Akan sampai satu tahap, mak ayah tak larat uruskan rumahnya seperti dulu-dulu. Dimakan usia, membuatkan kudrat semakin hilang.
Rumah nampak kusam dan hilang seri, apatah lagi habuk dan sawang yang memenuhi sudut yang sukar dibersihkan oleh orang tua.
Mak Ayah Tak Larat Uruskan Rumahnya
Bukan malas tetapi tidak lagi larat dan mampu tarik perabot macam muda-muda. Jadi inilah tugas anak-anak, cuba hias dan kemas jika dapat pulang awal waktu beraya di kampung.
Seperti yang dikongsi oleh Puan Khairunnisa Hamzah, ada anak-anak yang menjemputnya untuk tukar dekorasi rumah mak ayah yang sudah uzur. Hasilnya, WOW!
Anak-anak Berpakat Kumpul Duit Hadiahkan Suasana Baharu
Ads
Mak ayah yang sudah tua tak larat hendak uruskan rumahnya. Jadi Mommy datang make over rumah mak ayah sahabat fb kita yang panggil Mommy minta tolong dekorkan rumah mak ayahnya bagi rumah berseri semula. Biar seronok berkumpul raya katanya.
Sebaik siap, mak ayahnya rasa rumah sudah beraura lain. Rumah dah cantik ni,
Percayalah, yang sakit pun boleh sihat balik. Kita akan terpengaruh dengan persekitaran kita, apatah lagi pada tempat tinggal kita. Jika tinggal dalam gelap, kusam, tidak bersih, tidak selesa dan mendatangkan kemurungan, orang yang sihat pun boleh sakit.
Tahniah buat anak-anak yang berpakat adik-beradik kumpul duit nak hadiahkan mak ayah suasana baru. Mommy pun puas hati buatkan surprise makeover ini.
Dahulu masa kecil mak ayah bersungguh jaga suasana di rumah untuk kita membesar sihat dan waras.
Ads
Sekarang masanya kita pula bantu suasana rumah mak ayah kita kerana mereka sudah tidak larat nak buat apa-apa. Semoga mereka kekal sihat, waras dan boleh beribadah dengan gembira.
Kalau ada mak ayah yang tak kasi usik barangnya, itu tak tahu nak buat macam mana. Untuk kes rumah ini, anak-anak bawa mak ayahnya bermalam di rumah makciknya, kata lama tak ziarah dan bermalam sama. Balik saja, surprise, rumah sudah berwajah lain.
Alhamdulillah, dekor siap sehari, dapatlah meriah beraya di Aidilfitri.
Ads
Jadi anak-anak perantau yang pulang awal raya tahun ini, boleh lah ambil tugas ini. Jangan biarkan mak ayah yang sudah tua buat sendiri. Banyak pahala menanti untuk anak-anak yang bahagiakan mak ayah.
Rendang ayam pencen cili hijau memang antara hidangan wajib bila tiba musim raya atau majlis rumah terbuka. Resipi ini bukan saja sedap, malah sesuai untuk hidangan dalam kuantiti besar kerana menggunakan ayam pencen yang lebih liat dan tidak mudah hancur walaupun dimasak lama.
Musim raya ni kalau boleh macam-macam jenis rendang yang nak dicuba. Lagi-lagi untuk jamu tetamu bila buat rumah terbuka. Masak rendang guna ayam pencen lebih sedap, tak mudah hancur apatah lagi bila dimasak lama.
Boleh cuba resipi rendang ayam pencen cili hijau yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini. Resipi ini sesuai untuk 5 ekor ayam pencen dan hasilnya memang padu.
Dah siap rendang ayam pencen cili hijau yang pekat, berempah dan sangat menyelerakan.
Untuk hasil terbaik, masak rendang ini dengan api kecil dalam tempoh yang lama. Dalam resipi ini, masa memasak mencecah sehingga 4 jam untuk mendapatkan tekstur ayam yang lembut dan kuah yang benar-benar pecah minyak.
Penggunaan ayam pencen dalam rendang ayam pencen cili hijau ini memberikan rasa yang lebih berempah dan isi yang lebih pejal. Ini menjadikan hidangan lebih premium dan sesuai untuk jamuan besar.
Selain itu, keseimbangan cili hijau dan cili padi memberikan rasa pedas yang unik. Tidak terlalu pedih tetapi cukup menyengat dan menaikkan selera.
Jika suka rendang yang lebih kering, boleh teruskan memasak sehingga kuah benar-benar pekat. Jika mahu sedikit berkuah, boleh hentikan lebih awal mengikut citarasa.
Resipi rendang ayam pencen cili hijau ini memang sesuai untuk anda yang nak masak dalam kuantiti banyak tanpa risau ayam hancur. Rasanya kaya, teksturnya mantap, dan sesuai dihidangkan bersama lemang, ketupat atau nasi putih panas.
Pemilik resipi ini pun masak dengan api perlahan selama 4 jam baru lembut.
Memiliki senarai doa bulan Ramadan bukan sekadar persiapan lidah, tetapi ia adalah persiapan rohani agar setiap saat kita di bulan mulia ini tidak berlalu sia-sia.
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa doa orang yang berpuasa adalah antara doa bulan Ramadan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Maka, jadikanlah himpunan doa bulan Ramadan ini sebagai teman setia anda di waktu sahur, saat berbuka, dan di keheningan malam-malam terakhir.
Berikut adalah himpunan 20 doa bulan Ramadan yang sahih untuk kita amalkan bersama:
Memulakan langkah di bulan mulia mestilah dengan sandaran yang kuat kepada Allah.
Tanpa pertolongan-Nya, kita tidak akan mampu menghabiskan puasa dengan sempurna.
Amalkan doa bulan Ramadan ini untuk memohon ketetapan iman:
Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imani was salamati wal islami, rabbi wa rabbukallah.
Maksudnya: “Ya Allah, munculkanlah bulan itu kepada kami dengan membawa keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Afthara ‘indakumus sa’imuna, wa akala ta’amakumul abraru, wa sallat ‘alaikumul mala’ikah.
Maksudnya: “Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud).
Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan itu mudah jika Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban).
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul ‘alim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127).
Sebagai kesimpulan, himpunan doa bulan Ramadan ini adalah kunci kekuatan bagi setiap mukmin.
Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa kita amalkan doa bulan Ramadan, tanpa sempat merayu dan merintih kepada Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa.
Selamat beramal dengan doa bulan Ramadan yang sahih, moga syurga menjadi milik kita bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah yang agak meruntun hati, baru sebulan dapat tinggal bersama setelah PJJ (perhubungan Jarak jauh) namun suaminya pergi buat selamanya selepas terlibat kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas.
Pernah tular menerusi radio Hotfm tentang hubungan jarak jauh, Noor Adrina dan allahyarham Kpl. Muhammad Ainolalif bin Md Said sebenarnya baru sahaja direzekikan hidup sebumbung pada bulan Ramadan baru-baru ini.
Mengimbas kembali video yang tular, Noor Adrina dilihat menangis sambal memegang sehelai kertas yang tertulis senarai nama suaminya yang dapat pulang bertugas di kawasan rumahnya.
Sedikit rekod tentang kerjayanya, allahyarham mula bertugas pada 6 Disember 2015 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jasin dan telah menjalani pertukaran ke Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 12 Mac 2026.
Merupakan seorang anggota yang sangat berdedikasi, awah juga sangat komited dalam menjalankan tugas serta disenangi oleh rakan setugas.
Bukan semua wanita kental dan reda dengan status LDR (long distance relationship) tetapi kalian yang ditakdirkan dalam hubungan itu adalah golongan yang sabar dan kuat. Namun apa yang dilalui Puan Adrina ini juga cukup berat, apabila suaminya tiba-tiba ‘pergi’.
Memilih PJJ sebelum ini pun sebab kena jaga abahnya yang sudah tua selepas ibunya meninggal. Tiada adik-beradik lain kerana anak tunggal, ini antara sebab Puan Adrina bertahan hidup jarak jaiuh dengan arwah suaminya.
Apa pun, kehidupan mesti diteruskan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Hanya disebabkan tidak berkongsi foto bersama isteri pada hari raya, timbul spekulasi kononnya rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim kembali bergolak.