Bilik tidur kian dingin, jangan sampai leraikan ikatan perkahwinan

Di antara ‘rahsia’ hubungan suami isteri sentiasa erat, rapat dan mesra, adalah apabila mereka menjalani hubungan intim secara sihat. Ya, memang benar, ia ia bukanlah perkara utama yang menjadi kunci kebahagiaan buat pasangan suami isteri. Namun soal bilik tidur tidak boleh dipandang mudah.

Apa Punca Bilik Tidur Dingin?

Ramai juga pasangan yang mengakui, kamar tidur mereka kian ‘lesu’ dan dingin, selari dengan usia perkahwinan. Itulah yang dikatakan ‘Asmara Bisu”, bila hubungan intim antara suami isteri semakin dingin.

Ada yang memberi alasan, fokus yang teralih pada anak-anak sebagai punca. Bagaimana hendak ‘bersama’, andai isteri lebih selesa tidur bersama anak-anak? Ada juga suami yang terlalu sibuk bekerja hingga lewat malam hingga tiada daya hendak ‘bersama’ isteri di bilik tidur.

Begitu juga isteri, penat menguruskan kerjaya dan keluarga membuatkan mereka kepenatan dan ‘lupa’ hendak melayan keinginan suami. Kena ingat, layanan bukan sekadar makan dan pakai saja, pasangan juga memerlukan layanan bilik tidur juga.

Bilik Tidur Makin ‘Dingin’, Jangan Sampai Terlerai Tali Perkahwinan!

IKLAN

Bincangkan Sebelum Melarat…

Dalam setiap perkara, pasangan suami isteri perlu bersikap terbuka dalam membicarakan apa saja permasalahan yang timbul termasuk soal hubungan di bilik tidur bersama-sama. Jangan hanya saling memendam rasa hingga mewujudkan masalah lebih besar pula seperti skandal!

Bahkan, jangan terperanjat, andai soal ‘asmara di bilik tidur’ ini boleh menjadi punca runtuhnya rumah tangga!

Ikuti kupasan lanjut berkenaan topik Asmara Bisu, di Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 11 pagi esok. Siti Elizad dan Norman Hakim akan membincangkan topik panas ini bersama-sama para tetamu istimewa yang akan diundang ke studio.

IKLAN

Sekiranya anda ingin berkongsi pendapat atau ada sebarang persoalan hendak ditanyakan kepada para tetamu, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03 89389647 atau terus komen di ruangan yang disediakan.

#MingguanWanitaTV

IKLAN

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI