Betapa gembira dan syukurnya bila pertama kali diberi tawaran tunaikan haji. Saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam untuk menjejak kaki ke tanah suci dan menunaikan rukun Islam ke 5.

Tak mustahil juga ada yang sudah berkali-kali jejak kaki ke tanah suci. Baik tunaikan haji atau melakukan umrah. Tapi kemuncakya tentulah untuk menunaikan haji dan mendapat haji yang mabrur. Bayangkan bagi mereka terutamanya warga tunggu yang menungggu saban tahun untuk menunaikan haji, tapi tidak berpeluang.

Semua itu adalah rezeki. Tak kira kanak-kanak, orang muda atau tua, kalau sudah rezekinya pasti akan ke sana juga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lebih Mahal & Tiada Subsidi, Namun Ada Sebabnya Jemaah PILIH Tunai Haji Guna VISA FURADA!

Pengalaman Tunai Haji Usia Muda, Paling Penting Pasang Niat, Rezeki Allah Cukupkan

Tawaran Haji, Tolak, Beri Peluang Orang Lain

Perkongsian daripada Noraini Ismail yang baru saja menolak tawaran panggilan haji. Bukan melepaskan peluang keemasan tapi untuk memberi peluang kepada orang lain, memandangkan dia pernah tunaikan haji sebelum ini.

Saya dapat panggilan haji, tetapi saya tolak. Kenapa tolak? Tanya saya.

Sebenarnya sebelum saya tolak, saya terlebih dahulu buat solat istikharah. Saya juga mendapat nasihat daripada kakak supaya melepaskan peluang itu.

IKLAN

Kenapa? Orang lain ada yang merayu kerana nak pergi sangat tunai haji, tetapi awak tiba-tiba melepaskan peluang keemasan itu.

Sebenarnya ini panggilan haji kedua saya. Saya dah tunai haji pertama beberapa tahun lalu. Saya pun baru je balik daripada menunaikan umrah.

Saya tolak bukan kerana tambang haji kedua cecah RM38, 000. Dari segi kewangan saya tak ada masalah. Saya mampu membayarnya.

Saya tolak kerana saya nak beri peluang orang yang belum menunaikan haji mengisi kekosongan itu.

IKLAN

Saya teringat pak saudara saya di kampung dah berusia 70-an masih belum mendapat tawaran tunai haji. Kalau boleh galang ganti nak je saya bagi pak saudara tu tempat saya tu.

Tak Boleh Buat Pertukaran

Bagaimanapun, saya tak boleh membuat membuat penukaran itu. Tabung Haji kata, sistem tukar ganti tak boleh dibuat begitu. Hanya Tabung Haji yang berkuasa menentukan calon bakal jemaah haji.

Saya begitu terharu mendengar pengorbanannya itu. Kalau ramai orang berfikiran begitu, tentu ramai yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci dapat peluang menunaikan haji pertama mereka.

Kita dikehendaki menunaikan haji yang difardukan hanya sekali, itu pun jika ada kemampuan.

IKLAN

Kalau dah terlebih mampu, apa salahnya beri ruang itu kepada mereka yang masih menunggu peluang pertama untuk menunaikan haji.

Tabung Haji juga patut utamakan yang belum menunaikan haji untuk dimasukkan dalam senarai bakal jemaah mereka.

Mingguan Wanita : Bukan untuk menolak peluang keemasan tapi untuk beri peluang pada yang belum ke sana. Anggap juga ‘jentikan’ Allah untuk beri rezeki ini pada orang lain.

Sumber: Noraini Ismail

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI