Dalam perkahwinan, lafaz cerai dan lafaz rujuk adalah hak mutlak seorang suami. Tapi, janganlah suami mengambil kesempatan teurtamanya dalam isu rujuk dengan isteri.

Dalam lafaz rujuk seorang suami yang menceraikan isteri, ia masih boleh dirujuk tanpa akad nikah dengan syarat isteri masih berada dalam tempoh iddah.

Malah menjadi isu bila suami lafaz rujuk semasa isteri masih dalam iddah, sedangkan isteri tidak layan dan berkahwin lain. Bagaimana dengan lafaz yang diberikan oleh suami tadi.

Inilah yang diperkatakan oleh Wan Nazirah Wan Bakar, Peguam Sivil dan Syariah di Nazirah Bakar & Co tentnag isu rujuk ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Selepas Bercerai, Isteri Belum Tentu Dapat Hak Penjagaan Anak, Kalau Tak Penuhi Syarat!

Bekas Isteri TIADA HAK Atas Duit KWSP Selepas Bercerai, Hanya Untuk Pewaris Saja

Info Lebih Menarik DI SINI

Lafaz Rujuk Hak Mutlak Suami

Dalam drama yang ditayangkan di sebuah tleevisyen tempatan.

Di hujung 10 minit terakhir drama ni ada babak di mana sang lelaki bertemu dengan bekas isteri nya dan berkata…

“saya nak kita ruju’ semula…” (lebih kurang ayatnya)
dan sang wanita menjawab…

“maaf… saya tak boleh terima awak lagi even sebagai kawan…” (lebih kurang ayatnya)
isteri berlalu pergi…

suami menangis sendiri…

Tahukah anda sekiranya lafaz oleh suami tersebut dibuat pada talak yang boleh diruju’ dan dalam waktu iddah maka wanita tersebut automatik kembali menjadi isteri lelaki tersebut semula?

Jadi apa hukumnya kalau keduanya kurang ilmu dan meneruskan hidup seolah-olah mereka telah benar-benar putus bercerai dan tiada ruju’?

Bagaimana jika selepas tempoh iddah si wanita berkahwin dengan lelaki lain sedangkan ruju’ antara dia dan suami pertama rupanya sah?

Hak Suami

Ramai menyangka bila suami nak rujuk isterinya dalam waktu iddah maka dia perlu minta izin isteri dan persetujuan isteri adalah penting.

Hakikatnya,

Sebagaimana hak lafaz talak di lidah suami, hak lafaz ruju’ juga merupakan hak suami secara total.

Suami boleh dalam waktu iddah dan pada talak yang boleh diruju’ untuk bila-bila masa merujuk isteri dengan niat dan lafaz yang betul. Bahkan dia tak perlu menyuarakan kehendaknya kepada isterinya pun.

Cukup dia menyebut di hadapan mana-mana orang tentang keinginannya yang mana orang tersebut barangkali akan menjadi saksinya apabila mana-mana pihak sama ada suami atau isteri hendak membuat pengesahan lafaz ruju’ pada masa akan datang…

Terlewat 5 Jam

Saya pernah handle satu kes ruju’ yang agak menarik yang mana suami tersebut telah melafaz ruju’ di hadapan keluarga isterinya tepat pada hari terakhir tempoh iddah,
Dia menyangka waktunya masih sempat…

Alangkah kecewanya dia kerana rupa-rupanya waktu dia melafaz ruju’ tersebut telah terlewat kira-kira 5 jam melebihi tempoh iddah mengikut bulan qomariah….ya… hanya 5 jam…

Hakim cuba memastikan sebelum tempoh iddah berakhir dia ada menyatakan hasratnya untuk ruju’ kepada orang lain selain dari keluarga isterinya…

Ternyata dia ada datang ke kaunter mahkamah kira2 seminggu sebelum lafaz di hadapan keluarga isterinya tersebut dibuat…

Dia ada bercakap dengan staff mahkamah… malangnya dalam keterangan dia memaklumkan dia datang ke kaunter untuk bertanya hukum sekiranya dia berhasrat melafaz rujuk depan keluarga isteri instead of depan isteri terus…

Di situ persoalan tentang ‘pertanyaan’ dan ‘pernyataan’ dibezakan…

Ternyata dia jumpa staff court untuk tanya…bukan untuk nyatakan bahawa dia telah meruju’ isterinya…

Akhirnya Hakim tidak sabitkan ruju’ tersebut… isteri keluar mahkamah dengan gembira sebab dah memang tak sanggup nak kembali jadi isteri kepadanya… dan dia kecewa sendiri…

BAB RUJU’ NAMPAK SIMPLE TAPI KESANNYA AMAT BESAR…

Mingguan Wanita : Bab-bab bercerai dan rujuk, jangan dibuat main-main.

Sumber: Wan Nazirah Wan Bakar

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI