Diuji tiada anak dalam perkahwinan, pelakon Siti Elizad berpendapat golongan wanita yang belum dikurniakan cahaya mata pasti mampu dan kuat menerima takdir hidup selagi mendapat sokongan dan perhatian daripada pasangan.
Bukan terus menyalahkan, sebaiknya suami isteri kena reda dan berfikir positif dan menerima apa sahaja ‘corak’ hidup yang diberikan olehNya.
Diuji Tiada Anak Dalam Perkahwinan
Ujar Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd. Sharifuddin, 41, kasih sayang serta keprihatinan suami menjadi sumber kekuatan terbesar buat seorang isteri untuk terus bertahan dalam apa jua keadaan.
“Tidak memiliki anak sebenarnya boleh sahaja diterima seorang wanita. Seorang isteri mampu reda selagi suaminya menyayangi serta mengambil berat tentang dirinya.
“Saya selalu pesan kepada para suami, kekuatan seorang isteri datang daripada pasangannya sendiri. Ubat paling mujarab ialah kasih sayang.
“Kalau isteri bersedih, jangan buat tidak tahu. Jangan abaikan perasaan mereka,” katanya dalam TikTok.
Kasih Sayang Suami Kuatkan Semangat Siti Elizad
Ads
Tambah bintang filem Berlari Ke Langit itu, pasangan suami isteri juga perlu berani mencari jalan keluar sekiranya berdepan konflik berpanjangan dalam rumah tangga.
“Jika ada masalah, keluarlah daripada masalah tersebut. Jangan terlalu lama terperangkap dalam keadaan itu.
“Kalau sudah benar-benar tidak boleh bersama, buatlah keputusan untuk bergerak ke hadapan. Hidup perlu diteruskan,” ujarnya.
Ads
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutama wanita yang turut melalui situasi hampir sama dalam kehidupan berumah tangga.
“Betul apa Elizad cakap. Kadang-kadang wanita hanya perlukan perhatian dan sokongan daripada suami.
“Ayat dia sangat mendalam. Bila suami faham perasaan isteri, apa saja dugaan boleh dihadapi bersama.
“Semoga Elizad terus kuat. Rezeki setiap orang berbeza, tetapi kasih sayang pasangan paling penting,” tulis beberapa netizen.
Ads
Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 dan belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Memiliki senarai doa bulan Ramadan bukan sekadar persiapan lidah, tetapi ia adalah persiapan rohani agar setiap saat kita di bulan mulia ini tidak berlalu sia-sia.
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa doa orang yang berpuasa adalah antara doa bulan Ramadan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Maka, jadikanlah himpunan doa bulan Ramadan ini sebagai teman setia anda di waktu sahur, saat berbuka, dan di keheningan malam-malam terakhir.
Berikut adalah himpunan 20 doa bulan Ramadan yang sahih untuk kita amalkan bersama:
Memulakan langkah di bulan mulia mestilah dengan sandaran yang kuat kepada Allah.
Tanpa pertolongan-Nya, kita tidak akan mampu menghabiskan puasa dengan sempurna.
Amalkan doa bulan Ramadan ini untuk memohon ketetapan iman:
Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imani was salamati wal islami, rabbi wa rabbukallah.
Maksudnya: “Ya Allah, munculkanlah bulan itu kepada kami dengan membawa keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Afthara ‘indakumus sa’imuna, wa akala ta’amakumul abraru, wa sallat ‘alaikumul mala’ikah.
Maksudnya: “Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud).
Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan itu mudah jika Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban).
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul ‘alim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127).
Sebagai kesimpulan, himpunan doa bulan Ramadan ini adalah kunci kekuatan bagi setiap mukmin.
Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa kita amalkan doa bulan Ramadan, tanpa sempat merayu dan merintih kepada Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa.
Selamat beramal dengan doa bulan Ramadan yang sahih, moga syurga menjadi milik kita bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masih ramai tak sedar bahawa peti sejuk boleh jadi punca penyakit jika tidak dijaga dengan betul. Nak-nak anda suka simpan macam-macam baki makanan dan sumbat dalam peti!
Mungkin anda menyangka simpan dalam peti makanan akan tahan lama tetapi jika buat kesilapan, segalanya boleh berubah dan menjemput bahaya.
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini membuka mata tentang tiga kesilapan biasa yang boleh mengundang bahaya kepada seisi keluarga.
Ini antara kes paling kerap berlaku di rumah. Ayam, ikan atau daging mentah hanya dibalut plastik nipis, kemudian diletakkan di rak atas.
Apabila ais mencair, air daging mentah yang mungkin mengandungi bakteria seperti Salmonella akan menitis perlahan-lahan ke rak bawah.
Lebih membimbangkan, titisan ini boleh terkena pada sayur, buah-buahan atau makanan lain yang tidak ditutup sempurna. Inilah yang dinamakan pencemaran silang, dan ia antara penyumbang utama kes keracunan makanan.
Ramai tahu kebanyakan bakteria akan menjadi tidak aktif dalam suhu sejuk. Namun berbeza dengan Listeria monocytogenes.
Bakteria ini mampu terus membiak walaupun dalam suhu peti sejuk.
Risikonya bukan kecil. Jangkitan Listeria boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk keguguran dalam kalangan ibu hamil dan jangkitan otak pada bayi.
Ini sering dikaitkan dengan produk tenusu tidak dipasteur, sosej serta sayur-sayuran yang tercemar.
Tabiat menyumbat semua makanan dan barang mentah dalam peti sejuk hingga penuh juga satu kesilapan besar.
Apabila terlalu sesak, udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik. Akibatnya, wujud kawasan tertentu yang menjadi lebih suam.
Suhu yang tidak sekata ini membuka ruang untuk bakteria kembali aktif dan membiak dengan cepat, sekali gus mempercepatkan kerosakan makanan walaupun belum sampai tarikh luput.
Jadi, bagaimana cara susunan yang betul?
Rak paling atas: Makanan sedia untuk dimakan seperti baki lauk, kek dan buah-buahan.
Rak paling bawah: Daging, ayam dan ikan mentah. Wajib disimpan dalam bekas bertutup rapat bagi mengelakkan titisan atau kebocoran.
Jangan jadikan peti sejuk sebagai inkubator senyap yang mengancam kesihatan keluarga.
Susun dengan betul, simpan dengan cermat kerana kesilapan kecil boleh membawa padah besar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Noor Nabila, kakak kepada selebriti, Neelofa, berkongsi resepi sambal belacan mendonia. makan-makan lupa kejap hal dunia sebab sedap yang amat!
Ya, ini penyedap makan nasi panas-panas, anda mesti cuba buat. Nak-nak kalau makan dengan nasi putih dan kuah lemak. Ada pula lauk ikan goreng rangup dan sayur masak lemak, fuhh terangkat!
Cili besar dan cili kecil (campur)
Bawang putih 2 ulas
Sedikit belacan
Gula melaka
Cili siam
Asam jawa
Garam
Serbuk perasa
Limau kasturi
1. Masukkan cili besar, cili kecil, bawang putih 2 ulas, belacan, gula melaka, cili siam, asam jawa adabi, gula sikit, garam, serbuk perasa.
2. Selepas itu boleh kisar bahan-bahan tadi sampai dapat tekstur yang dinginkan, perah limau kasturi untuk rasa masam.
3. Siap untuk dihidangkan.
Mudah, bukan? Yang penting semua bahan nak buat ada di dapur. Okay, jangan lupa kongsi gambarnya kalau anda sudah buat!
Petua: Jangan kisar sampai hancur lumat, biar ada rasa cili itu ‘maja-manja’ bila makan nanti.