Siapa tak sayang bini ooii? Soalan yang mudah, namun jawapannya tepuk hati tanyalah cinta. Sayang ke aku dengan isteri aku dan sejauh mana dalamnya cintaku kepadanya?
Ingatkah lagi masa waktu bercinta, semuanya indah, sanggup tunggu berjam-jam lamanya pun masih lagi boleh sengeh-sengeh. Tetapi, bagaimana pula selepas berkahwin. Masihkah isteri ini seksi di mata si suami atau sudah mulai seksa? Masihkah cinta diangkat tinggi mengunung ataupun dipandang sepi tidak bertepi? Masihkah ada belaian manja ala si tuan puteri diterima oleh isteri atau sudah mula pandai mengeluh?
Ini persoalannya yang menjadi tunggak kebahagiaan rumah tangga, sejauh mana cinta ini mekar selepas berkahwin? Kupasan lebih lanjut bersama Mohd Shariman Che Deris, Professional Learning Fasilitator (mastery) @ Ketua Pembelajaran Excite Learning Consultancy tentang topik ini.
Cinta Selepas Kahwin
Cinta ini disemai dengan rasa dan keinginan, emosi dan perasaan. Sebaliknya, cinta selepas berkahwin tidak cukup dengan hanya rasa dan perasaan, emosi dan keinginan sahaja kerana perlua ada nilai tanggungjawab dan komitmen, ada nilai iman dan kesungguhan, ada matlamat dan pencapaian, ada nafkah zahir dan batin. Sebab itulah, cinta selepas berkahwin ada kalanya mula pudar ditelan kesibukan menguruskan rumah tangga, tidak ada lagi ruang untuk membelai cinta.
Ads
Walau bagaimanapun, apabila cinta itu tidak dihadirkan dalam rumah tangga, akhirnya ada perkahwinan yang berkubur sebelum sempat menikmati keindahannya.
Cairkan Hati Isteri
Cinta selepas berkahwin, nikmatnya jauh lebih terasa dan kekal dalam ingatan. Itu pun hanya jika si suami pandai mengoda isterinya. Bayangkanbila isteri memasak di dapur, si suami muncul dan ikut sama pegang pisau dan bantu kerja dapur. Apatah lagi jika isteri mula nak melipat baju, si suami langsung saja duduk bersama dan ikut sama melipat baju. Sudah tentu hati isteri cair dan bercahaya mata cinta isteri.
Ambil sahaja perkara yang paling mudah, iaitu suami meletakkan gambar berdua di telefon bimbit. Tentu hati isteri berbunga-bunga, tergoda dengan si suami, akan yakin dalam dirinya bahawa dia sentiasa bersama suaminya.
Ads
Goda Bergantung Pada Niat
Persoalan yang paling utamanya adakah, si suami ini buat atau tidak usaha-usaha mengoda dan mengurat isterinya selepas berkahwin? Apabila sebut goda, ramai yang berfikir tentang hubungan intim semata-mata.
Bezanya antara dua kefahaman istilah goda ini tentulah bergantung kepada niat. Goda isteri untuk hubungan intim tentu saja tidak sama dengan goda isteri untuk memikat hatinya. Namun yang pasti, hubungan intim akan jauh lebih bermakna, bila disemarakan dengan rasa cinta tidak hanya nafsu semata-mata.
Lihat sahaja sesetengah kes yang biar pun usia telah menjangkau 80an namun tetap romantik, sarat dengan kasih sayang, jalan berpegangan tangan makan pun siap bersuap lagi, walhal bukannya akan berlaku lagi hubungan intim. Betul? Inilah kekuatan nilai cinta yang disemarakkan secara berterusan melalui goda dan ngurat isteri.
Ads
Perkara ini lebih konflik lagi jika suami tidak pandai untuk memujuk atau lebih parah lagi kalau suami tidak perasan si isteri sedang merajuk. Sebenarnya, suami perlu ada kemahiran ini, jika tidak pandai perlulah belajar dan berguru, perlu kenal dan tahu merajuknya si isteri dan belajarlah juga cara memujuk.
Berikan telinga, berikan hati dan perhatian, dengar apa cerita rajuknya, fahami rasa hatinya dan minta maaf jika salahnya di pihak suami. Tidak jatuh maruah suami yang minta maaf, tidak hilang kejantanan suami yang mengakui kesilapan, perbetulkan. Rajuk isteri akan reda, dan inilah caranya si suami kembalikan hati isteri kepadanya, goda dia kembali.
Cara Goda Isteri
Ada banyak lagi perkara yang boleh si suami lakukan untuk mengoda dan mengurat isterinya, tidak hanya di awal perkahwinan malah lebih perlu lagi di sepanjang usia perkahwinan. Antara yang boleh si suami lakukan adalah:-
Berikan penghargaan dan kata-kata pujian untuk isteri semudah ‘Wanginya baju abang ni, pakai pun jadi best dan selesa sebab wangi’
Lebihkan masa bercakap dengan isteri dan mendengar ceritanya biarpun mungkin ada kalanya cerita yang sama je. Namun dengarlah dan berikan perhatian.
Bertanya khabar isteri, “Sayang okay? hari ini, sihat?” Mudah je.
Bantu isteri dalam hal ehwal rumah, simpan ego tidak mahu basuh pinggan, tidak mahu bersihkan rumah, lipat baju kononnya ini kerja orang perempuan. Inilah salah satu teknik untuk suami mengoda isteri.
Prihatin dengan keperluan isteri. Jangan dek kerana kesibukan kita, maka banyak perkara berkaitan isteri diabaikan, pandang-pandangkan kain bajunya yang sudah lama tidak berganti, jeling-jeling leher dan lengannya yang kosong tidak bertuan. Sesekali bawa isteri berjalan sambil tangan mengenggam erat.
Bila berjalan-jalan, peganglah tangan isteri. Elakkan jalan nun jauh di depan tinggalkan isteri terkial-kial dengan anak-anak. Seiring dan sejalan,bukan sahaja lebih mesra tetapi lebih membahagiakan.
Rutin Harian Untuk Goda Isteri
Seawal bangun pagi, pandang dan senyumlah pada isteri “Assalamualaikum sayang”.
Gurau senda di seawal pagi, usik mengusik dan belaian manja semasa sedang bersiap-siap nak ke tempat kerja. Wujudkan suasana dan mood baik di awal pagi.
Cium dan peluk isteri sebelum keluar rumah, ini wajib buat kerana isteri akan rasa dia diperlukan oleh suaminya.
Ada waktunya, whatsapp isteri dari pejabat dengan meletakkan ikon-ikon mesra dan bertanya khabar.
Jika ada kerja tambahan, maklumkan dengan isteri supaya tahu dan nampak keikhlasan suami dalam berterus terang, jujur gitu.
Sebelum balik, lazimkan diri tanyakan dengan isteri sama ada ada apa-apa yang diperlukannya, boleh menyinggah beli nanti.
Bila sampai rumah, lazimkan diri mencari isteri dan cium. Jangan terus menuju laju ke bilik, mandi dan lepak menonton televisyen. Jumpalah dulu isteri.
Bila di rumah, isteri mula bercerita, hadirkan mata, telinga dan hati anda untuk bersama-sama dalam cerita isteri, jangan sesekali ditolak dengan alasan penat, dengan siapa lagi isteri nak bercerita kalau bukan dengan suaminya.
Tambahkan lagi keceriaan dalam rumah dengan bantu sedikit sebanyak kerja, susun pinggan semasa ingin makan, kemaskan rumah dan sebagainya.
Bercerita sedikit sebanyak hal anda, tidak perlu panjang hanya satu perkongsian menandakan anda membuka ruang untuk isteri masuk ke dalam dunia kerja anda. Ini akan lebih membina kejelekitan anda dan isteri.
Masuk tidur seiring dengan isteri, elakkan daripada tidur lewat daripada isteri kerana sibuk menyiapkan kerja atau sibuk dengan whatsapp.
Sembang-sembanglah dengan isteri sebelum tidur, tentang hal rumah, anak-anak, hal isteri di tempat kerja dan berikan lagi sedikit sebanyak panduan, nasihat dan bimbingan sebagai ketua keluarga.
Lazimkan diri untuk solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Berdoalah agar rasa itu sampai ke hati isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam keadaan sekarang ini agar sukar untuk suami seorang saja yang bekerja untuk mengalas tanggungjawab dan sara keluarga. Nak tak nak, isteri turut sama membantu suami bagi mengurangkan beban.
Tak dinafikan, tanggungjawab sara keluarga ini di bahu suami. Tapi, kalau mengharapkan suami dan anak-anak yang ada, memang tidak lepas dan mungkin juga cukup-cukup makan saja.
Tapi bila isteri bekerja, sekurangnya ringan sedikit bebanan tanggungjawab suami. Tak kurang juga ada isteri yang berjawatan tinggi daripada suami lagi.
Apa yang nak dikatakan, waima isteri bergaji besar dan lebih daripada suami, tanggungjawab untuk sara keluarga tetap pada suami. Jangan ada yang berbunyi, isteri kerja pun atas redha suami.
Begitulah yang selalu desas desus bila isteri bekerja dan lebih teruk lagi, suami mula buat endah tak endah tentang belanja rumah. Semuanya diharapkan pada isteri, mentang-mentanglah isteri bergaji besar. Inilah pesanan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang harus suami kena ingat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
‘Mertua duduk dengan anak menantu, mulut kena jaga.’ Jangan cerita hal menantu pada orang! Tidak semua sikap mertua itu betul, ada kalanya ada jugak salahnya.
Setiap wanita ingin dan idamkan hubungan yang baik dengan mertua apatah lagi bila tinggal sebumbung.
Hidup sebumbung dengan mertua bukan sesuatu yang mudah jika masing-masing ego dan tidak mahu beralah. Tidak kiralah sama ada menantu atau mertua.
Bagi mengekalkan hubungan yang baik memerlukan kerjasama dua hala baik dari menantu perempuan dan juga mertua. Jika menantu saja berusaha untuk menambat hati mertua, kemudian mertua remehkan sudah tentu ianya tidak akan berjaya.
Pengguna TikTok Nur Lysa telah memuat naik sebuah video iaitu tips untuk mak mentua bila tinggal dengan menantu yang dikongsikan oleh neneknya.
Nasihat ikhlas dari nenek ini telah menjadi amalannya sejak dahulu lagi bila tinggal bersama anak, menantu. Katanya dalam menjaga hubungan yang baik, mulut kena jaga.
‘Mulut kena jaga sebab kalau mulut jahat menantu benci. Saya tak pernah cerita dengan orang tentang hal menantu. Tak pernah cerita dia tak pandai masak ke, tak pandai berkemas ke,’ jelas nenek ini yang dikenali dengan panggilan Tok Pah.
Tambah nenek lagi, oleh sebab itulah bila tinggal dengan menantu, menantu tak benci dan tak marah. ‘Ini tidak menantu masak tak sedap cerita dengan orang, serba serbi cerita dengan orang. Bila orang sampaikan pada menantu, marahlah dia.’ Ujarnya.
Baik menantu perempuan atau mertua masing-masing kena jaga mulut agar hubungan baik dapat dikekalkan.
Nasihatnya lagi, mak mertua ini jika duduk bersama anak, menantu terutamanya dengan menantu perempuan, mulut kena betul-betul jaga. Jangan nak bercerita dengan orang.
Sikap nenek ini membuatkan dia bahagia saja tinggal dengan anak menantu hingga ke saat ini dan tiada masalah yang timbul antaranya dengan anak, menantu
Kesimpulannya, baik menantu perempuan atau mertua masing-masing kena jaga mulut agar hubungan baik dapat dikekalkan. Menantu pun anak juga dan janganlah dianggap menantu itu orang luar.
Komen Netizen:
Rata-rata netizen berkongsi rasa bagaimana layanan mertua masing-masing dan bersyukur masih ada orang yang membela nasib menantu perempuan yang sering diabaikan.
‘Hibah, hadiah arwah tinggalkan untuk isteri.’ Adik-beradik jangan bagi alasan nak merasa juga. Kasihanilah isteri arwah yang mahu teruskan hidup bersama anak-anak.
Sudahlah baru kematian suami, jangan sampai haknya juga diambil. Bunyinya macam kejam, namun ada segelintir daripada kita sanggup bertindak sedemikian dek kerana kelabu mata.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar dan hadam baik-baik ya berkaitan isu hibah ini:
Cerita dia macam ini, ada satu kes ini sampai ke saya. Minta saya bagi pandangan.
Duit pampasan nyawa hasil daripada polisi hibah nak minta dibahagi sama ke adik beradik lain juga. Alasan dia duit itu adik-beradik kena merasa juga.
Bahagian ini saya geram.
Hadiah Arwah Tinggalkan Untuk Isteri
Bala apa benda merasa duit orang yang sudah meninggal? Ini hibah, hadiah arwah tinggalkan untuk isteri dia uruskan rumah dan belanja sekolah anak-anak sampai habis belajar.
Waris yang tinggal sudahlah dengan sedih dan macam-macam emosi sampai tak boleh nak pergi kerja. Keluarga yang lain datang minta itu, ini kata arwah dulu membesar dengan adik-beradik lain, jadi kena bagi duit sikit. Minta sampai ratus ribu ringgit.
Sekali lagi bala apa benda kau ingat duit hibah pengganti nyawa orang lain ke? Orang meninggal, dapat duit, jadi kau senang sebab duit tu. Ini salah cara kau fikir tentang duit pampasan hibah.
Arwah dulu buat polisi tu fikir isteri dan anak-anak dia. Kalau dia tak ada, isteri dengan anak-anak dia masih ada duit makan, pakai dan belanja sekolah bagai. Kau dulu tak juga selalu tolong arwah ni.
Satu hal lagi, masa orang cerita hal takaful dulu kau lekehkan. Sekarang bila sungguh waris arwah dapat duit kau sibuk nak bahagian kau. Bahagian apa benda yang kau minta ni?
Nak Merasa Juga
Hibah tak ada bahagian orang lain selain penama yang tertulis sahaja.
Ada 2,3 kes yang macam ni sampai ke saya. Simpati juga dengan waris yang tinggal.
Yang tak faham tentang hibah semua ni, pergilah cari orang yang boleh terangkan.
Mingguan Wanita : Bila berlakunya kematian, jangan diasak balu yang baru kematian suami dengan isu sebegini. Ternyata menerima sebuah kematian bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...