Ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi, tentu pernah dengar nasihat-nasihat sebegini: “Bila menyusu baby tu, tukar-tukar la kiri dan kanan” “Ha a betul tu. Yang belah kanan tu air, yang kiri tu nasi jadi baby kena minum kedua-duanya sekali”
Entah kenapa, bayi pula lebih suka menyusu belah kiri saja. Bila suakan belah kanan, sekejap saja dia menghisap. Bila ada mak saudara atau kakak saudara kongsikan petua menyusu kiri dan kanan, ibu mula pening kepala. Serba salah, nak ikut atau tak, nasihat sebegitu.
Konsultan Susu Ibu, Puan Suraya Ali menjelaskan 7 Fakta tentang info susu badan kiri atau kanan yang sebenarnya dinamakan Foremilk Hindmilk.
Fakta #1
Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin terletak di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland.
Sekiranya ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan. Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).
Fakta #2
Ideanya adalah begini. Ianya adalah susu ibu yang sama. Bukan dua jenis susu yang berbeza.
Cuma ketika penyusuan bermula, susunya banyak cecair dan rendah lemak dipanggil foremilk.
Ads
Semakin lama bayi menyusu, lemak yang berada di alveoli akan dilepaskan ke dalam susu. Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong. Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.
Fakta #3
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.
Bagi ibu yang baru melahirkan, ini membuatkan ibu rasa penat dan risau. Sedangkan apa yang perlu ibu buat hanyalah menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.
Fakta #4
Foremilk adalah susu yang kurang lemak namun tinggi lactose, karbohidrat, protein dan vitamin. Warnanya boleh jadi sedikit kebiruan.
Hindmilk pula tinggi dengan lemak dan dan kalori. Ianya berwarna lebih pekat dengan kuantiti yang sedikit.
Hindmilk penting untuk tumbesaran bayi.
Ads
Fakta #5
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup hindmilk dan hanya minum foremilk, bayi boleh mengalami lactose imbalance (ketakseimbangan laktos) dan mungkin perutnya merasa tidak selesa (gas in baby).
Dan efeknya boleh jadi menyebabkan bayi juga tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya. Ini akan merisaukan ibu dan mungkin mempertimbangkan untuk menukar susu tepung walaupun isunya adalah cara penyusuan.
Fakta #6
Efek penyusuan yang tidak balance foremilk hindmilknya ialah ibu tidak mengeluarkan susunya sehingga habis dan boleh menyebabkan susu tersumbat (plugged duct) atau lebih bahaya jika mastitis.
Fakta #7
Sekiranya berlarutan dimana bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.
Tanda Bayi Tak Cukup Hindmilk
Perhatikan tanda-tanda ini yang mungkin adalah simptom yang menunjukkan bayi tidak mendapat cukup hindmilk:
Ads
* Najisnya kehijauan dan sedikit keras.
* Bayi kerap menangis kerana kembung perut.
* Terdapat darah pada najis bayi.
* Pertambahan berat bayi yang tidak elok.
* Bayi kerap muntah.
* Ruam lampin (kerana najis yang berasid).
* Bayi kerap menangis seolah-olah tidak cukup susu.
Sebaik mata terbuka jam 6 pagi sampailah 12 malam, kerja isteri takkan habis. Ada saja saling berkait. Penatnya usah cerita. Kalau tiada waktu rehat, memang boleh sasau dibuatnya. Sebab itulah, bila isteri kata ‘Dia Penat’ dia sebenarnya benar-benar maksudkannya.
Suami jangan pula perlekeh, luahan emosi isteri itu. Sebab Isteri yang penat ini jika tak mendapat rehat yang cukup, macam-macam boleh jadi dekat dirinya. Dan inilah yang dikongsikan oleh Mastura Abu Bakar. Kisahnya yang tak berhenti dengan kerja sampai mengundang rasa penat menggunung.
Bila Isteri Hilang Kewarasan
Semalam saya hampir hilang kewarasan. Terlalu penat berkerja di rumah dan mengurus anak-anak.
Seminggu yang panjang, sendiri mengurus anak-anak. Suami tak sihat, ada kelas hingga ke malam dan ada kursus penuh di hujung minggu.
Houd meragam yang tak boleh nak dipujuk. Tidur malam tak lena. Melekat saja mulutnya menyusu. Anak-anak lain juga mahu perhatian.
Saya perlu masak dan bereskan hal rumahtangga dan bisnes.
Saya letih. Mental saya dah exhausted. Enjin saya hampir terhenti.
Dalam perjalanan balik rumah lepas selesaikan beberapa urusan di luar, saya minta suami turunkan saya. Dan bertanya boleh tak saya nak berjalan kaki hingga sampai ke rumah?
Saya Penat, Perlukan Masa Bersendiri
Melalui permintaan saya tu, saya tahu saya dah tak boleh berfikir dengan baik. Saya perlu rehat.
Sampai sahaja di rumah, saya masuk ke bilik. Suami layan anak-anak dan tutup pintu bilik. Suami batalkan kelas petang tu sebab nak take part jaga anak-anak.
Saya tertidur. Rasa dah lama tak tidur selena itu walaupun hanya sejam.
