Bulan Madu Setiap Hari !
Bulan madu tidak semestinya hanya untuk pasangan yang baru berkahwin. Pasangan yang telah lama berumah tangga juga perlu untuk sentiasa berbulan madu untuk menghangatkan hubungan.
Hendak bulan madu pun tidak perlulah pergi jauh-jauh. Kat rumah pun boleh. Apa yang penting, anda menghabiskan masa berdua dengan pasangan.
Nak cipta mood bulan madu di rumah tetapi tidak tahu caranya?
Cuba idea-idea berikut. Mana tahu boleh hangatkan lagi rumah tangga yang semakin suram.
1-Mulakan dengan menghias rumah dan bilik tidur menjadi lebih romantik.Contohnya gunakan pencahayaan suram, pasang lilin aromaterapi dan hiaskan bilik dengan bunga-bunga segar.
2-Gayakan penampilan menggoda. Tidak salahkan sesekali berpakaian seksi untuk suami pada hari istimewa.
3-Makan malam ala candle light dinner dan esoknya sarapan atas katil berdua.
3-Tenangkan diri dengan melakukan urutan manja antara satu sama lain.
4-Boleh juga mandi bersama-sama.
Sebenarnya banyak lagi idea menarik yang boleh anda buat. Semuanya terpulang pada anda sendiri untuk mencipta suasana hangat untuk membahagiakan lagi rumah tangga.
Hendak tahu kupasan lanjut mengenai topik Bulan Madu Setiap Hari, bolehlah menonton Mingguan Wanita Talkshow pada hari Selasa 27 Ogos 2019 di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Biarkan Berlarutan Jika Pasangan Semakin Jemu, SUBURKAN Kasih Sayang Dengan Diet Sentuhan Cinta
Jangan Biarkan Berlarutan Jika Pasangan Semakin Jemu, SUBURKAN Kasih Sayang Dengan Diet Sentuhan Cinta.
Hubungan suami isteri perlu disemai sebaik mungkin. Jangan biarkan berlarutan jika anda melihat pasangan semakin jemu.
Semaikan dan suburkan ia dengan kasih sayang. Malah ada yang meluahkan selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga hendak sentuh atau pegang pasangan pun sudah tak rasa apa malah ada yang rimas.
Kembalikan Rasa Cinta Pada Pasangan
Ikuti penerangan dari Pakar dalam Relationship and Intimacy Expert, Diyana Tahir untuk kembalikan rasa cinta pada pasangan anda.
Baca Sini : ‘Syaratnya Suami Tiada Respon, Diamkan Diri.” Barulah Isteri Boleh Saman Pengacau Rumah Tangga
Jangan Sibuk Kisah Rumah Tangga Orang Lain, Nasib Kita Belum Tentu
Kembalikan Kehangatan Asmara
“Ramai orang bila ada masalah mereka pilih untuk selesaikan hanya pada permukaan sahaja. Ibarat anda hanya memotong dahan dan membuang daun-daun pada sebatang pokok dan kemudian ianya akan tubuh semula.
“Begitu juga pada masalah anda, ianya akan berterusan jika tidak di selesaikan dari akarnya.
“Jadi perlu beberapa langkah yang betul untuk anda kembalikan semula rasa cinta dengan pasangan dan untuk anda merasai semula kehangatan asmara dengan pasangan.
Baca Disini Lagi : Cari CALON SUAMI Untuk Ibu, “Paji Buat Ini Untuk Kebahagiaan Ibu”
Tip Kembalikan Kehangatan Asmara
- Yang pertama adalah ‘reboot’ hati. Sebelum nak buat apa-apa penting untuk pikat dari hati dulu. Kenali keegoan pasangan ni seperti apa. Ambil hati pasangan dengan ketahui apa kehendak hatinya. Berhenti untuk berteka-teka apa kemahuan suami. Sebab itu penting ada ilmu. Setiap orang adalah berbeza-beza. Tidak semestinya kita akan faham dia dan dia akan faham kita 100 peratus. Sebab itu penting untuk mengenali keegoan pasangan anda ini seperti apa. Sebab sebenarnya keegoan manusia ini ada tiga iaitu keegoaan ingin disukai, keegoaan ingin selamat dan keegoan ingin berkuasa.
