Rahsia alam kubur, anggota tubuh mana akan pecah dahulu pada malam pertama kita dikebumikan. Alam kubur itu pasti. Malah setiap manusia yang meninggal akan dikebumikan dengan sesempurna mungkin mengikut situasi dan masa dirinya meninggal.
Hidup lawannya mati dan selepas meninggal, manusia akan menjadi penghuni alam kubur hingga tiba hari dibangkitkan kelak iaitu hari kiamat.
Di alam kubur, perubahan jasad manusia akan terjadi dan hanya segelintir jasad sahaja yang ditemukan masih sempurna mengikut amalan kebaikannya ketika di dunia (dari beberapa kisah yang diceritakan). Sebagai manusia, kita wajib mempercayai alam kubur dan ia tergolong dalam perkara ghaib.
Rahsia Alam Kubur
Rasulullah dalam hadis riwayat Ahmad dari Sahabat Anas bin Malik, beliau bersabda:
لولا أنْ لا تَدافنوا لدعوتُ اللهَ أنْ يُسمِعَكمْ مِنْ عذابِ القبرِ
“Lau la an la tudafanu lada’autullaha ‘azza wa jalla an yusmia’kum min adzabil-qabri ma asma’ani,”. Yang ertinya: “Seandainya kalian tidak akan saling menguburkan (jenazah), tentulah aku (Rasulullah) akan berdoa kepada Allah agar memperdengarkan kepada kalian siksa kubur yang aku dengar,”.
Dari hadis tersebut, Rasulullah menyeru kepada manusia untuk saling melakukan kebaikan dan kebajikan terhadap mereka yang sudah meninggal dunia.
Tidak hanya itu, Rasulullah turut menegaskan adanya kehidupan di alam kubur, baik berupa seksaan atau bahkan kenikmatan hasil beribadah dari hamba-hamba Allah yang soleh.
Tapi satu harus diingat, kehidupan alam kubur itu bukanlah kehidupan berada di atas tanah. Hanya Allah sahaja yang tahu di mana letaknya alam kubur itu berada, manusia hanya mengimaminya sahaja bahawa adanya seksa dan nikmat alam kubur itu sendiri.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bercerai 48 Tahun Lepas, Lelaki KENCING Atas Kubur BEKAS Isteri Setiap Hari
‘Haram Buat Binaan Atas Kubur?’ Tak Salah Buat Tanda, Tapi Rujuklah Dulu
Arwah Ibu Meninggal 10 Malam Terakhir Ramadan, Kubur Bersebelahan Arwah Abah
Anggota Tubuh Mana Akan Pecah Dahulu Pada Malam Pertama Kita Dikebumikan
Dalam buku Lulus Interview di Alam Kubur dari rangkuman berbagai penulis, jasad manusia di alam kubur akan mengalami perubahan seiring berjalannya waktu. Pada malam pertama di alam kubur, jasad manusia mulai membusuk di bahagian perut dan kemaluan.
Kerana itulah semasa di dunia, kita wajib menjaga perut kerana darinya banyak penyakit yang boleh membawa kematian. Dan kita juga tidak digalakkan makan benda-benda haram hasil dari kerja haram.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Amal yang paling banyak memasukkan manusia ke syurga ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Baginda ditanya lagi, “Apa penyebab banyaknya manusia masuk neraka?” Rasulullah SAW menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Pada malam kedua, anggota-anggota tubuh kita yang lain akan mulai membusuk. Seperti limpa, hati, paru-paru hingga perut. Di hari ketiga, anggota-anggota tubuh itu akan mula mengeluarkan bau yang tidak sedap.
Dalam seminggu, jasad manusia di alam kubur wajah / muka kita akan mula membengkak. Seluruh tubuh kita seperti pipi, mulut dan juga hidung akan mula pecah. Proses ini mengambil masa sehingga hari ke 10 di mana saat ini bau busuk lebih menusuk kerana anggota-anggota ini akan pecah bersambung dengan perut dan dada kita.
Masuk minggu kedua pula, rambut kita akan mulai gugur dan tercabut dari kepala. Pada ketika inilah, bercampur dengan proses pembusukan dan pecahnya anggota tubuh yang lain, haiwan-haiwan dapat mencium bau busuk ini dari jarak lima kilometer.
Jika satu ketika dahulu kita berbangga dengan wajah yang cantik dan tampan, wang yang banyak hingga kita bangga dengan riaknya mempamernya kepada orang lain di media sosial, kesemua tubuh ini akan mula bercerai satu persatu dari tubuh kita.
Selepas enam bulan di alam kubur, kebanyakan tubuh kita sudah bertukar menjadi tulang temulang. Daging yang membalut tubuh kita akan dimakan haiwan dan bakteria di dalam tanah.
Dan selepas 25 tahun berada di alam kubur, rangka tubuh manusia akan berubah menjadi semacam biji. Di dalam biji tersebut terdapat satu tulang yang sangat kecil yang disebut ajbudz dzanah atau tulang ekor. Dari tulang itulah nantinya manusia akan dibangkitkan Allah SWT pada yaum al-akhir atau hari kiamat.
Perubahan jasad manusia dalam kubur ini juga tidak terlepas dari kehidupan yang lain. Ada seksa dan nikmat yang Allah berikan di dalamnya. Namun ketakwaan serta amal yang manusia lakukan akan menjadi penolong di alam kubur ini kelak.
Ingatlah, hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Dunia adalah persinggahan dan perlu diisi dengan iman dan takwa untuk kita mencari kesenangan di alam akhirat nanti. Allah juga tidak menjanjikan keperitan semata-mata atau kesenangan semata-mata tapi hendaklah dihiasi dengan iman dan takwa agar di akhirat nanti kita tidak merana. Sumber:- Republika
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI