Pejam celik pejam celik sekejap je kita bakal memasuki bulan Zulhijjah. Kurang daripada 30 hari umat Islam akan akan berhimpun, berkumpul didalam persidangan terbesar, hari penuh keberkatan di Padang Arafah. Memuji kebesaranNya dan mengharapkan pengampunan daripadaNya.
Berpeluang menjadi ‘Duyufur Rahman’ atau tetamu Allah ditanah suci pastinya menjadi pengalaman terindah bagi sesiapa yang pernah melaluinya. Kenikmatan melakukan ibadah di tanah haram dan ketenangan jiwa disanubari sungguh tak tergambar dengan luahan kata-kata.
Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah pengalaman mak, Hajjah Ainon Abu Bakar,59 dan abah, Haji Abdul Wahab Bin Abdullah, 68 sewaktu mengerjakan haji kali pertama ketika usia mereka ‘boleh dikatakan’ ketika itu masih muda sekitar pada tahun 1993, kira-kira 24 tahun dahulu.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan mak dan abah telah menunaikan ibadat haji dua kali dan ibadah umrah sebanyak empat kali.
Banyakkan Bersedekah
Mak dan abah saya, bukan orang berada. Keluarga kami juga bukanlah orang senang. Ketika itu, abah bekerja sebagai pemandu kren di Tenaga Nasional Berhad, manakala mak pula hanya seorang suri rumah, menguruskan anak-anak seramai 7 orang. Disamping, menjual kain pasang, karpet, pinggan mangkuk dan pelbagai jenis barangan secara kecil-kecilan dengan jiran-jiran dan saudara mara.
Saya pernah bertanya kepada mak abah, apakah tip yang mereka amalkan sehingga ‘berkemampuan’ dan dijemput menjadi tetamuNya pada usia muda.
Ringkas mak menjawab;
“Banyakkan bersedekah dan beri makan pada orang. Yang paling penting, pasang niat untuk mengerjakan haji/ umrah. Rezeki Insya Allah, Allah akan cukupkan dalam pelbagai cara, cabang dan bentuk. Selain berusaha ke arah itu,”
Saya bukanlah ingin mendabik dada. Namun, sedari saya kecil dahulu malah sehingga kini, mak abah saya memang gemar bersedekah dan suka memberi orang makan. Meskipun pendapatan tak banyak mana. Baik tetamu yang datang ke rumah pasti ada sahaja yang dijamunya dengan makanan mahupun bersedekah makanan serta bahan-bahan kering seperti gula, beras dan sebagainya di masjid-masjid dan surau.Barulah saya faham keberkesanan konsep bersedekah, lebih dimurahkan rezeki. Lebih banyak yang kita bagi, lebih banyak yang DIA beri.
Ads
Kata-kata Suatu Doa
Selain itu, mak cakap, kata-kata orang juga satu doa yang mustajab. Sewaktu menjual kain pasang, karpet, pinggan mangkuk dan pelbagai jenis barangan secara kecil-kecilan dengan jiran-jiran dan saudara mara, Mereka selalu mengusik dengan mengatakan “wah, jual macam-macam,cepat kaya dan cepat pergi haji lah ni”.
Ternyata, kata-kata adalah satu doa yang mustajab. Tak perlu ambil hati dan rasa ia suatu sindiran, sebaliknya terus positif dengan kata-kata tersebut dan anggap ia sebagai satu doa. Ternyata ia dimakbulkan.
Asingkan Duit Gaji
Menurut mak lagi, meskipun tidak bekerja tetap dan seorang suri rumahtangga, dari mula berkahwin, abah akan asingkan sedikit duit gaji setiap bulan kedalam akaun tabung haji mak juga. Abah berniat agar mereka dimurahkan rezeki dan dapat mengerjakan ibadah haji bersama-sama. Alhamdulillah, niat yang baik dipermudahkan olehNya.
Perbezaan Kesihatan
Ads
Ketika saya minta mengimbas kembali kenangan dan perbezaan sewaktu mengerjakan haji kali pertama ketika mak berusia 35 tahun dan abah 44 tahun. Mak berkata banyak bezanya ketika menjadi tetamuNya buat kali pertama dan tahun-tahun berikutnya.
Ini kerana sewaktu menunaikan kewajipan tersebut pada kali pertama di usia muda, badan masih sihat kuat dan bertenaga sementelah untuk melaksanakan segala rukun-rukun haji pula memerlukan kemampuan dan kekuatan tenaga.
Sangat ketara perbezaan dari segi kesihatan dan tenaga ketika terpilih sekali lagi menunaikan haji buat kali kedua pada tahun 2004. Meskipun perbezaan hanya hampir 10 tahun , namun ingatan semakin lemah, letih dan tenaga tidak sekuat dahulu ketika menunaikannnya pada kali pertama.
Mak cerita lagi, sewaktu tunaikan haji kali pertama, mak antara orang termuda didalam kumpulan haji. Ketika itu, masih sihat, ingatan masih kuat, mak banyak membantu jemaah-jemaah wanita warga emas dengan membawa mereka pergi ke masjid, tunjuk arah pulang ke hotel, membantu bersama-sama melakukan tawaf sunat dan sebagainya.
Persepsi Orang
Selain itu, menurut mak pada zaman 1990-an pendedahan dan kesedaran orang muda untuk menunaikan haji sangat kurang. Waktu itu tak ramai yang dapat pergi haji waktu usia muda berbanding sekarang.
Ads
Sementelah persepsi orang pada waktu itu, selain sebab tiada kemampuan, ibadah Haji hanyalah untuk orang-orang tua. Ramai yang masih tak bersedia nak pergi haji masa usia masih muda.
Meninggalkan anak seramai tujuh orang, yang paling sulung berusia 14 tahun dan paling kecil berumur setahun ketika itu, ternyata bukan lah keputusan yang mudah. Malah, sewaktu dipanggil terpilih mengerjakan ibadah haji mak sedang berbadan dua dengan usia kandungan satu bulan.
Namun, mak abah percaya dan bulatkan hati bahawa, terpilih dapat mengerjakan haji pada usia muda dan menjadi tetamuNya pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Selain, memenuhi kewajipan sebagai hambaNya ia mampu memberi kekuatan rohani.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi inspirasi buat semua. Jangan sesekali rasa takut mahupun rasa tidak bersedia untuk menunaikan haji pada usia muda. Rebutlah peluang sementara badan masih sihat dan bertenaga, ingatan masih kuat. Yang paling penting pasang niat dan berdoa untuk menjadi tetamuNya. Rezeki akan datang dalam pelbagai cara, cabang dan bentuk selain turut berusaha kearahNya.
Doakan saya juga iya!
Sekian,Salam Sayang
Suhaidah Abd Wahab
(Mengharap Terpilih Dijemput Menjadi TetamuNya Lagi)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan Cili Padi antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau beli cili padi kampung, walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah. Sepohon merimbun cili, tak habis makan. Bila nak guna pun senang tinggal petik je.Nak tanam cili padi yang subur merimbun ni ada caranya.Pastikan cantas sewaktu pokok tinggi sejengkal barulah pucuk baru naik merimbun dan berbuah banyak.
Tip ini dikongsikan oleh Puan MieAtul Aniyah sebagai rujukan;
Sedikit tip untuk penanam pokok cili untuk bagi hasil yang maksimum. Teknik potong pucuk sewaktu pokok tinggi sejengkal,daun dalam 7-8 helai. Setiap cabang yang tumbuh akan menghasilkan cabang Y sendiri untuk membiak dan merimbun.
Bila dah cantas saya memang siram pakai baja AB sejak seminggu tanam.
Teknik ni boleh guna untuk semua jenis pokok cili. Cantas pucuk sebelum dia tumbuh cabang Y. Cantas waktu pagi cepat kering luka pokok tu.
MW:Jadi kalau ada tanam pokok cili di rumah tu,boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan cantas sewaktu pokok tinggi sejengkal barulah pucuk baru naik merimbun dan berbuah banyak.
Jangan panik ya pemandu, walaupun ketika itu anda berdepan masalah nak exit tol, tiba-tiba baki kad Touch N Go tak cukup. Dan kenderaan di belakang sudah membunyikan hon banyak kali. Anda sama sekali tak boleh keluar dari kereta melintas dari satu lorong ke satu lorong untuk beli topup.
Ingat ya! Cara itu salah dan melanggar SOP (Standard Operating Procedure) PLUS. Ramai yang tanpa sedar terbuat macam ini.
Perkongsian El Ameerah ini menjelaskan apa yang pemandu perlu buat bila berdepan situasi di atas.
Tiba-tiba Baki Touch N Go Tak Cukup..
Pihak PLUS baru call saya. Pegawai tu beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS datang.
Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad Touch N Go kita.
Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai tu pesan jangan lah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS.
Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sebab marah ke apa-apa, just stay calm sampai runner PLUS datang.
Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke pondok topup.
Buat Aduan Jika Runner Tol Arahkan Ke Pondok Topup
Pihak PLUS beritahu, insiden pengguna yang melintasi lorong untuk ke pondok topup adalah perkara yang tidak patut berlaku.
Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna untuk datang sendiri ke pondok topup, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.
PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible untuk tinggalkan kereta. Contohnya, memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada baby dalam kereta.
So lepas ini, especially wanita-wanita. Kalau lah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner.
Pegawai itu pesan, jangan panik dan tolong jangan membahayakan nyawa anda.
Jangan Marah, Hari Ini Mungkin Dia Susah..
Apapun, lebih bagus jika kita pastikan kad kita cukup baki. TAPI ada juga keadaan di mana sesetengah dari kita yang nasib tak berapa baik. Time nak exit tu lah baki tak cukup.
Kita jangan lah marah-marah dan hon berkali-kali bila nampak ada pengguna yang tak cukup baki.
Hari ini hari dia susah. Esok lusa entah-entah hari kita pulak.
Korang kalau ada apa-apa masalah apabila lalu PLUS, jom ikut cara saya, terus call 1800 88 0000 dan buat aduan. Nanti diorang akan investigate dan call kita semula sehari atau dua hari selepas tu.
Kalau kita beramai-ramai suarakan hak kita, mungkin PLUS akan implement satu system yang lebih baik lepas ni.
Ps: Ini adalah untuk plaza tol yang tak menyediakan lorong tambah nilai, tak ada RFID, tak ada e-Wallet seperti tol exit Setia Alam atau tol exit Subang dan mana-mana tol yang mempunyai sistem sama.
Untuk plaza tol yang ada lorong topup, you all masuk je lah lorong tersebut kalau baki tak cukup. Toksah pening-pening.
Mudah rupanya nak buat seluar kecil, boxer atau panties untuk anak-anak. Bila buat sendiri boleh pilih jenis kain yang selesa dan pelbagai jenis corak yang lebih menarik berbanding beli di pasaran. Malah lebih jimat dan berbaloi.
Bagi mak-mak yang ada mesin jahit di rumah, boleh cuba buat sendiri seluar kecik ni untuk anak. Ikut pola dan tutorial mudah yang dikongsikan oleh Tukang Jahit Puan Asfaniza Nieza ini sebagai rujukan.
“Suka dak tengok comel-comel ni. Dapat buat sendiri seluar kecik anak. Senang juga rupanya.Seronok pulak buat.Meh la buat sendiri siapa nak buat sis kongsi pola yang ni saiz 7-8 tahun lah.”
Ok pada yang bertanya macamana nak sambung boxer (girls), boleh tengok di dalam ni ada cara macam mana sis jahit. Mudah sangat. Bole try buat untuk anak sendiri.
Bahan Di Perlukan:
Guna kain knit cotton , cotton lycra , knit jersey, dan seangkatan dengan kain tshirt.
Getah panties atau getah foe
Pola:
Cara Membuat:
1.Potong 2 keping ikut pola dan 2 keping yang kepingan kecil.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...