Resipi Agar-agar Milo Serbuk & Kotak, Mewah Betul Rasa Coklat
Milo cukup terkenal dengan tagline, ‘Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat.’ Bermacam-macam resipi boleh dihasilkan menggunakan Milo salah satunya ialah agar-agar Milo.
Resipi agar-agar Milo ini cukup menarik untuk dicuba kerana hanya dengan empat bahan sahaja, kita boleh hasilkan seloyang pencuci mulut yang lazat. Anak-anak mesti suka makan terutama apabila dihidangkan sejuk-sejuk.
Jom kita cuba resipi agar-agar Milo seperti yang dikongsikan oleh Ayu Mashrudin ini.
RESIPI AGAR-AGAR MILO
BAHAN-BAHAN:
1 kotak air Milo (1 liter)
1 paket agar-agar serbuk
2 sudu besar gula
3 sudu besar Milo
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Masak semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
Ads
2. Tuang dalam acuan.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. Hidangkan.
Karipap pusing mempunyai kulit yang bentuknya berpusar. Keunikan karipap pusing terletak pada kulitnya yang mempunyai garisan bulatan, manakala karipap biasa tidak mempunyai apa-apa garisan.
Teksturnya juga rapuh dan jadikan cita rasanya lebih mewah. Pun begitu, cara membuatnya berbeza dengan kulit karipap biasa.
Apa kata kita cuba buat kulit karipap pusing pula? Mesti seronok dan memberikan kelainan ketika memasak karipap di dapur.
RESIPI KARIPAP PUSING
KULIT KARIPAP PUSING
BAHAN DOH A
1/4 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Air ais secukupnya
CARA MEMBUAT DOH A
1. Dalam periuk kecil, panaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih.
2. Tuang minyak masak dan marjerin panas tadi ke dalam tepung gandum. Gunakan sudu, kacau sebati.
3. Masukkan garam dan air ais sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh lembut.
4. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 120 gram. Ketepikan.
BAHAN DOH B
120 gram tepung beras
100 gram marjerin
CARA MEMBUAT DOH B
1. Dalam bekas, campurkan tepung beras dengan marjerin. Uli sehingga menjadi doh.
2. Jangan tambah air. Kedua-dua adunan ini boleh jadi doh tanpa air.
3. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 70 gram. Ketepikan.
CARA MENYATUKAN
1. Ambil DOH A. Jadikan leper dengan gunakan tangan. Ambil DOH B. Letakkan atas DOH A. Satukan kedua-duanya menjadi satu bebola.
2. Gunakan penggelek, leperkan sehingga nipis. Kemudian gulung.
3. Selepas digulung, gelek lagi sehingga nipis. Gulung lagi. Kemudian potong doh ini kepada 6 bahagian. Boleh jadi 6 biji karipap.
Laksa mee Pangkor menu hidangan yang cukup popular di kalangan orang Perak terutama orang Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor.
Bagi warga negeri Perak yang rindu nak makan laksa mee Pangkor, jom kita masak laksa mee Pangkor mengikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini. Memang puas hati bila masak sendiri. Nak tunggu balik kampung lambat lagi jadi kita buat sendiri, boleh makan ulang-ulang.
RESIPI LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana
3 keping asam gelugur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan
10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
1/2 inci belacan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur):
200 gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar)
3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balancekan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang itu masih ada rasa rangup.
5. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Puding Biskut Marie Kurang Manis, Mewah Rasa Coklat, Begini Cara Nak Buat
Puding biskut Marie berlainan dengan kek batik. Lebih mewah dengan coklat, puding biskut Marie lebih lembut dan berkrim. Siapa yang suka coklat pasti puding biskut Marie ini membuatkan anda ‘jatuh cinta.’
Tak susah pun nak buat puding biskut marie ini. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan mahal. Pendek kata sesuai untuk mak-mak yang anak ramai. Kalau nak lagi rasa mewah, boleh buat topping coklat dengan mengikut resipi yang dikongsikan Muhammad Ali ini. Nampak kemas dan cantik.
LAPISAN PERTAMA: COKLAT
12gm agar-agar tali
4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream (kalau tiada, gantikan dengan susu cair)
1 sudu makan mentega (tak kisah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh) – beli online di sini
7 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe
5 sudu makan milo (sudu makan tu yang sudu besar kita buat makan apa-apa tu tau)
Secubit garam
½ cawan dark chocolate
¾ cawan gula (190 gram gula)
LAPISAN KEDUA: PUTIH
6gm agar-agar tali
2 cawan air
1 cawan susu cair
¼ cawan gula (80gm gula)
1 sudu kecil essen vanilla
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN PERTAMA: COKLAT
1. Masukkan 4 cawan air + 12gm agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi.
2. Kemudian baru masukkan ¾ cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
4. Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
5. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau sampai separuh sebati.
6. Masukkan 1 sudu makan mentega. Gaaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dah sebati biarkan mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.
7. Bila dah mendidih tadi, masukkan ½ cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan. Dah sebati, terus tutup api.
8. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang saiz 8 inci.
9. Tuang atas loyang dulu adunan tadi, sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.
10. Setkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.
11. Jadinya, ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih.
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN KEDUA: PUTIH
1. Letakkan 2 cawan air + 6 gm agar-aagar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan ¼ gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
2. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil esen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.
3. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.
4. Tuang rendah dan perlahan-lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.