- Yang kedua adalah ‘reboot’ fikiran. Ketahui pasangan maskulin atau feminin. Kembalikan polarisasi feminin maskulin itu dalam hubungan. Sebenarnya untuk menjadikan hubungan itu menjadi lebih tertarik anda dan pasangan perlu ada polariti feminin dan maskulin. Dalam perhubungan perlu ada keseimbangan, kedua-duanya tidak boleh jadi feminin sahaja atau sebaliknya. Penting juga untuk mengenali samada pasangan anda itu feminin atau maskulin. Kenali ciri-ciri feminin dan maskulin itu bagaimana. Lelaki alaminya bersifat maskulin. Salah satu ciri maskulin adalah kekosongan. Dan untuk menarik perhatian maskulin perlu ada polariti (berlawanan) pada kekosongan iaitu keberlimpahan kehidupan (feminin).
- Yang terakhir adalah reboot tubuh. Suburkan hormon cinta dengan diet sentuhan cinta. Punca hubungan dengan suami yang dah semakin hambar dan hilang rasa ghairah atau suami dah tak bernafsu adalah disebabkan kurangnya oxytocin dalam badan. Oxytocin ini ialah HORMON LOVE yang semakin berkurang kerana aktiviti seksual dan faktor cara hidup yang tak seimbang.
“Kalau dulu masa masih anak dara atau bujang, hormon ini melambak dalam badan kita sebab tu masa mula-mula kahwin jeling-jeling pun dah terasa kat hati, mesranya bukan main lagi kan?
“Tapi sekarang ni sentuh-sentuh atau pegang pasangan pun tak rasa apa dah malah ada yang rasa rimas.
“Jadi dengan mengamalkan Diet Sentuhan Cinta yang lebih efektif akan dapat membantu menguatkan semula hormon cinta dengan pasangan. Bukan sekadar merawat tetapi menjadi BOOSTER untuk hubungan cinta yang lebih hangat,” akhiri Diyana Tahir.
Mingguan Wanita: Jangan terlalu leka, usaha lah untuk semaikan cinta antara anda dan suami.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Benar tu jangan malu bergelar janda.
Pulang berhari raya tapi tidur di hotel jangan sampai ada yang berkecil hati ya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Nak Mengarah, Tapi Teguran Isteri Itu Datang Dari Allah
Apa salahnya kalau isteri tegur untuk kebaikan rumahtangga, bukan niat nak keruhkan hubungan tetapi bagi membaiki apa yang patut dibetulkan.
Ya, memang ada lelaki rasa tak boleh nak dengar teguran isteri, sampai ada yang baran melepaskan amarahnya pada isteri. Agak-agak sikap itu manis untuk anak-anak jadikan contoh?
Cuba lah ambil sudut positif dari teguran isteri macam saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini.
Teguran Dan Nasihat Isteri Itu Datang Dari Allah
Allah detikkan hati isteri utk menegur suami, menasihati suami…
Hidup berumahtangga, tanggungjawab itu bukan datang dari seorang sahaja iaitu suami tapi kedua-duanya sekali, suami dan isteri. Kalau si suami kurang akalnya, Allah hadirkan isteri yang lebih akalnya untuk membantu dan memberi nasihat dalam menguruskan rumahtangga.
Tolong jangan anggap teguran isteri dan nasihat isteri itu sebagai satu bentuk arahan sehingga kita rasa tercabar dan tercalar ego kita sebagai seorang suami dan kita mahu mempertikaikannya dengan mengatakan itu ‘queen control’.
Ada sesetengah manusia tak boleh menerima teguran dan nasihat…
Sebab apa? EGO dia setinggi langit. Dia rasa dirinya betul, tak nak akui kesilapan dirinya sendiri…Ego tinggi² tu nak terbang ke mana? Ambil teguran dan nasihat isteri tu, hadam, kita jangan rasa diri kita ja betul…
Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana masih ada yang sudi memperbetulkan kesalahan kita, memperbaiki kelemahan kita dan menutupi kekurangan kita dalam menjalankan tugas sebagai seorang suami.
Ini juga teguran daripada Allah…
Ingat, Allah ciptakan manusia ni tak sempurna. Kerana itulah dia hadirkan seseorang yang berlainan sikap supaya rumahtangga itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Teguran isteri dan nasihat isteri sama sekali tidak akan mencalarkan ego kita sebab dengan ego, kita takkan ke mana. Kita akan rugi… ego takkan pernah memberikan kita kebahagiaan. Bila ego, kita cuma puaskan hati dan diri sendiri dan akhirnya, kita juga yang menyesal.
Itupun kalau rasa “menyesal”.
Haaa… jadi lepas ini harap golongan suami boleh belajar terima teguran dari isteri tersayang. Bukan nak cari kesalahan ketua keluarga, tetapi berniat nak jadi pasangan yang lebik baik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Mentua Tolonglah Jaga Mulut Kalau Nak Tinggal Dengan Anak Menantu, Jangan Jaja Cerita Pada Orang
Kalau mak mentua berhajat nak tinggal dengan anak, tolonglah jaga mulut. Jangan sesekali menjaja cerita perihal anak menantu kepada orang lain. Sikap mak mentua beginilah yang akan mengacau rumah tangga anak menantu sehingga boleh menyebabkan hubungan suami isteri menjadi dingin.
Mak Mentua Tolonglah Jaga Mulut Kalau Nak Tinggal Dengan Anak Menantu
Tidak semua sikap mak mentua itu betul, ada kalanya ada juga salahnya. Setiap wanita ingin dan mengidamkan hubungan yang baik dengan mak mentua apatah lagi bila tinggal sebumbung. Oleh itu sebagai mak mentua, berilah kerjasama yang baik kepada menantu supaya dia menjadi menantu yang baik.
Ibu Mentua Duduk Dengan Anak Menantu
Hidup sebumbung dengan mertua bukan sesuatu yang mudah jika masing-masing ego dan tidak mahu beralah. Tidak kiralah sama ada menantu atau mertua.
Bagi mengekalkan hubungan yang baik memerlukan kerjasama dua hala baik dari menantu perempuan dan juga mertua. Jika menantu saja berusaha untuk menambat hati mertua, kemudian mertua remehkan sudah tentu ianya tidak akan berjaya.
Artikel berkaitan: Mak Mentua Jadi ‘Orang Ketiga’ Dalam Rumah Tangga, Hubungan Anak Menantu Berantakan
Mak Mentua Kalau Nak Hubungan Dengan Menantu Jadi Mesra, Jangan Lakukan Kesalahan Ini
Mulut Kena Jaga
Nasihat ikhlas dari nenek ini telah menjadi amalannya sejak dahulu lagi bila tinggal bersama anak, menantu. Katanya dalam menjaga hubungan yang baik, mulut kena jaga.
‘Mulut kena jaga sebab kalau mulut jahat menantu benci. Saya tak pernah cerita dengan orang tentang hal menantu. Tak pernah cerita dia tak pandai masak ke, tak pandai berkemas ke,’ jelas nenek ini yang dikenali dengan panggilan Tok Pah.
Jangan Jaja Cerita Pada Orang
Jangan Jaja Cerita
Tambah nenek lagi, oleh sebab itulah bila tinggal dengan menantu, menantu tak benci dan tak marah. ‘Ini tidak menantu masak tak sedap cerita dengan orang, serba serbi cerita dengan orang. Bila orang sampaikan pada menantu, marahlah dia.’ Ujarnya.
Baik menantu perempuan atau mentua masing-masing kena jaga mulut agar hubungan baik dapat dikekalkan.
Nasihatnya lagi, mak mentua ini jika duduk bersama anak, menantu terutamanya dengan menantu perempuan, mulut kena betul-betul jaga. Jangan nak bercerita dengan orang.
Hal Menantu Simpan Sendiri Jangan Cerita Pada Orang!
‘Kalau menantu masak sedap, makan banyak. Kalau menantu masak tak sedap, makan sikit. Nak sedap masak lah sendiri. Habis cerita,” selorohnya.
Sikap nenek ini membuatkan dia bahagia saja tinggal dengan anak menantu hingga ke saat ini dan tiada masalah yang timbul antaranya dengan anak, menantu.
Kesimpulannya, baik menantu perempuan atau mertua masing-masing kena jaga mulut agar hubungan baik dapat dikekalkan. Menantu pun anak juga dan janganlah dianggap menantu itu orang luar. Baik menantu atau mertua keduanya perlu bertoleransi dalam menjaga hubungan yang baik.
Sumber : TikTok Nur Lysa dan olahan daripada artikel asal Mingguan Wanita
Baca lagi: Mak Mentua Jangan Hanya Tayang, Bangga Menantu Pilihan Sampai Yang Lain Rasa Kecil Hati
‘Mak Mentua Disahkan Kanser’ Menantunya Bekas Pesakit Kanser Meraung Depan Doktor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI