Raih ganjaran pahala berganda. Setiap umat Islam diseru menyegerakan kewajipan menunaikan zakat bagi meraih ganjaran pahala berganda.

Bagi mereka yang berkemampuan dan masih bernasib baik diberikan kehidupan yang agak senang, agar dapat hadir membantu melunaskan kewajipan berzakat.

Raih Ganjaran Pahala Berganda

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan bertujuan untuk menyucikan harta dengan memberikan sebahagian daripadanya kepada golongan yang memerlukan.

Zakat harta ialah zakat yang merangkumi Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat KWSP, Zakat Tanaman Padi, Zakat Penternakan, Zakat Takaful, Zakat Harta Galian dan Harta Karun.

Setiap zakat harta ada pengiraan atau anggaran harta yang akan dikenakan zakat. Semestinya banyak persoalan tentang zakat, menerusi akaun Twitter Faisal Rahim menerangkan pelbagai pencerahan dan maklumat terkini berkaitan zakat.

“Aku ringkaskan Fatwa-Fatwa Zakat terkini (2014 ke atas) yang mungkin korang masih belum maklum.

  1. Zakat Pendapatan bukan hanya sekadar Gaji. Tapi ia termasuk pendapatan sampingan lain seperti hasil sewa rumah, jual rumah/tanah/kebun, dapat harta pusaka, faraid, takaful dsb.
  2. Zakat Simpanan dikira pada BAKI AKHIR pada hujung haul (tahun). Bukan baki terendah seperti sebelum ini. Campur semua baki akhir akaun-akaun bank yang ada. Lebih Nisab (RM21k) wajib zakat 2.5%.
  3. Zakat KWSP kena keluarkan ketika duit diterima. Bukan tunggu setahun.
  4. Zakat Simpanan, Pelaburan dan Emas (perhiasan+bukan perhiasan) kena gabungkan ketika kira zakat.

Saving: RM10k

Emas: RM5k

Investment: RM10k

Kira asing-asing tak kena zakat. Tapi total kekayaan dia tahun tu RM25k. Sebab tu kena gabungkan jenis zakat ini (berasaskan emas),” kongsi Faisal.

Raih Ganjaran Pahala Berganda, Rupanya Zakat Harta Ada Pengiraannya

IKLAN

Menerusi soal jawab banyak persoalan yang dilontarkan antaranya;

“Salam. Zakat pendapatan ni tak boleh tolak pebelanjaan hutang kereta /rumah /servis kereta ke?Dalam kalkulator zakat xde” tanya @wirawah13.

“Salam, pengiraan zakat hanya ambil kira keperluan asas sahaja. Tolakan untuk diri, isteri, anak tu sebenarnya dah merangkumi asas tersebut. Ia juga jadi ukuran bagi kiraan penentuan Asnaf Fakir Miskin. Ada yang buat tolakan semua, akhirnya tidak perlu byr zakat.

“Salam encik faisal, nak tanya, kalau saya ada buat simpanan, tapi atas nama anak, ,cth: acc emas. acc TH, acc SSPN, kalau cukup haul semua ni, adakah patut dikira as zakat simpanan untuk saya atau untuk anak ? and in the same time, acc yang atas nama sendiri tak cukup haul pon” tanya @zyhafarosha

“Salam, terpulang kepada penjaga sebenarnya. Sebab memang asalnya ia harta kedua ibu bapa. Kalau keluarkan zakat atas nama ibu bapa, boleh dapat rebet LHDN. Nak buat zakat atas nama anak juga tiada masalah.”

Raih Ganjaran Pahala Berganda, Rupanya Zakat Harta Ada Pengiraannya

“salam tuan, kalau simpanan tabung haji juga kita kira sekali dalam pengiraan atau tidak? sebab tak silap sudah zakat sudah ditolak dalam simpanan TH” soal @shrnanis_

“Simpanan TH tidak kenakan zakat. Tapi ia dikira dalam kiraan kecukupan Nisab (gabungan harta)

“Maybank RM10k

IKLAN

TH RM20k

Total Simpanan : RM30k

Dah keluarkan zakat : RM20k

Kena zakat : RM10k (RM250)

ASB dah patuh syariah dan wajib keluarkan zakat. Sebelum ni tak sampai 2/3 patuh syariah. Hanya bayar nilai yang patuh syariah.  Maksudnya setiap kali diumumkan dividen, 100% dividen tu dikenakan zakat jika lebih Nisab. Untuk ASB kena kira pokok sekali (bukan ASBF).”

Raih Ganjaran Pahala Berganda, Rupanya Zakat Harta Ada Pengiraannya Raih Ganjaran Pahala Berganda, Rupanya Zakat Harta Ada Pengiraannya

IKLAN

Diharap penerangan yang diberikan oleh saudara Faisal ini membantu kekusutan anda di luar sana.

Baca Disini : ‘Kongsi Rezeki’, Tunaikan Kewajipan Zakat Untuk Bantu Golongan Asnaf

Penting! Simpanan Harta Anak Cukup Nisab, Mak Ayah Kena Keluarkan Zakat

Raih Ganjaran Pahala Berganda, Rupanya Zakat Harta Ada Pengiraannya

Sumber : Twitter Faisal Rahim

Sumber Foto : CANVA

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Reen Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Saja Lagi

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI