Rider meninggal nahas pesawat dikenali sebagai Apit, sempat sebut Allahuakbar ketika terbakar.  Rider food panda yang terlibat dalam tragedi  nahas pesawat  yang terhempas di Elmina, Seksyen U16 petang tadi yang mengorbankan seramai 10 orang mangsa dikenali sebagai Apit atau nama sebenarnya Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 tahun.

Di sebalik lapan mayat sudah dikenal pasti pada petang kejadian kerana berada dalam pesawat ringan itu, identiti dua lagi mangsa iaitu pemandu p-hailing dan pemandu kereta hanya dapat disahkan sebelah malam.

Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit

Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit, Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar

Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit, Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar

Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit, Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar

Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar

Berasal dari Sungai Petani, Kedah, arwah yang masih bujang dikatakan bakal pulang ke kampung dua hari lagi iaitu pada 20hb ini bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara kandung perempuannya yang bakal berlansung 26 Ogos akan datang (bukan dirinya sebagaimana yang tular di media sosial sebelum ini). Namun sudah tertulis takdir buatnya apabila terlibat dalam nahas pesawat ini ketika keluar mencari rezeki petang semalam.

Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit, Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar

Dalam pada itu, kakak sepupu  kepada arwah yang dikenali sebagai Nurul Nazihah di facebooknya berkongsi, rider yang terlibat nahas itu adalah adik sepupunya yang dikenali sebagai Apit.

IKLAN

Allahuakbar. Patut la dok sedih sangat-sangat, simpati dengan rider yang terbakar excident dgn Pesawat dekat Elmina petang ni. Rupanya adik sepupu sendiri weyh..Allahh Allah. Awat laa kena dekat orang yang kukenal ni..

Ku tak kuat nak hadap benda ni. Polis baru dapat detect Apit mangsa yang terlibat.

Zie mohon ampa tolong doakan Allah ampunkan dosa2Nya, di tempatkan dalam golongan orang beriman & diberi kekuatan untuk keluarga kami. Al-Fatihah untuk Apit. Orang baik Allah sayangkan. Ampa tolong doa Allah kurniakan syurga buat-Nya.

Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian, adik kepada arwah meminta pertolongan dari rakan p-hailing yang mengenali abangnya untuk pergi ke hospital bagi membuat pengecaman mayat sementelah mereka baru bertolak dari Sungai Petani.

“Abang saya terbabit dalam nahas pesawat di Subang (Elmina, Shah Alam), ada tak rakan terdekat yang boleh tolong buat pengecaman mayat?”
Demikian pesanan dititipkan Norhikmah Muhammad Salleh, 26, adik kepada penunggang motosikal yang dilaporkan maut dalam kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2.40 petang semalam.
Norhikmah menitipkan pesanan itu sementara dia sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah, menuju ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor, bagi proses pengecaman mayat abangnya, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32.

 

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-  Take Off & Landing, Juruterbang Hanya Ada MASA 4 MINIT Kendali Pesawat. Selamat Atau Terhempas

Sriwijaya Air Terhempas Selepas 4 Minit Berlepas, Serpihan Tubuh, Bangkai Pesawat Dijumpai Di Laut

Kapal Terbang Terhempas Di Amazon & Ibu Mati, Kisah 4 Beradik 13-1 Tahun Bertahan Hidup 40 Hari Di Hutan Sangat Luar Biasa

Mengenang Tragedi 15 September, Terhempasnya Pesawat Fokker 50 MAS Di Tawau

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN

“Kalau ditakdirkan, biar saya pergi dulu..” kata Zarina Zainuddin. Kasih ibu yang tidak pernah ada hujungnya.

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI