Penat menangis di konti, Sharifah Shahirah @rara tertipu dengan cerita palsu dr zaireen zareena. Ternyata selepas Dr Iqbal Hamdi, seorang lagi individu menyamar menjadi “doktor” yang tampil dengan cerita menyedihkan.
Jika Dr Iqbal hanya viral di facebook tapi individu yang memperkenalkan dirinya doktor sakit puan di Hospital Gleneagles Pulau Pinang ini telah berkongsi “cerita palsu” dengan menelefon stesen radio, Suria FM pada sambutan Hari Ibu yang lalu.
Penat Menangis Di Konti
Dan ternyata, kisah sedihnya itu membuatkan air mata penyampai radio Sharifah Shahirah @Rara dan Tyso mengalir selain rakyat Malaysia yang tersentuh hati mendengar kisahnya.
Sama seperti plot kematian isteri dan anak dari Dr Iqbal, “Dr Zaireen” pula berkongsi kisah sedih kerana terpisah lama dengan ibunya sebelum memaklumkan wanita berkenaan juga meninggal dan mahu terbang ke Australia bagi menziarahi saudaranya. Gaya penceritaannya cukup sempurna hingga ramai mendoakannya sebelum menyedari ada sesuatu.
Dan keprihatinan rakyat Malaysia yang “cepat sedar” kisahnya adalah palsu dikongsikan oleh individu bernama Pqah Ramli yang berbalas mesej bersama penyampai radio Rara sebelum ia disahkan benar oleh Sharifah Shahirah yang juga tahu bahawa satu Malaysia tertipu dengan drama doktor tersebut.
Berikut adalah perbualannya bersama Rara.
For the 1st time ever, aku berbalas message dgn artis ya..Kak Rara. Puncanya sebab kisah so called Dr. Zaireen Zareena. 1 Malaysia kena game.
Letak sini sebagai peringatan dan pengajaran zaman sekarang ni jangan mudah percaya orang walaupun kita rasa dia tak ada motif pon untuk tipu kita.
Sharifah Shahirah @Rara Tertipu Dengan Cerita Palsu ”Dr Zaireen Zareena”
Siapa yang selalu dengar Suria fm maybe follow kisah Dr Zaireen ni. Anak yatim yang terpisah dengan ibu kandung dan dibesarkan di rumah kebajikan anak yatim. Dia call Suria FM dengan misi menjejak ibu kandung dia berbangsa cina.
Dia kenalkan diri dia sebagai Zaireen Zareena binti Abdullah. Bertugas sebagai doktor O&G di Hospital Gleneagles Penang. Tak pernah berkahwin.
Ads
Rasanya since Jumaat lepas dia call cerita kisah dia ni. Akhirnya petang tadi dah dapat info yang Dr. Zaireen dah dapat jejak ibu kandung dia dan adik beradik kandung dia melalui seseorang yang bernama Sabariah.
Panjang kalau nak cerita kisah dia. Tapi seriously menangis tersedu sedan dengar kisah dia. Boleh dengar rakaman kat ig suria fm.
Penceritaan dia sangat meyakinkan kan?? Malangnya hari ni terbongkar yang dia menipu.
Aku search fb dia sebab teringin nak tengok empunya badan lepas dengar kisah sedih dia dan nak follow lah. Tapi lain pulak yang aku jumpa.
Ads
Post2 lama dia mencari rumah sewa dengan suami oku. Pelik kan kalau difikirkan balik. Apa motif dia menipu?? Apa faedahnya. Kemungkinan besar mental illness lah kot.
Jadi disebabkan aku tersedar awal yang 1 Malaysia sebenarnya kena game, aku pon reply iuga story Kak Rara bagitau yang aku syak kita semua kena game.
Tak sangka Kak Rara reply. Dia bagitau dah dapat tau kena tipu sebelum mMaghrib tadi. Tak sabar nak tunggu esok pendedahan dari Suria FM pasal kisah ni. Stay tuned.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bersyukur apabila menerima keputusan negatif, penyanyi yang terkenal dengan lagu Canggung, Wany Hasrita turut berkongsi berita gembira apabila pembantu peribadinya Nur Nur Anisah turut mendapat keputusan calitan Covid-19 yang sama.
Malah dia juga mampu tersenyum lega, kebanyakan artis dan krew terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang membuat ujian calitan di Pusat Perubatan Management & Science University (MSUMC), Shah Alam turut mendapat keputusan negatif.
Keputusan Negatif, Semuanya Dipermudahkan
Selepas mendapat perkhabaran Alif Satar Positif Covid-19 dan episod ketiga SFMM35 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad lalu ditunda.
Seperti mana dipetik menerusi portal Xtra, Wany yang juga bekas penuntut MSU turut memberitahu dia bersama Nur Anisah menghubungi pensyarahnya untuk mendapatkan bantuan dan maklumat terkini.
“Selepas mendapat perkhabaran terbabit pada Ahad, saya menghubungi pensyarah saya. Dia yang membantu untuk ‘set-up’ ujian calitan serta menghubungkan kami dengan doktor di MSUMC.
“Selain itu, pembantu peribadi saya, Nur Anisah banyak membantu saya dan semua yang hadir ke MSUMC untuk menjalani ujian calitan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” kata Wany.
Keputusan Negatif, 69 Orang Yang Hadir Ujian Calitan
Difahamkan juga, kesemua 69 orang yang hadir membuat ujian calitan disahkan negatif.
“Sebenarnya, agak sensitif untuk saya jawab tapi ini apa yang saya dapat daripada doktor yang memeriksa kami pada Ahad, semua 69 orang yang hadir membuat ujian calitan di MSUMC disahkan negatif. Tapi, semuanya harus berhati-hati,” sambungnya lagi
Keputusan calitan pertama masih terlalu, malah Wany juga menasihati mereka yang menjadi kontak rapat haruslah menjalani kuarantin dan menjalankan ujian calitan yang kedua.
“Masih terlalu awal, semuanya boleh terjadi dan langkah berjaga-jaga haruslah sentisa diambil.
“Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan dan semuanya akan terus kekal negatif, Insya-Allah,” luah Wany.
Siapa sangka pembedahan dalam perut yang disebabkan oleh ketumbuhan, turut ‘mengesan’ kehadiran bayi dalam perut wanita ini. Malah kehadiran bayi perempuan berusia lapan hari disifatkan keluarganya sebagai ‘anak ajaib’ kerana ibunya tidak pernah menyedari hamil bayi berkenaan sebelum ini.
Tiada siapa menyangka Sanisah Abu Bakar, 45, mengandung, Nur Iman Amani Widodo sebelum ini, malah wanita terbabit sendiri tidak menyedarimengandung hinggalah bayinya itu dilahirkan secara pembedahan pada 19 Jun lalu.
Segalanya bermula apabila keluarga Sanisah menyangka wanita terbabit menghidap ketumbuhan dalam perut yang menyebabkan perutnya sering berasa sakit.
Dua Ketumbuhan
Widodo Sinasim, 47, berkata, dia tidak menyangka isterinya hamil sehinggalah Sanisah mengadu mengalami kesakitan yang tidak tertanggung minggu lalu.
“Doktor di Hospital Melaka memang ada melakukan ujian imbasan, tetapi tidak dapat mengesan ada bayi dalam perut isteri saya sebelum ini. Apa yang dikesan hanyalah dua ketumbuhan.
“Doktor melakukan pembedahan dan mengeluarkan ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram, tetapi doktor terkejut apabila mendapati ada bayi dalam perutnya lalu menyelamatkan anak itu daripada perkara tidak diingini,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di kediamannya di Kampung Kuala Linggi di sini.
Widodo bagaimanapun berkata, beliau, isteri dan lima anak mereka berusia enam hingga 19 tahun menyambut kehadiran bayi itu dengan penuh kesyukuran dan menganggapnya sebagai keajaiban kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.
Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, setiap anggota komuniti harus mengutamakan aspek penjagaan kesihatan kerana ia nadi kehidupan manakala wanita harus tahu mengenai perihal kesihatan diri sendiri, terutama jika hamil.
“Amat penting untuk wanita hamil memahami aspek penjagaan kesihatan dan harus tahu sama ada mereka hamil atau sebaliknya kerana penjagaan bayi dalam kandungan berkait rapat dengan dua nyawa,” katanya.
Mas Ermieyati turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada Sanisah yang dalam pantang dan mengingatkannya supaya menghabiskan waktu dengan berehat.
MW: Istimewa sungguh kelahiran bayi perempuan ini. Kelahiran yang tidak disangka-sangka apatah lagi tak pernah disedari ketika ibunya mengandung. Semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna.
Konflik rumahtangga pelakon dan usahawan Fizo Omar, 34 dan Mawar Abdul Karim, 30 akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.
Menurut Mawar dirinya reda perkahwinan yang dibina bersama pelakon Fizo Omar berakhir dengan perceraian setelah berusaha selama enam tahun untuk menyayangi Fizo dan keluarga demi membaiki rumah tangga mereka.
Usaha Selamatkan Perkahwinan
Mawar berkata, sebagai wanita dia amat menyayangi rumah tangga yang dibina dan kedua-dua pihak berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.
“Selama enam tahun tempoh perkahwinan kami, saya telah cuba dan Fizo telah cuba untuk selamatkan perkahwinan ini.
“Mungkin sampai sini sahaja usaha saya untuk mencari keserasian antara Fizo dan keluarga. Saya korbankan kasih sayang saya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga,” katanya.
Masih Menyayangi Fizo
Mengulas mengenai kesudian memberikan peluang kedua terhadap Fizo, Mawar menyatakan jauh di sudut hatinya dia masih menyayangi pelakon itu.Namun katanya, masih terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
“Saya enggan komen lanjut. Fizo seorang abang dan anak yang baik kepada keluarga,” ulasnya ringkas.
Tak Rebut Hak Penjagaan Anak
Dalam pada itu, Fizo tidak merancang untuk merebut hak penjagaan anak dan berjanji tidak akan memisahkan kasih sayang antara seorang anak dan ibu.
“Hak penjagaan anak saya serahkan kepada Mawar. Saya tidak akan pisahkan mereka,” tuturnya.
Tambah Fizo mereka bersedia untuk menjadi pasangan ibu bapa yang terbaik untuk anak mereka Wan Maryam berusia dua tahun.Fizo dan Mawar disatukan pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Wan Maryam setelah 4 tahun berkahwin.
Cerai Talak Satu
Terdahulu,Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar Abdul Karim, 30, sebagai plaintif melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.
Permohonan cerai itu dibuat Mawar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu. Suasana mahkamah bertukar sedih apabila Fizo dan Mawar saling bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Che Abdullah kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Selangor dan sijil nikah dibatalkan.
Masalah Keluarga Jadi Punca
Ketika prosiding, Che Abdulllah bertanya adakah Fizo bersetuju untuk menceraikan isterinya dan pelakon itu menjawab dia bersetuju kerana sudah tiada keserasian serta persefahaman antara mereka sejak beberapa tahun lalu.Difahamkan, perceraian itu berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga.
MW:Kita tak tahu masalah sebenar yang mereka hadapi, jika perpisahan adalah jalan yang terbaik doakan sahaja yang baik-baik buat mereka.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.