Mengenang Tragedi 15 September, Terhempasnya Pesawat Fokker 50 MAS Di Tawau

Sekitar 15 September 1995, tragedi nahas pesawat Fokker 50 MAS yang terhempas di setinggan Kampung Seri Menanti, Tawau terus menjadi ingatan berdarah buat masyarakat Sabah.

Salah seorang penghuninya, Mukaram M Jamin yang ketika itu masih di sekolah rendah, Dua puluh satu tahun sudah berlalu, dia tetap mengenang tragedi berdarah yang akhirnya mengubah seluruh kehidupannya sekeluarga.

Katanya, catatannya panjang namun emosinya bercampur-campur apatah lagi ia mengingatkan kisah ayah yang terpaksa berhijrah demi kelangsungan hidup anak dan isteri OKU.

 

Mengenang Tragedi 15 September, Terhempasnya Pesawat Fokker 50 MAS Di Tawau
Keratan akhbar tragedi pesawat terhempas.

15 September Dan Emosi Yang Bercampur-campur

Saya ada satu cerita… ceritanya sangat panjang.
Nuansanya juga sedikit berbeza dari posting biasa saya.

Kalau ingat balik, apa signifikannya 15 September ini, bercampur-campur emosi yang datang. Itu pasti!

Kejadian terhempasnya Pesawat Fokker 50 (MAS) di setinggan Kampung Seri Menanti, Tawau dan menyebabkan kebakaran besar; hampir ½ kampung serta mengorbankan puluhan nyawa betul-betul mengesankan ingatan kami, sampai sekarang.

Cerita….
Kesan kebakaran ini sangat dalam. Ada mangsa kebakaran yang memilih untuk terus menetap disitu, dan tak kurang juga yang mengambil keputusan mencari arah yang baru.

Malah ada yang sudah fobia kerana masih terbayang-bayang mayat yang mengeras dalam kebakaran. Ada penumpang kapal terbang yang terbaring dan duduk, bahkan ada juga penduduk kampung (orang tua) yang bukan mati kerana terkena api, malah kerana terkejut dan serangan jantung. Haiwan ternak, ayam, kambing jangan cakap lah. Merata!

Selama behari-hari kawasan kebakaran kesan mayat terbakar agak memualkan. Kemudian pula, dihantui dengan cerita-cerita mistik dan menyeramkan. Ada yang mendakwa melihat susuk tubuh berjalan mundar mandir diwaktu Maghrib di tapak kebakaran. Seram!

IKLAN

Kami hadap semua ini diketika usia seawal 12-13 tahun.

 

Mengenang Tragedi 15 September, Terhempasnya Pesawat Fokker 50 MAS Di Tawau
Keratan akhbar tragedi nahas pesawat terhempas.

Tragedi Pesawat Fokker 50 MAS Terhempas, Sekeluarga Sehelai Sepinggang

Lantas, keluarga kami memilih jalan yang mana?
Kami berpindah ke tempat lain. Menyewa bilik sewa di bandar. Mencari suasana baru dan persekitaran baru. Dengan harapan dapat memadamkan ingatan yang lama-lama tadi.

Memulakan hidup baru bukan mudah beb. Lebih-lebih lagi, dengan sehelai sepinggang! Ayah yang tidak ada pekerjaan tetap dan ibu yang yang boleh saya golongkan sebagai orang kelainan upaya. Sebab separa pekak, memaksakan saya untuk berbuat sesuatu.

Saya mula berniaga. Gantung tali kat leher, kotak yang di-DIY sendiri dan barang jualanya rokok kretek. (Rujuk gambar contoh)

IKLAN

Saya mula kenal sisi lain dunia gelandangan. Kawasan sekitar Panggung Kong Fah tempat berjualan. Tempat ini paling lejen. Orang-orang Tawau, tau lah cerita pasal panggung ni. Cerita pasal dunia hitam dan gelapnya.

Di sini berjualan rokok sangat laris beb. Ceritanya Panggung ini dulu sangat ngetop. Zaman beralih, masa berjalan. Orang sudah mulai kenal CD; justeru Panggung ‘old school’ semakin dilupakan. (Oh yaa, kalau berkunjung ke Tawau, jangan lupa singgah ke Panggung Kong Fah, sebab ada beberapa gerai jual Sayap Ayam Lele’ dan Murtabak Ayam Jawa yang tersedap di Malaysia!

Diserbu Kastam, Terpelanting Lari Bertempiaran

Apa risiko berjualan rokok kretek di sini? Kastam selalu datang buat serbuan. Kami bertempiaran lari. Terpelanting beberapa meter sebab kena langgar dengan kereta yang lalu lalang itu biasa beb. Yang ajaibnya, boleh bangun dan lari semula. Hahaha.

Mengingat semula pasal 15 September ini betul-betul menjemput perasaan kami yang pelbagai. Sudah 21 tahun rupanya. Saya pun sudah tidak menjual rokok kretek tepi jalan Panggung Kong Fah lagi! Haha.

Tidak sedar status ini dah terlalu panjang. Sebab saya tidak menulis dengan jari, tetapi dengan hati.

IKLAN

Belasungkawa untuk para korban Penumpang Fokker 50 dan juga penduduk kampung Seri Menanti ! Kamu tetap dalam ingatan kami 15.09.1995

Al Fatihah

Paparan berita tragedi pesawat Fokker 50 MAS yang terhempas di berita:

Klik Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=JIE1N0g5Zws

MW : Mengenang sejarang itu penting, agar anak-anak muda sedar dari mana asal usul mereka bermula.

Sumber/Foto : Mukaram M Jamin

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI