Tahniah Mingguan Wanita ucapkan kepada pelakon, pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau lebih popular dengan gelaran Shiera, 46 yang kini sudah mengenakan hijab sepenuhnya.
Isteri kepada pelakon, Ijoi Azhari dan juga ibu kepada lima orang anak ini menyatakan dia mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro Shiera juga berkongsi tentang niat mengenakan hijab timbul apabila dia sedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan dari Allah SWT.
Ads
āDitambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.Ā Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai,” ulas Shiera yang mengakui dirinya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri.
Foto:Instagram Shieraijoi
Berhijab Dapat Sokongan KeluargaĀ
Shiera juga turut menyatakan sebelum ini kadangkala dia ada juga mengenakan hijab.
āLagipun, sebelum PKP saya memang pakai āon-offā dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna,” katanya.
Ads
Shiera juga rasa sangat gembira dan bertuah kerana keputusannyaĀ itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.
āSuami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga,” sambung Shiera.
Terjawab akhirnya, tanda tanya status terkini penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 26. Ketika bersoal jawab dengan para peminatnya, Bella Astillah mengakui dirinya sudah pun rujuk semula dengan suaminya, Aliff Aziz waktu dalam eddah lagi.
Bella yang semakin berseri-seri itu juga memaklumkan dirinya sedang hamil. Bermakna Ayden Adrean bakal mendapat adik.
āAlhamdulillah masa dalam eddah lagi jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ya.ā Jelasnya apabila peminat bertanya sama ada dirinya sudah kembali bersama bekas suaminya itu.
Bella juga mengiyakan ketika ditanya tentang perubahan di wajahnya, adakah disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Dan memohon agar para followernya mendoakan kebahagiaan rumah tangganya kelak.
Sebelum ini, Bella dan Aliff telah melalui kemelut rumah tangga akibat perbuatan curang Aliff dengan beberapa orang wanita. Sehingga membawa keretakan dalam rumah tangga pada Mei lalu.
Dan Februari lalu, Bella berkongsi kesediaannya untuk menerima semula bekas suaminya itu demi anak sulung mereka, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Keduanya mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Akuinya lagi, peristiwa lalu adalah kenangan pahit. Tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Kisah rumah tangganya yang pernah viral suatu ketika dahulu adalah sebagai pengajaran untuk suami dan orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya.
āSaya post tu untuk bagi pengajaran pada suami dan perempuan yang mengganggu suami orang. Bukan minta simpati. Tak perlu bakc up saya. Saya doakan orang tak lalui apa yang saya lalui.ā Jelasnya ketika ditanya peminat sama ada dirinya tidak serik dengan ujian kecurangan rumah tangga.
Apabila seseorang melihat ujian musibah Covid-19 sebagai hikmah, maka dia akan memperolehnya dengan hati yang lapang. Inilah yang dikongsikan penyanyi popular, Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Norafizah Ariffin.
Akui Nora, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan sehingga bulan Ramadan ini memberi hikmah buat dirinya dan keluarga. Terutama bab solat tarawih di rumah sendiri. Malah tidak pernah dibayangkan sebelum ini, yang dia akan menjadi imam solat tarawih di rumah untuk anak-anak perempuan dan maidnya.
Kongsinya, āTak pernah terfikir untuk jadi imam solat tarawih untuk anak-anak dan maid di rumah. Sebelum ini memang kami selalu ke masjid.ā
āJarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam. Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan tarawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.ā
āAlhamdulillah, tak susah sangat pun. Kita ingat susah sebab nak perfect macam solat kat masjid. Slow-slow practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah.ā Kongsi Nora yang ditemani dua orang puterinya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.
Waktu PKP ini anak-anak tidak bersekolah. Jadi, mudah untuk anak-anak Nora berpuasa dengan penuh pengisian dan kesabaran.
āMasuk waktu terus ajak solat. Alhamdulillah.. moga terus istiqamah sampai bila-bila. Doa untuk papa dan abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang di sana. In Shaa Allah.ā
Disember tahun lalu, Nora diuji kehilangan anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, 20 yang meninggal secara mengejut di rumah. Manakala suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
MW :Sememangnya Ramadan di waktu PKP inilah waktu terbaik untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri denganNya sepanjang melaksanakan ibadah berpuasa.
Setiap orang ada cerita Ramadan kali ini yang berbeza. Kerana, tahun new normal ini rakyat Malaysia perlu duduk rumah sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Yang sihat duduk di rumah, yang yang terkesan sakit Covid-19, duduk di wad isolasi Covid-19.
Pelakon Ashraf Muslim yang disahkan positif Covid-19, sejak 12 April lalu masih lagi menjalani rutin kuarantin di wad hospital. Sehingga menjelang 1 Ramadan, masih lagi dirawat di situ.
Suasananya tentu berbeza. Tidak sama seperti orang lain yang dapat berkumpul, bertarawih di rumah bersama anak-anak dan isteri, malah bangun pagi untuk menunaikan ibadah sahur bersama-sama.
Kata Ashraf, Ramadan kali ini adalah malam paling bersejarah dalam hidupnya. Tarawihnya di dalam wad hospital. Kerinduannya pada keluarga buatkan hatinya menangis hiba.
Kongsi Ashraf sebelum 1 Ramadan lalu,
Ramadan kali ini.
Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dari mama dan ibu nih⦠Ni lah nak cerita sikit. Lepas solat terawikh kul 10.30 malam tadi.. AM nk makan malam yerlah tengah laparlah kan sebba tak makan petang td.
So.. tengah makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tengok message. So bila buka jer dapat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat macam ni.. dah lah ayah kat wad.
Makan pun tak habis terus basuh tangan⦠waaa! Mama ibu dan anak-anak.. Sabar yer.. tunggu ayah sikit lagi.. insyaAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!. @ashrafslegacy
Dalam statusnya yang lain pula, Ashraf sempat berkongsi tentang hadis nabi mengenai ujian Allah dan wabak.
āKhususnya dengan wabak yang kita lalui sekarang iaitu virus COVID-19.
Sayyidina Anas berkata Rasullullah saw bersabda āSesungguhnya besar ganjaran itu bergantung kepada besarnya ujian. Apabila Allah swt mencintai sesuatu kaum maka DIA akan menguji mereka. Sesiapa yang redha atas ujian itu maka baginya keredhaan Allah swt sementara sesiapa yang marah atas ujian itu maka baginya kemurkaan Allah SWT.ā (Tirmizi)
Ujian perpisahan sementara ini sesungguhnya begitu menguji siapa pun ketika ini. Mereka yang berpeluang berkumpul dengan ahli keluarga, nikmatilah momen new normal ini dengan penuh kesyukuran.
Kerana nikmat #SyukurBersama ini tak selalu kita peroleh. Sebenarnya tuhan sedang memperlihatkan rahmat dan kasih sayangnya.
Teruslah patuh dengan saranan kerajaan duduk di rumah, dan semoga Malaysia menang dalam perjuangan yang cukup menguji ini.
MW : Mendoakan agar Ashraf Muslim segera sembuh dan bebas daripada Covid-19. Dan dapat bertemu kembali dengan ahli keluarga menikmati ibadah berpuasa bersama-sama.