Kalau anda ke Johor, makan pisang goreng ‘wajib’ cicah dengan sambal kicap. Macam-macam makanan boleh dicicah dengan sambal kicap. Selain pisang goreng, sambal kicap menjadi ‘kawan baik’ untuk hidangan seperti sukun goreng, tempe goreng malah dimakan bersama bihun sup, soto dan juga ikan bakar.
Bahan-bahannya pun ringkas sahaja dan senang hendak buat. Sambal kicap stail Johor memang antara resipi sambal kicap yang paling padu. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam ini. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok.
Mee Bandung cukup popular di Muar, Johor. Rahsia kesedapan kuah Mee Bandung yang asli adalah menggunakan air rebusan daging dan campuran kacang tanah yang dikisar. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan nak buat pun simple je.
Boleh cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezshaini.
“Jemput minum petang..hujan-hujan ni menu “Mee Bandung”. Ada yang minat ke? Ikut resepi arwah mak saya dulu,simple je.”
Bahan-Bahan:
2 senduk Cili kering, bawang besar dan bawang putih (dikisar)
Kacang tanah (goreng & kisar)
Udang kering (dikisar)
Daging direbus (air rebusan asingkan)
Udang basah
Telur
Sawi/Kailan
Cara Membuat:
1.Tumis cili sehingga naik minyak, masukkan udang kering dan kacang tanah, kemudian masukkan air rebusan daging.
2.Kacau sebati, biarkan mendidih pastikan garam gula secukup rasa.
3.Masukkan pula udang basah, biarkan seketika, masukkan pula daging, pecah telur dan masukkan sayur.
Ada caranya untuk buat sendiri kulit popia yang lembut. Malah bila perap semalaman dohnya, tekstur lebih licin dan cantik.
Bukan apa, lebih berbaloi dan puas hati sebenarnya bila buat sendiri. Berbanding kulit popiah goreng yang boleh dibeli dan ada dijual di pasaran, kulit popia basah ni kena buat sendiri. Sebelum diletak inti seperti udang kering, sengkuang dan lobak merah serta dicicah dengan sos pekat.
Boleh cuba buat sendiri Kulit Popia di rumah ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin ini yang dibuat niaga.
Siapa suka makan kulit popia? Kulit ni boleh buat popia basah, goreng, samosa, murtabak dan macam-macam kegunaan.Ini saya buat untuk berniaga. Kalau bulan puasa biasa 15kg ke atas. Kadang-kadang sampai cecah 60kg sehari.Waktu puasa boleh cuba buat untuk berbuka.
Saya versi selet saja tak gosok atas kuali dan tak guna putih telur dan cuka. Alhamdulillah masih lembut sangat.
Bahan-Bahan:
Tepung gandum sekilo (apa-apa cap pun boleh)
Air 600ml-900ml (anggaran saja)
Garam
Cara Membuat:
1.Bancuh semua bahan macam nak buat cucur tapi air dikurangkan. Bancuhan tak terlampau cair dan tak terlalu pekat.
2.Perap 2 jam. Kalau nak tekstur lebih licin dan cantik simpan dalam peti sejuk bawah lebih 4jam-8jam atau semalaman. Tutup bekas dengan aluminium foil/plastik wrapping untuk elak permukaan atas tepung keras. Kulit pun rangup dan tak liat.
3.Selet atas kuali pan nonstick/ kuali popia.
Tip:
-Guna api kecil saja. Jika selet tepung tak melekat tanda api terlampau panas. Jika selet dan tak boleh tarik dan melekat tanda kuali belum panas.
– Gosok kuali dengan tepung dan sedikit minyak yang dioles pada kain bersih.
Mempunyai rak dapur sangatlah penting untuk susun barang-barang agar nampak lebih kemas dan teratur. Jika selalu rak dapur kita beli je, dengan idea menarik dan kreatif sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri rak dapur mudah alih pelbagai guna ini semudah ABC. Lebih menjimatkan dan puas hati buat sendiri.Guna kepingan kayu pallet untuk menghasilkan rak dapur ini, bukan sahaja berfungsi untuk letak barang tapi juga mampu menaikkan lagi seri dapur.
Ikut langkah mudah ini;
Bahan-Bahan:
Kayu Pallet (Terpulang kepada pilihan jenis kayu masing-masing)
Paku
Penukul Besi
Alas Rumput
Cara Membuat:
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood)
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku. Anggaran panjang dan lebar kayu mengikut anggaran sendiri, jika mahu panjang atau pendek, besar atau kecil.
3. Gosok dgn kertas pasir atau mesin keatas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
** Rak sengaja di susun serong pada bahagian atas dan tegak pada bahagian bawah bagi memudahkan untuk meletak botol-botol.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...