Sungguh malang tidak berbau, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, oleh bapa saudaranya.
Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.
Kelar Pergelangan Tangan Sebelum Cederakan
Dalam kejadian 3.40 petang itu, difahamkan, suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.
Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.
Ads
Terdengar Bunyi Bisikan
Katanya, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.
“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.
“Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara,” katanya di sini, hari ini.
Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.
Ads
Menurut Taiyoob, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.
“Diharap, semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.
“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga anak-anak yang menjadi mangsa ini cepat sembuh. Ahli keluarga yang mempunyai masalah mental dan kesihatan perlu perhatian penuh bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Nur Farah Kartini ditemui tidak bernyawa, hilang di Tanjung Malim, ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Misteri kehilangan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan akhirnya terjawab.
Nur Farah Kartini Ditemui Tidak Bernyawa, Hilang Di Tanjung Malim, Ditemui Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor
Mayat gadis berusia 25 tahun itu ditemukan tidak bernyawa di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.
Susulan penemuan mayat berkenaan, Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Lelaki yang ditahan Polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek berusia 26 tahun terbabit ditahan susulan siasatan yang dilakukan berhubung kehilangan mangsa.
“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang gadis dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir dilihat, dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.
Berikut kronologi kehilangan Allahyarham yang dilaporkan pada 10 Julai yang lalu sehingga kini:
1-Nur Farah yang berasal dari Miri, Sarawak, merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Multimedia dilaporkan hilang pada 10 Julai.
2-Menurut rakan, Nur Farah bekerja d bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan di Tanjung Malim, namun dalam masa sama turut membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta.
3-Laporan kehilangannya dibuat pada pada jam 1.56 pagi.
4-Allahyarham difahamkan memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar panjang hitam.
5-Rakannya dikenali sebagai Amira cuba mengesan Nur Farah dan berkongsi gambar serta maklumat di laman sosial.
6-Menurut Amira, Nur Farah hilang sejak jam 8 pagi Rabu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di sekitar kawasan perumahan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada pagi wanita itu dilaporkan hilang.
7-Rakannya itu kemudian membuat laporan mengenai perkara tersebut di Balai Polis Ulu Bernam, Selangor dengan menyertakan beberapa info termasuk tinggi 163 sentimeter, berat 58 kilogram dan mempunyai tahi lalat pada bawah mata kiri.
8-Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita yang bernama Nur Farah pada pukul 1.56 pagi.
9-Portal berita melaporkan, wakil kedai percetakan yang enggan dikenali memaklumkan Nur Farah pekerja yang komited sepanjang setahun bekerja. Menurutnya, gadis itu tidak bekerja di syarikat kereta sewa sebaliknya membantu secara sambilan bagi mendapatkan komisen.
10-Menurut sumber berkenaan, Nur Farah dilihat menaiki kereta berwarna merah yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftaran berikutan hujan pada waktu kejadian.
11-Komunikasi terakhir Allahyarham dengan salah seorang pengurusan kedai percetakan pada 8.14 pagi hari kejadian. Selepas itu, gadis tersebut tidak dapat dihubungi. Panggilan telefon tidak berjawab, malah pesanan WhatsApp juga tidak dibalas mahupun dibaca.
12-Pada malam hari kejadian, abang Nur Farah yang tinggal di Selangor datang ke Tanjung Malim bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan mengenai adiknya.
13-Pada petang 15 Julai, polis merakam percakapan tujuh individu berhubung kehilangan Nur Farah iaitu antaranya rakan sekerja dan dan wanita yang menyewa kereta pada hari kejadian.
14-Seluruh negara dikejutkan dengan berita penemuan mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, dipercayai dibunuh.
15-Malamnya, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan Polis tahan teman lelaki Nur Farah.
16-Lelaki yang merupakan penjawat awam itu akan direman 9 pagi ini.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Sewaktu bertemu dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebentar tadi di majlis pelancaran Beaukids, single terbaru dan video klip lagu kanak-kanak di Cyberjaya, penyanyi ini menerangkan tentang isu penyanyi Aishah menyekat akaun Instagramnya.
Seperti mana kenyataan yang diberikan oleh Aishah, yang tak sengaja menyekat akaun Instagram Siti, penyanyi tersohor ini juga menerangkan perkara sebegitu biasa terjadi.
“Bukan satu isu untuk diperbesarkan. Bagi saya, paling penting semua pihak sentiasa saling menghargai,” jawabnya.
Siti Nurhaliza Tak Nak Perbesarkan Isu Ini
Seperti mana yang diperjelaskan secara ringkas sewaktu sidang media, dirinya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.
“Saya sebenarnya tak nak besarkan perkara ini. Saya pun tak tahu apa nak cakap. Saya tak periksa pun Instagram disekat. Sebab kadang-kadang saya sendiri tak sempat nak pegang dan periksa telefon.
“Kita Sendiri Pun Pernah Tidak Sengaja Sekat Akaun Instagram Orang Lain”
“Biasalah, kadang-kadang kita sendiri pun pernah tidak sengaja sekat akaun Instagram orang lain. Bagi saya itu perkara biasa. Mungkin tak perasan. Tapi apa yang penting bagi saya, kita saling menghargai.
“Apabila saya baca, baru saya tahu mengenai isu ini. Sebelum ini, saya cari Instagram Aishah pun tak jumpa,” ungkap Siti serba ringkas.
Salute! Walaupun sudah berusia 110 tahun, warga emas ini gigih mengayuh beca demi sesuap nasi.
Tidak pernah kenal erti jemu, malah kekal bersemangat untuk keluar mencari rezeki pada setiap hari.
Walaupun Berusia 110 tahun
Seorang warga emas dari Blitar, Jawa Timur menarik perhatian di media sosial apabila masih gigih mengayuh beca walaupun berusia 110 tahun demi sesuap nasi, lapor Tribunnews, semalam.
Rakaman video memaparkan lelaki bernama Wakid itu dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh salah seorang penumpang yang bertanya tentang kehidupannya.
Warga Emas Ini Gigih Mengayuh Beca
Menurut Wakid, dia akan keluar mencari pelanggan setiap hari dan hidup sebatang kara selepas kematian isteri.
Mengaku memiliki beberapa orang anak, namun mereka semua tinggal di bandar berbeza dan bekerja di sana.
Demi Sesuap Nasi
“Saya tidak mempunyai tempat tinggal, hanya menumpang tidur di rumah ketua kampung.
“Setiap hari saya keluar mencari pelanggan tetapi sejujurnya, jika ada yang mahu naik beca, saya hanya mampu menolaknya kerana tidak kuat untuk mengayuh seperti biasa,” kata Wakid.
Tambahnya, walaupun sudah lanjut usia, dia masih bersemangat keluar bekerja untuk mencari rezeki.
“Masih semangat asalkan lepas untuk sesuap nasi,” katanya. – Agensi
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...