Suprisingly, bangun tidur saya terus bertenaga.
Emosi saya stabil. Mental saya stabil. Badan rasa segar.
Saya boleh tersenyum.
Alhamdulillah. Dengan rehat hanya sejam, saya waras kembali.
Bayangkan Kalau Suami Tak Faham Penat Isteri
Bayangkan kalau saya tak diberi peluang oleh suami untuk berehat? Bayangkan suami perlekeh saya dan kata saya hanya mengada-ngada?
Apa tindakan saya? Macam mana dengan anak-anak?
Sebab itulah betapa pentingnya komunikasi suami isteri. Dan pentingnya suami yang memahami. Boleh membaca riak isteri yang dah terlalu kepenatan. Boleh bertoleransi menjaga anak-anak dan beri peluang isteri berehat.
Kaum lelaki kalau anda rasa nak umur panjang, cubalah peluk isteri dua minit sehari. Tak perlu stres-stres. Sebabnya pelukan itu akan meredakan tekanan. Kajian menunjukkan pelukan ini akan mengeluarkan hormon gembira.
Rahsia Lelaki Nak Panjang Umur
Suami janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia. Kalau boleh mulakan sedikit demi sedikit. Memanglah mula-mula agak kekok namun lama kelamaan bila sudah jadi kebiasaan tentu rasa tak sempurna hari bila tidak peluk isteri. Cubalah!
Peluklah Isteri Dua Minit Sehari
LAKUKAN INI SEMASA MEMELUK ISTERI:
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Empat saranan ini mampu memberikan manfaat yang untuk hubungan suami isteri. Tak lama manapun, dua minit saja!
Bukan pasangan tak nak bekerjasama tetapi sebab salah faham. Ini dilema bila sudah berumah tangga, nak laki tolong tapi tak nak cakap. Itulah yang jadi perang dingin!
Nak elak masalah ini, dua-dua kena main peranan, jom semak perkongsian daripada Intan Dzulkefli apa yang patut anda buat…
Kalau Boleh…
Sebagai manusia kita perlu menerima hakikat kita tidak boleh catch up semua benda dalam satu-satu masa.
Perkara ni apply dalam hubungan suami isteri juga. Isteri & suami kena sama-sama bekerjasama dalam urusan rumahtangga & anak-anak. Bukan hanya bekerjasama semasa nak membuat anak. Selebihnya lepas tangan ke satu pihak.
Tidak boleh tunjuk terer sangat. Ada isteri dia tak beri peluang langsung untuk suami ‘mencelah’ dalam urusan rumahtangga & anak-anak. A-Z dia uruskan dari urusan perbelanjaan bulanan, bayar bil, baju apa anak pakai, hal pengasuh/taska anak-anak, menu makanan setiap hari, hatta susun atur rumah pun, semua dia decide sendiri. Tak bertanya pendapat suami langsung. Kemudian, bila hal ini berlarutan… lama-lama dia balik yang stress & anggap suami lepas tangan. Sedangkan ia juga berpunca dari sikapnya yang mahu uruskan segalanya sendirian sejak awal.
Kebanyakan isteri selalu anggap suami kenalah faham-faham sendiri, tetapi banyak wanita lupa banyak lelaki jenis; dia akan biarkan isterinya buat semua sebab dia lihat isterinya boleh buat.
Jadi, orang perempuan…
Ringankanlah mulut untuk minta tolong. Walau kadang ramai isteri panas hati kenapa suami tak juga reti-reti.
Ringankanlah mulut untuk tanya pendapatnya. Walau kadang ramai isteri memang tak berkenan langsung taste suaminya.
Semuanya demi menunjukkan kita hormatkan suami, menunjukkan dia adalah penting. Menunjukkan kita ni satu team.
Memang awalnya suami lipat baju tak kemas.
Memang bila dia mandikan anak malam hari pun pakai baju siang lengan pendek.
Memang bila dia masuk dapur & masak-masak terus berkecah dibuatnya.
Arghhh… rasa macam nak suruh dia stop & jangan buat lagi semua tu sebab sakit mata tengok kerjanya tak senonoh.
Tetapi… Isteri kena sabar. Selagi dia ikhlas tunjukkan effort mahu membantu kita ringankan urusan rumahtangga, buat-buatlah tutup mata. Tutup juga mulut daripada bagi komen pedas.
Sebaliknya ucaplah terima kasih. Pujilah hasil kerjanya.
Dah agak-agak bagi pujian ayat manis barulah add on sikit kritikan & cadangan membina di hujung ayat. Hihi. Syaratnya mestilah dengan cara sopan. Bukannya perli.
Orang tua-tua cakap, orang lelaki ni kalau dah dibiasakan buat kerja rumah, nanti hasil kerja lebih kemas & cekap dari orang rumah (isteri).
Ingatlah pesan Imam Hassan al-Banna tentang perkahwinan; “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’ yang diwarnai oleh beban-beban & kewajiban, yang bukan semata kesenangan & romantik, melainkan tolong-menolong dalam memikul beban kehidupan & juga bebanan dakwah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...