2 beranak dikebumi satu liang lahat, isteri & anak perempuan parah kemalangan perodua Kancil. Tidak lambat sesaat, tidak juga cepat seminit. Saat ajal tiba, itulah janji Allah pada setiap makhluk ciptaanNya.
Satu kemalangan ngeri melibatkan perodua Kancil mengakibatkan dua beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 276.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat sini 5 Ogos lalu.
Dalam kejadian jam 11.30 malam, pemandu Perodua Kancil itu maut di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
2 Beranak Dikebumi Satu Liang Lahat
Dari perkongsian rakan mengenali arwah, Wan Tacchini, diberitakan arwah Shahrul Nizam bin Ahmad atau mesra disapa Adeq KJ meninggal akibat kecederaan parah di kepala manakala anak lelakinya turut mengalami kecederaan parah di tubuh selepas tayar kereta dinaiki pecah lalu terbabas sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain. Kedua beranak ini telah selamat dikebumikan di Beranang dalam satu liang lahat.
Arwah dan anak lelakinya telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat manakala isteri dan anak perempuannya dilaporkan parahRakan-rakan baik arwah menziarahi dan hadir di pengkebumian
Isteri & Anak Perempuan Parah Kemalangan Perodua Kancil
Masa yang sama, isteri dan anak perempuannya berusia 5 tahun parah dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, tayar kereta itu disyaki pecah menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan dan melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan.
“Sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan dikatakan melanggar Perodua Kancil itu dan Perodua Myvi lain yang berada di lorong kedua,” katanya dalam kenyataan media.
Kancil yang dipasang enjin turbo ini dilihat gagal mengawal kenderaan selepas tayarnya pecah lalu melanggar pembahagi jalan.Beginilah kenderaan Kancil yang agak remuk selepas terlibat kemalangan ini
Abdul Malik berkata, pemandu Perodua Kancil yang juga lelaki berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Anaknya meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada jam 7.40 pagi tadi.
Ads
“Isterinya yang berumur 27 tahun serta seorang lagi anak berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah. Dua pemandu dan seorang penumpang kenderaan lain mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Abdul Malik berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke HTJ dan Hospital Kajang untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut dibawa ke HTJ bagi proses bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta hubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019- 4611794.
Hujan lebat dan paras air naik mendadak di beberapa kawasan di pantai timur menyebabkan pelbagai urusan tergendala dan terperangkap banjir. Jenazah wanita warga emas yang terperangkap banjir di Kampung Gaung, Jerteh, di sini selamat dibawa ke Hospital Besut kira-kira jam 10 pagi pada Isnin.
Cucunya, Nik Mohd Faiz Mohd Khalil, 30, berkata, jenazah neneknya, Che Gayah Mohamad, 82 dibawa ke hospital menggunakan bot dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gaung, petang ini.
“Arwah nenek meninggal dunia akibat sakit tua di rumah sekitar jam 8 malam pada Ahad. Memandangkan keadaan banjir, ahli keluarga bercadang untuk kebumikan jenazah keesokannya.
“Bagaimanapun, air naik secara mendadak sehingga mencecah satu meter di sekitar kediaman ini bermula jam 3 pagi tadi membataskan pergerakan untuk urusan jenazah.
“Mujurlah ada sebuah bot yang menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah secara percuma sampai dah jenazah nenek saya selamat dihantar ke hospital untuk menjalani beberapa proses sebelum dikebumikan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Rumah Dinaiki Air Malam Ahad
Nik Mohd Faiz memberitahu, laluan berdekatan kawasan rumah itu mula dinaiki air sejak jam 10 malam pada Ahad.
Namun katanya, kira-kira 30 ahli keluarga yang tinggal berdekatan di Kampung Gaung sempat berkumpul di rumah neneknya pada petang Ahad.
“Buat masa ini, 30 ahli keluarga yang lain masih ada di rumah yang dinaiki air kerana hanya saya bersama jenazah dan tiga orang lain yang berjaya keluar untuk membawa jenazah ke hospital.
“Ahli keluarga lain masih terkandas. Saya harap bantuan segera sampai dan mereka semua dapat berpindah ke lokasi selamat kerana air semakin naik,” katanya.
Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 16,125 mangsa banjir di pindahkan di kesemua lapan daerah di Terengganu.
Sehingga jam 12 tengah hari tadi, semua mangsa dari 4,588 keluarga dipindahkan ke 206 buah PPS.
Tak ramai yang tahu cara nak bersihkan air cond, malah mungkin ramai yang guna bertahun sampailah air cond itu ada masalah disebabkan habuk!
Nak tahu bilik kita banyak habuk ke tidak, boleh tengok pada penghawa dingin. Kalau banyak habuk pada penapisnya maka memang banyak lah habuk dalam bilik kita itu.
Tetapi jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah!
Mungkin ada yang tak tahu, air cond pun coleh cuci sendiri dan ini adalah salah satu cara berkesan untuk bersihkan aircond. Jom semak
Rupanya hanya gunakan remote jer..
Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut:
1. Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
2. Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
3. Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ??
Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ini akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
NOTA:
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelitup muka dipakai bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dan mempunyai spesifikasi tertentu barulah ia benar-benar berkesan dalam melindungi diri daripada virus ini. Walaupun kini, pelbagai rekaan ada di pasaran, namun material yang digunakan pula pastinya yang bersesuaian dengan tujuan pemakaian pelitup muka ini.
Pelitup Muka Emas
Mungkin atas status sosial bagi menggambarkan status dan kekayaan yang dimiliki, seorang Ahli Perniagaan di Benggal, India telah menempah dan menggayakan pelitup muka emas daripada pereka barang kemas Chandan Das.
Das difahamkan menyiapkan pelitup muka emas seberat 108 gram itu dalam masa 15 hari.Harga pelitup muka berkenaan mencecah Rs 5.7 Lakh atau bersamaan RM236,000.
Semasa perayaan ‘Durga Puja’ di Kolkata, ahli perniagaan itu memakai pelitup muka tersebut terbarunya tetapi terpaksa menanggalkannya kerana menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Foto pelitup muka tersebut kemudian tular di Twitter dikongsikan wartawan Rituparna Chatterjee.
Pada tahun 2020, pelitup muka emas milik seorang hartawan, Shankar Kurhade dari Pune menjadi tular. Pelitup muka seberat 60 gram itu mempunyai beberapa lubang kecil yang membolehkan dia bernafas.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Mungkin sebab dah terlampau kaya, pelitup muka pun nak diperbuat daripada emas. Pelitup muka sekadar bergaya, namun tidak berfungsi untuk melindungi diri daripada virus covid-19.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.