Ads

Nasihat Doktor Sempena Raya Korban Buat Pesakit Gout, Jangan Sampai Terlepas Pandang!

raya korban
raya korban

Sempena raya korban tahun ini, anda kena tahu sedikit info tentang gout! Risau terlebih makan dan buatkan asid urik anda meningkat secara mendadak, bahaya!

Sebelum pergi lebih jauh, boleh baca perkongsian tip daripada Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini. Moga anda boleh bersedia dan tidak makan berlebihan sampai kena tahan hospital pula..

Nasihat Doktor Sempena Raya Korban Buat Pesakit Gout

Nasihat Doktor Sempena Raya Korban Buat Pesakit Gout, Jangan Sampai Terlepas Pandang!

 

Sedikit nasihat berkenaan sakit GOUT yang sinonim dengan hari raya korban. Sebagaimana yang kita tahu, raya korban ialah hari yang mana kita akan makan lebih banyak dari biasa,lauk berasaskan daging seperti daging lembu, atau kambing.

Ads

Daging merah (kambing & lembu ) memang diketahui tinggi kandungan purine yang akan menaikkan kadar asid urik dalam badan. Maka hati-hati kalau ada gout, kurangkan makan daging korban dan buat yang gemarkan bahagian eksotik lembu seperti hati, otak, lidah, mata, buah pinggang lembu.

Kalau anda ada gout, tolong jangan makan part yang exotic ini sebab di sini lah terkumpul banyak asid urik dan juga kolestrol.

Simptom utama gout:

1. Sakit sendi secara tiba-tiba, biasanya pada jari kaki besar.
2. Sendi jadi bengkak, panas, merah dan sangat sensitive.
3. Serangan selalunya waktu malam atau awal pagi.
4. Boleh melarat ke sendi lain (lutut, buku lali, pergelangan tangan).

Ads

Jangan Sampai Terlepas Pandang!

Nasihat Doktor Sempena Raya Korban Buat Pesakit Gout, Jangan Sampai Terlepas Pandang!

Ramai juga yang terlepas pandang bab dehydration. Kekurangan air memang boleh trigger attack gout.
Banyakkan minum air kosong, elakkan terlalu banyak minum air manis. Injury / stress pada sendi pun boleh trigger attack gout.

Ads

Jadi kepada yang driving jauh balik KelantanTerengganu, take a rest lepas 1-2 jam driving. Minum air kosong dan regangkan kaki. Lenguh pada buku lali dan tapak kaki boleh trigger attack gout bagi yg pernah kena gout pada buku lali / sendi ibu jari kaki.

Nasihat Doktor Sempena Raya Korban Buat Pesakit Gout, Jangan Sampai Terlepas Pandang!

Selain makan ubat tahan sakit kalau kena attack gout di kampung, bila dah start sakit tu, cepat cepat tinggikan kaki, jangan banyak gerakan pada sendi yang terlibat, boleh cuba tuam dengan ice pack, dan tengok sajalah orang lain makan daging!

Ya. gout bukan penyakit orang kaya. Ini penyakit orang yang tak jaga makan dan tak mahu jaga kesihatan. Tetapi kalau jaga betul-betul, gout tak akan kawal hidup anda.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Cara Bahagikan Daging Korban

Cara Bahagikan Daging Korban, Wajib Ke Bagi Pada Fakir Mikskin? Ini...

Sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha, ada baiknya anda ambil tahu cara bahagikan daging korban dahulu. Ini lebih afdhal dan tidak lah buatkan anda rasa ralat jika betul agihkan daging pada orang yang tepat.