bertajuk “Makanan Laut; syurga Atau Derita”.

Makanan Laut Sedap...Namun Awas, boleh Bawa Padah!

Menurut pakar yang diundang, Dr. Saliza Mohd Alias daripada UPM, makanan laut memiliki khasiat untuk badan. Ia merupakan sumber protein haiwan yang berkualiti tinggi, rendah lemak, tiada kalori, mengandungi mineral dan vitamin.  Ikan laut juga tinggi protein dan lemak Omega 3 yang bagus untuk tubuh.

Akibatkan Elergik

Tambah beliau, tidak harus dipersalahkan makanan laut saja apabila seseorang itu mengalami elergik. Ini berpunca daripada badan seseorang. Apabila elergik terhadap makanan laut, imun badan bertindak balas dengan protein tertentu yang ada dalam makanan laut tersebut.

Apabila imun badan menganggap protein di dalam makanan laut itu sebagai ancaman dan berbahaya, ia akan memberikan reaksi.

IKLAN

Antara penyakit yang boleh disebabkan oleh makanan laut seperti elergik, gout, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Namun, ia bukan disebabkan pengambilan makanan laut semata-mata. Sebaliknya ada faktor lain seperti mengambil banyak makanan bergaram, berlemak dan sebagainya lagi.

Makanan Laut Sedap...Namun Awas, boleh Bawa Padah!

Boleh Ancam Nyawa

Perlu diambil perhatian sekiranya elergik itu serius. Antara simptom yang ditunjukkan akibat elergik seperti bengkak pada saluran pernafasan yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan seterusnya boleh membawa maut.

Manakala kesan elergik yang ringan seperti kegatalan pada kulit tubuh dan boleh diatasi dengan pengambilan ubat.

IKLAN

Nasihat Dr. Saliza, bagi yang mempunyai elergik pada makanan laut, sebaiknya elakkan memakannya atau sekiranya teringin, perlu bersedia dengan ubat-ibatan.

Ikuti kupasan lanjut dalam siaran ulangan pada jam 5 petang ini bersama hos Siti Elizad dan Raden. Tetamu-tetamu undangan lain adalah artis cantik Farahdhiya, Chef Sherry dan penyanyi muda, Sarah Suhairi, yang turut membuat persembahan.

#mingguanWanitaTV

IKLAN

#mingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121