Terjawab akhirnya, tanda tanya status terkini penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 26. Ketika bersoal jawab dengan para peminatnya, Bella Astillah mengakui dirinya sudah pun rujuk semula dengan suaminya, Aliff Aziz waktu dalam eddah lagi.
Bella yang semakin berseri-seri itu juga memaklumkan dirinya sedang hamil. Bermakna Ayden Adrean bakal mendapat adik.
“Alhamdulillah masa dalam eddah lagi jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ya.” Jelasnya apabila peminat bertanya sama ada dirinya sudah kembali bersama bekas suaminya itu.
Bella juga mengiyakan ketika ditanya tentang perubahan di wajahnya, adakah disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Dan memohon agar para followernya mendoakan kebahagiaan rumah tangganya kelak.
Bella Astillah Pernah Kongsi Akan Rujuk Semula Dengan Aliff, Demi Ayden
Sebelum ini, Bella dan Aliff telah melalui kemelut rumah tangga akibat perbuatan curang Aliff dengan beberapa orang wanita. Sehingga membawa keretakan dalam rumah tangga pada Mei lalu.
Dan Februari lalu, Bella berkongsi kesediaannya untuk menerima semula bekas suaminya itu demi anak sulung mereka, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Ads
Keduanya mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Pengajaran Untuk Suami, Orang Ketiga
Akuinya lagi, peristiwa lalu adalah kenangan pahit. Tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Kisah rumah tangganya yang pernah viral suatu ketika dahulu adalah sebagai pengajaran untuk suami dan orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya.
Ads
“Saya post tu untuk bagi pengajaran pada suami dan perempuan yang mengganggu suami orang. Bukan minta simpati. Tak perlu bakc up saya. Saya doakan orang tak lalui apa yang saya lalui.” Jelasnya ketika ditanya peminat sama ada dirinya tidak serik dengan ujian kecurangan rumah tangga.
Suami baik berubah dingin, “pulau isteri & suruh bekerja, rupanya petanda ajal makin dekat. Tanpa sedar, seorang isteri Nur Niesya “dipersiapkan” oleh suaminya untuk menjadi lebih cekal dan mampu berdikari selepas pemergiannya.
Dalam perkongsiannya di FB Nur Niesya berkata, suami dikasihinya, Ahmad Shukri Basir telah pergi menemui Sang Pencipta pada hari Jumaat jam 11.35 pagi akibat kemalangan jalan raya.
dalam perkongsian yang menjadi viral ini, Nur Niesya berkata, selepas tiga hari menahan sakit akibat kemalangan jalan raya, Allah menjemput suaminya di hari Jumaat yang mulia.
“Aku redha ya Allah dunia dan akhirat insya-Allah.
Suami Baik Berubah Dingin, Pulau Isteri & Suruh Bekerja
Jelasnya, orang kerap bertanya dari mana dirinya mendapat kekuatan menghadapi ujian ini tapi sebenarnya sebelum semua kejadian ini terjadi, ada perubahan dalam rumahtangga mereka hingga membuatnya berasa dipulaukan tanpa sedar itu adalah cara suami mempersiapkan dirinya menghadapi ujian di masa akan datang.
“Orang kerap tanya macamana dapat kekuatan? Dari mana u boleh kuat macamni? Kalau org lain dah lembik lutut,meraung sedih. Sebab orang tak tahu apa yang kami berdua alami sepanjang tahun ini.
Rahsia Tuhan yang selama nih saya pertikaikan kenapa saya diuji begini? Tahun nie, merupakan tahun yang berat dan tahun yang banyak buat saya rasa sedih. Sebab perubahan drastik arwah terhadap saya. Macamna burn out saya dengan sifat dia yang 100% berubah dengan saya. Saya rasa betapa dia tak sayang saya lagi, dia tak peduli saya lagi.
Saya tertanya, di mana kekurangan saya sebagai isterinya tapi tak ada jawapan…
Puas saya pikir di mana salah saya. Di mana kurangnya saya sebagai isteri. Selama perkahwinan kami tak pernah wujud orang ke 3 dari side saya mahupun dia. Dari awal kahwin hingga tahun ke 4 kami berkongsi hidup, dialah yang paling banyak menguruskan hal-hal rumahtangga dari urusan anak-anak hingga urusan mencari nafkah.
Tahun ke 5 iaitu tahun nih, dia banyak lepaskan saya untuk beraktiviti dan berdikari sendiri. Bagi saya cari kawan dan berdunia luar dengan orang sedangkan dari awal kahwin, dunia saya hanya dia dan anak-anak.
Dia seorang yang cemburu hatta dengan kawan perempuan disebabkan sikap manja saya. Bagi dia, saya hanya boleh bermanja dengan dia tetapi tidak dengan orang luar sebab dia tahu macam mana saya sayang seseorang itu.
Dia menghalang keras untuk saya bekerja sepanjang tempoh kami berkahwin tetapi pada bulan Julai, dia suarakan untuk saya kembali berkhidmat dengan KAFA. Kata beliau, sebab tak nak saya sunyi. Sukar untuk saya faham ketika itu kenapa dia suruh saya buat semua sendiri. Dari urusan mencari nafkah hingga urusan anak-anak dan urusan-urusan lain yang dia buat selama ini.
Dia jauhkan diri dari saya, kurang mesra, kurang nak berkasih sayang. Sampaikan hari-hari saya menangis. Hari-hari tertanya-tanya apa salah saya.
Dua bulan sebelum dia pergi, dia menghilangkan diri. Tak balik rumah, tak ada kabar berita. Bayangkan macam mana perasaan saya sebagai seorang isteri ketika itu. Dua minggu pertama tertunggu-tunggu kepulangan beliau. Lama-lama saya serahkan pada Allah. Saya pun tak tahu hidup mati dia. Dari situlah sy belajar redha.
Kemudian, bila dia balik semula saya rasa jauh hati sebab dia hanya tumpu pada anak-anak. Dia buat macam saya tak wujud dalam rumah kami. Selama sebulan dia habiskan masa dengan anak-anak tanpa bertegur dengan saya.
Sampai saya dapat panggilan dari mertua yang menyatakan dia eksiden dan keadaannya sangat kritikal. Saya tak percaya dan terus ke PPUM, bergetar badan lembik lutut tengok keadaan arwah masa tu. Dengar penjelasan doktor sambil terduduk saya masa itu.
Dari beliau sampai ke hospital, memang otak dah mati dan tak ada harapan untuk sembuh dan banyak komplikasi yang akan berlaku jika rawatan diteruskan disebabkan pendarahan yang teruk di otak.
Saya rasa sedih bila ingat sehari sebelum kejadian dia ada mesej minta maaf dan pada hari kejadian, dia ada tegur dan minta nak hantarkan saya ke tempat kerja.
Sepanjang 3 hari dia dimasukkan ke wad, barulah saya faham hikmah atas semua yang terjadi. Kenapa sifat dia berubah macam dia nak ajar saya supaya boleh hidup tanpa dia.
Saya yang banyak bergantung dengan dia. Nak tidur kena tepuk-tepuk dulu baru boleh tidur. Nak kena suap dulu baru makan. Rutin-rutin yang biasa saya buat dah suami tak buat.
Saya akan cerita pada anak-anak Babah mereka seorang superhero…
Saya boleh bayangkan macam mana diri saya jika dia tak ajar saya untuk berdikari dari awal. Mungkin hari-hari saya rasa tak mampu untuk hidup sebab saya sangat sayangkan dia. Dialah cinta hati saya dunia dan akhirat.
Dan hari ini, saya kuat sebab Allah dah siapkan hati saya selama setahun ini untuk hadap sebuah kehilangan besar dalam hidup saya untuk kali ke dua.
