Masih ramai tak sedar bahawa peti sejuk boleh jadi punca penyakit jika tidak dijaga dengan betul. Nak-nak anda suka simpan macam-macam baki makanan dan sumbat dalam peti!
Mungkin anda menyangka simpan dalam peti makanan akan tahan lama tetapi jika buat kesilapan, segalanya boleh berubah dan menjemput bahaya.
Peti Sejuk Boleh Jadi Punca Penyakit
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini membuka mata tentang tiga kesilapan biasa yang boleh mengundang bahaya kepada seisi keluarga.
1. Titisan darah
Ini antara kes paling kerap berlaku di rumah. Ayam, ikan atau daging mentah hanya dibalut plastik nipis, kemudian diletakkan di rak atas.
Apabila ais mencair, air daging mentah yang mungkin mengandungi bakteria seperti Salmonella akan menitis perlahan-lahan ke rak bawah.
Lebih membimbangkan, titisan ini boleh terkena pada sayur, buah-buahan atau makanan lain yang tidak ditutup sempurna. Inilah yang dinamakan pencemaran silang, dan ia antara penyumbang utama kes keracunan makanan.
Ads
2. Pembiakan listeria
Ramai tahu kebanyakan bakteria akan menjadi tidak aktif dalam suhu sejuk. Namun berbeza dengan Listeria monocytogenes.
Bakteria ini mampu terus membiak walaupun dalam suhu peti sejuk.
Risikonya bukan kecil. Jangkitan Listeria boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk keguguran dalam kalangan ibu hamil dan jangkitan otak pada bayi.
Ini sering dikaitkan dengan produk tenusu tidak dipasteur, sosej serta sayur-sayuran yang tercemar.
3. Menyumbat semua dalam peti sejuk
Tabiat menyumbat semua makanan dan barang mentah dalam peti sejuk hingga penuh juga satu kesilapan besar.
Ads
Apabila terlalu sesak, udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik. Akibatnya, wujud kawasan tertentu yang menjadi lebih suam.
Suhu yang tidak sekata ini membuka ruang untuk bakteria kembali aktif dan membiak dengan cepat, sekali gus mempercepatkan kerosakan makanan walaupun belum sampai tarikh luput.
Jadi, bagaimana cara susunan yang betul?
Rak paling atas: Makanan sedia untuk dimakan seperti baki lauk, kek dan buah-buahan.
Ads
Rak paling bawah: Daging, ayam dan ikan mentah. Wajib disimpan dalam bekas bertutup rapat bagi mengelakkan titisan atau kebocoran.
Memiliki senarai doa bulan Ramadan bukan sekadar persiapan lidah, tetapi ia adalah persiapan rohani agar setiap saat kita di bulan mulia ini tidak berlalu sia-sia.
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa doa orang yang berpuasa adalah antara doa bulan Ramadan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Maka, jadikanlah himpunan doa bulan Ramadan ini sebagai teman setia anda di waktu sahur, saat berbuka, dan di keheningan malam-malam terakhir.
Berikut adalah himpunan 20 doa bulan Ramadan yang sahih untuk kita amalkan bersama:
Memulakan langkah di bulan mulia mestilah dengan sandaran yang kuat kepada Allah.
Tanpa pertolongan-Nya, kita tidak akan mampu menghabiskan puasa dengan sempurna.
Amalkan doa bulan Ramadan ini untuk memohon ketetapan iman:
Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imani was salamati wal islami, rabbi wa rabbukallah.
Maksudnya: “Ya Allah, munculkanlah bulan itu kepada kami dengan membawa keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Afthara ‘indakumus sa’imuna, wa akala ta’amakumul abraru, wa sallat ‘alaikumul mala’ikah.
Maksudnya: “Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud).
Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan itu mudah jika Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban).
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul ‘alim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127).
Sebagai kesimpulan, himpunan doa bulan Ramadan ini adalah kunci kekuatan bagi setiap mukmin.
Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa kita amalkan doa bulan Ramadan, tanpa sempat merayu dan merintih kepada Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa.
Selamat beramal dengan doa bulan Ramadan yang sahih, moga syurga menjadi milik kita bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap kali Aidilfitri menjelang, pasti ada satu perkara yang dinanti-nantikan selain juadah dan baju raya iaitu filem raya yang mampu menyentuh hati.
Tahun ini, Astro tampil dengan naskhah istimewa bertajuk Bila Bersama Lagi Jadi, sebuah cerita yang bukan sekadar hiburan, tetapi penuh dengan emosi dan dekat dengan reality kehiduoan kita.
Mengangkat latar suasana kampung yang penuh tradisi, filem ini berkisar tentang pertandingan panjut raya yang menjadi kebanggaan penduduk setempat.
Namun, di sebalik kemeriahan itu, terselit kisah dua sahabat lama iaitu Samad (Adlin Aman Ramlie) dan Razak (Faizal Hussein) yang terpisah akibat konflik masa lalu.
Tular video seorang wanita melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbit, mengundang padah apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bangsar.
Dalam beberapa minit sahaja, wanita itu terus terbaring selepas dilanggar oleh sebuah motosikal yang lalu di jalan yang sama.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, mangsa berusia 20 tahun itu melintas dari bahu kiri ke bahu kanan di lokasi yang bukan lintasan pejalan kaki.
“Ketika kejadian, wanita berkenaan dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit sehingga menjejaskan kepekaan terhadap keadaan lalu lintas.
“Tindakan itu menyebabkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang lelaki tempatan berusia 31 tahun gagal mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal hilang kawalan sebelum melanggar dua lagi kenderaan iaitu sebuah Toyota Vellfire serta sebuah lori jenis Hino.
“Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan tersebut sedang berhenti di lampu isyarat merah,” jelasnya.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal dan pejalan kaki mengalami kecederaan ringan.
“Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan sebagai pesakit luar manakala pemandu kenderaan lain tidak cedera,” ujarnya.
Untuk mengelakkan situasi ini berulang, sebelum melintas jalan, jangan sesekali leka dengan keadaan sekeliling dan masing-masing kena bertanggungjawab apabila menggunakan lalu lintas.