Hebat sungguh. Bukan hanya hafizah 30 juzuk Al-Quran saja, tapi mampu raih kepetusan cemerlang dalam peperiksaan ACCA, sekaligus markah tertinggi ke dua di dunia.
Bukan calang-calang orang dan tak terfikir bagaimana cara dia belajar hingga mendapat markah tertinggi di Malaysia dan paling penting kedua tertinggi di dunia.
Rezeki Allah. Kun fa yakun. Inilah yang sangat dikagumi oleh seorang hafizah 30 juzuk al-Quran yang telah membuktikan tekad dan usaha bersungguh-sungguh mampu meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) biarpun mengambil cabang pengajian yang berbeza sebelum ini.
Safwa Zamri, 19 yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023 sekali gus melayakkannya mendapat markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi dunia dalam peperiksaan itu.
Anak bongsu dari lima beradik itu menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize dengan mendapat keputusan cemerlang 98 peratus.
Ads
Minat Matematik
Safwa merupakan pelajar semester kedua (program Asasi) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu di kampus Dungun itu berkata, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan kerana minat terhadap subjek matematik.
“Saya lebih cenderung untuk memilih jurusan perakaunan berbanding jurusan lain kerana minat saya terhadap subjek matematik.
“Adik beradik lain juga menyarankan supaya ambil bidang ini kerana dalam keluarga tiada lagi yang ambil bidang perakaunan sebab yang lain ambil perubatan dan kejuruteraan,” katanya yang tinggal di Kampung Pengkalan Kubur, Besut, Terengganu.
Ditanya mengenai rekod terbaharu yang dicapai, Safwa memberitahu, dia sendiri tidak menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek itu kerana baru mempelajarinya dalam tempoh enam bulan.
“Saya sebenarnya rasa sukar juga ketika mula-mula belajar bidang perakaunan. Namun saya tidak mengalah dan terus membuat ulang kaji, latihan dan sering bertanya.
Ads
“Saya juga membuat rujukan dengan mereka yang telah mengambil bidang itu,” kata anak bongsu dari lima beradik itu.
Sebelum ini bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut itu mengambil Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab (SUUA) iaitu penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih pada peringkat menengah atas.
Safwa yang mengambil jurusan sains tulen dan agama mendapat 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.
Rezeki Kurniaan Allah
Sementara itu, bapa Safwa, Zamri Mohd Amin, 56 berkata, Safwa menunjukkan semangat belajar yang tinggi sejak dibangku sekolah rendah.
“Pada saya, pencapaian yang diperoleh Safwa merupaka rezeki kurniaan ALLAH SWT dan saya bersyukur dan berdoa supaya dia terus mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh,” katanya yang merupakan seorang guru.
Sementara itu, ibunya, Rashidah Ab Rahman, 57 berkata, Safwa memiliki semangat yang tinggi dalam mencapai sesuatu yang diinginkan.
Ads
“Bagi saya, Safwa seorang anak yang rajin dalam pelajaran. Dia sanggup berjaga malam seorang diri untuk mengulang kaji pelajaran kerana mahu memastikan dia boleh menguasai setiap subjek dengan cemerlang.
“Bagi saya seorang ibu pula, saya akan terus mendoakan kecemerlangan anak-anak dan mencapai hala tuju serta cita-cita mereka,” ujarnya.
Mingguan Wanita : Tahniah buat Safwa. Cukup membanggakan bukan saja buat keluarga tapi seluruh rakyat Malaysia. Moga terus berjaya dunia dan akhirat.
Sejak semalam panas di media sosial tentang kanak-kanak perempuan, Nur Awfa Humaisha’ Muhammad Ali Riduan berusia 2 tahun maut dalam kereta setelah ditinggalkan selama empat jam dalam kereta di kawasan letak kereta hadapan Kolej Vokasional Port Dickson oleh ibunya.
Namun semuanya berlaku tanpa diduga, ibu berusia 32 tahun ini sendiri menyesal dan meraung selepas melihat anaknya kaku tidak bergerak. Ada netizen yang simpati tetapi ada juga yang menyelit dengan kata-kata berbaur fitnah kepada ibu muda ini.
Allah… kalau sudah ajalnya, siapa kita nak mengata bukan-bukan. Mak-mak ni kalau boleh semua benda dia nak buat, jadi tak pelik kalau diuji macam ni. Hah, sebenarnya anda yang tak puas hati tentang kecuaian seperti ini, boleh selami perkongsian daripada Doktor Taufiq Razif sendiri.
Siapa tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.
Ni la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!
Kita semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.
Habit Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan diambil alih oleh Habit Memory.
Tu yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua’lam.
Saya percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh dunia.
Apa pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi HABIT kita :
+ Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
+ Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat kerja kita akan toleh ke belakang dulu
+ Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
+ letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di belakang sana
Nota:
Tolong ajarkan ilmu ni kat pasangan dan mak ayah yang belum tahu ye
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Adakalanya masalah gigi rosak pada anak-anak kecil memang tak dapat dielakkan, walaupun selalu gosok gigi setiap hari.Bila gigi rosak, hitam dan ‘rongak’ memang boleh menjejaskan keyakinan diri anak untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang. Memang menjadi impian, agar dapat mengukir senyuman dengan sebaris gigi yang menawan.
Selebriti dan usahawan Wawa Zainal, juga mempunyai dilema ini. Anak keduanya Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6 mempunyai masalah gigi rosak. Inginkan kebahagian dan kegembiraan anak perempuannya ini, Wawa telah menunaikan impian Hayla untuk mempunyai sebaris gigi cantik tersusun dengan memasang crown dan gigi palsu pada anaknya di klinik gigi baru-baru ini.
Finally impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak Hayla Adzkiya ada gigi?
Macam Attar, Wawa tak pasang gigi memandangkan dia pun dah 8 tahun, jadi biar je tumbuh sendiri. Cuma buang gigi yang dah rosak je.
Untuk Hayla, Wawa buat crown dan gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia. Dan both kena ambil GA ( ditidurkan ) masa operate buang gigi dan alhamdulillah after diorang bangun takde rasa sakit pun.
Korang yang ada anak gigi rosak jangan down tau. Wawa pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak, padahal gosok je (gigi) 2 kali sehari. Cuma silapnya lambat jumpa dentist je hehe
Terdahulu, Wawa dan Aeril juga mempunyai dua orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,8 dan Aya Soffya, 2.
MW:Memang kesian jika anak-anak kecil mempunyai masalah gigi rosak.Boleh hilang keyakinan diri. Tahniah Hayla, comel sangat bila senyum dengan sebaris gigi yang menawan.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
DanWanita ini, Siti Suryani Yaakop berkongsi kisah. Macam mana dia terkesan dengan pesanan yang diberikan pelakon Lisa Surihani tentang penghijrahannya.
Katanya, berbeza daripada apa yang pernah dibaca dalam memotivasikan dirinya. Jika sebelumnya dia dimotivasikan agar tinggalkan circle yang lama-lama. Tetapi tidak begitu pesan Lisa.
Pelakon yang juga ibu anak tiga ini mengingatkan agar menjaga hubungan dengan rakan-rakan lama, biarpun penampilannya sudah berbeza. Dan ada sebab mengapa Lisa mahu kekal bersama mereka.
Terkesan Dengan Pesanan Lisa Surihani
Tadi ada lalu video Lisa Surihani cakap pasal puji-pujian. Kena hati-hati kalau orang puji. Sebab kita ni manusia. Sikit banyak mesti ada jugak rasa seronok yang akhirnya membawa kepada sum’ah.
Dan hari tu dengar dia cakap pasal penghijrahan dia. Dia kata dia bersyukur ada ramai kawan-kawan yang bagi sokongan. Antaranya Heliza Helmi. Neelofa. Diana Amir.
Dia kata kalau nak berubah ni memang seronok ada kawan yang faham dan berada di aliran yang sama. Kenalah follow rapat-rapat kawan macam ni.
Tapi dia juga pesan. Dan jarang saya dengar orang pesan macam ni. Biasa orang pesan suruh duduk di circle dia saja. Tinggalkan circle yang lama-lama.
Walau Dah Berubah, Jangan Tinggalkan Kawan-kawan Lama
Dia kata macam ni. Walaupun kita dah berubah. Dah jumpa teman-teman seangkatan dari jalan yang sama. Jangan tinggalkan kawan-kawan kita yang lain. Doakan dia. Baik juga dengan dia macam biasa. Yang kita tinggalkan, yang kita jauhkan ialah aktivitinya. Tapi kawan tu tidak. Jangan kita tinggal dia.
Mana tahu satu hari nanti asbab kita terus berbuat baik dengan dia, dia lembut hati. Dia mengikut juga. Bukan kita tinggal dia sebab kita rasa kita dah berubah lebih baik dari dia.
Biasa kadang saya baca orang bagi motivasi tulis.
Kawan dengan orang yang macam kita saja. Tinggalkan kawan-kawan lama. Yang tak sama macam kita.
Dengan itu saya faham.
Selain dari ilmu dan iman kena ada satu lagi. Kena ada hati yang baik. Yang bersih. Dan yang memandang orang lain baik. Yang faham orang lain akan sampai masanya akan berubah juga. Orang lain pun dulu tu pernah jadi kita. Dan kita pun pernah jadi dia.
Menambah ilmu senang.
Dan menambah iman jangan kurang.
Menambah hati yang baik kena selalu berperang.
Tidak dengan sesiapa.
Melainkan dengan diri sendiri juga.
Dan itulah yang paling susah sekali adanya…
Mingguan Wanita : Memiliki sekeping hati yang baik itu amatlah mahal harganya.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.