Balik rumah bertambah sedih bila saya tengok arwah dah siap asingkan baju-baju arwah ke dlm plastik. Baju last dia pakai semua dia basuh siap-siap. Tak ada baju yang dia pakai bersepah kat lantai. Dah mungkin, dia tak nak saya rindu dia. Rumah pun dia dah kemas rapi-rapi.
Pandai dia susun semua. Sayang, saya redha. Urusan sayang semua Allah mudahkan. Terlalu banyak bantuan yang tak disangka-sangka Allah hantar untuk saya dan anak-anak. Doakan saya kuat untuk besarkan anak-anak kita. Saya akan ceritakan pada mereka bahawa baba mereka seorang yang hebat. Terlalu hebat
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau anda jenis suka minum kopi atau teh, anda mungkin akan berdepan dengan masalah nak cuci gelas atau cawan yang bertukar jadi warna kekuningan. Selalunya yang asalnya warna putih, agak sukar untuk cuci dengan pencuci biasa.
Ya, jika dibiarkan lama-lama dasar gelas atau cawan akan nampak buruk, seolah-olah anda tak cuci.
Sebenarnya ada cara yang mudah, jadi anda tak perlu nak mengeluh dan niat nak ketepikan minum kopi atau teh secara terpaksa. Jom cuba antara salah satu ini…
2 Tip Cuci Cawan Lekat Kesan Kopi Dan Teh
1. Guna baking soda
Ambil 1 sdm dan gosok dengan sedikit air pada gelas yang kotor. Biarkan lebih kurang 5 minit dalam keadaan basah, kemudian bilas sambil menggosok gelas lagi. Anda juga boleh menggunakan garam yang dicampur perahan limau nipis dengan teknik yang sama seperti ketika kamu menggunakan baking soda.
2. Rendam dengan air panas
Atau anda boleh cuba hilangkan kesan teh dan kopi dengan cara merebus atau merendam gelas di dalam air panas. Campur air panas dengan serbuk soda, kemudian rendam gelas hingga air jadi sejuk. Gosok dan bersihkan seperti biasa.
Nah, sangat mudah bukan? Kini gelas yang kotor disebabkan kesan minum teh dan kopi jadi lebih bersih. Tak payahlah sampai nak beli pinggang mangkuk baru. Jimat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh ada menyarankan golongan transgender menggunakan tandas OKU bagi mengelakkan kebimbangan dan perasaan tidak selamat di kalangan orang awam.
Katanya, saranan itu adalah suatu langkah yang difikirkan sesuai ketika ini, kerana kerajaan turut mengambil kira keresahan dan pendapat yang telah diutarakan ramai pihak yang bimbang berkenaan isu terbabit.
Ternyata, isu ini menarik perhatian ramai, serta ramai yang tidak bersetuju dengan saranan tersebut. Personaliti televisyen yang juga penyampai berita NTV 7, Ras Adiba Radzi,50 salah seorang golongan OKU yang terkesan dengan cadangan tersebut.Ras Adiba ada meluahkan rasa kesal dan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut didalam posting Instagram dan Facebooknya baru-baru ini.
Didalam posting tersebut, Ras Adiba yang juga merupakan Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral, ada menulis surat terbuka kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh membantah saranan membenarkan golongan transgender menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU).
Berikut Kandungan Surat Terbuka Ras Adiba Kepada Fuziah:
Assalamualaikum YB.
Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan bantahan kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.
Maaf kami sebulat suara tidak setuju. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?
Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.
Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?
Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?
Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah.
Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami.
Assalamualaikum
Ras Adiba Radzi
Pengerusi dan Pengasas
Persatuan OKU Sentral.
Terdahulu, Ras Adiba pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1996, sehingga terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang dan kemudiannya disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2002. Meskipun disahkan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dan bergantung pada kerusi roda ia tidak menghalang wanita cekal ini untuk kekal aktif dalam meneruskan kehidupan seharian.
Mingguan Wanita mengharapkan agar pihak kementerian, mempertimbangkan cadangan yang lebih baik demi kebaikan buat semua golongan.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...