ajinomoto

Suka tak masukkan ajinomoto dalam masakan? Atas alasan apa kalau anda tak suka ya? Haa… memang majoriti mak-mak tak suka masukkan ajinomoto dalam masakan hanya sebab risau akan kesannya. Ok, mari baca penjelasan dari wartawan Mingguan Wanita ini…

Aku dilahirkan dalam keluarga yang besar, adik beradik seramai 9 orang. Ibu dan arwah ayah sering sibuk mencari duit untuk menyara kami adik beradik. Arwah ayah seorang cikgu dan juga petani, menanam padi. Ibu pula suri rumah tetapi rajin bercucuk tanam, dan menoreh getah. Jadi kami adik beradik banyak bergantung sesama sendiri dalam membesar. Si kakak dan abang akan membantu adik-adik yang lain.

Begitu juga menyediakan juadah menu di rumah. Kakak yang akan masak kerana ibu tengah hari baru pulang ke rumah. Ketika aku sudah remaja, aku hanya melihat kakak memasak di dapur, sesakali aku akan menolongnya, sama ada mengupas bawang atau kerja memotong. Walau belum berkesempatan untuk memasak aku dapat agak bagaimana untuk menyediakan beberapa juadah masakan.
Tahun berganti tahun, sehingga suatu ketika Allah telah menjemput kakak tengah aku yang rajin memasak ke pangkuanNYA. Dia meninggal dunia kerana penyakit asma. Kakak lain semuanya sudah bekerja dan merantau negeri orang. Jadi tidak ada chef memasak setelah kakak tengah aku meninggal. Aku ketika itu terpanggil untuk memasak, bagi membantu ibu yang sudah pasti penat apabila pulang ke rumah.

Masih aku ingat masakan pertama aku adalah masak lemak kuning ikan kembung, sayur pucuk paku dan telur goreng dadar. Masa itu, aku tidak pasti dengan rasanya, apa yang aku lihat arwah kakak ku masak itu aku buat. Bila ibu pulang, dia terkejut aku sudah memasak makanan tengah hari kami. Dicubanya dan dia mengatakan boleh tahan rasanya. Cuma katanya ‘kak ien’ lupa letak Ajinomoto.

IKLAN

Aku tidak pula perasan arwah kakak ku itu letak perencah rasa Ajinomoto, ibu tunjukkan plastiknya. Setelah diletak dalam kuah masak lemak kuning itu aku dapat rasa kelainannya. Lebih sedap dan lemak. Mungkin itulah rahsia kesedapan masakan ibu dan kakak, yang baru aku ketahui dan sejak itu aku menggunakan perencah itu dalam masakan untuk memikat hati suami dan keluarga mertua.

Aku tidaklah meneroka bahan yang ada dalam Ajinamoto, cuma bisik-bisik masyarakat jangan menggunakan ia terlalu banyak, akan menyebabkan keguguran rambut, migren dan tekanan darah, turut membuatkan aku takut dan turut berwaspada dalam penggunaannya.

IKLAN

Cuma baru-baru ini aku ditugaskan membuat liputan ‘Exploring The Worders of Umami’ di kilang Ajinomoto yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Dari pagi sampai ke petang kami diperkenalkan kepada perencah itu dan ada demo memasak sekali. Baru aku tahu betapa hebatnya perencah itu dan ia selamat digunakan. Bukan sahaja mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM, diluluskan kualiti oleh SIRIM dan mendapat ‘Hazard Analysis and Critical Control Point System’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

IKLAN

Paling aku terkesan tentang Ajinomoto ini, ia telah diperkenalkan di Jepun sebagai perencah Umami sejak tahun 1909, diperkenalkan oleh seorang ahli sains Jepun, Profesor Kikunae Ikeda. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti ubi kayu atau tebu melalui proses penapaian.

Jika di dalam perut kita ada perencah Umami ini kita berupaya mengenalpasti makanan yang mengandungi Umami dan seterusnya menggalakan penghadaman makanan berprotein. Ini bermaksud makanan yang berasa Umami termasuk makanan yang ditambah dengan Perencah Umami Ajinomoto, bukan sahaja menyelerasakan bahkan juga membaiki penghadaman makanan berprotein dan meningkatkan pengambilan nutrient demi kehidupan yang sihat.

Sejak itu, aku telah menggukan Ajinomoto tanpa was-was, dalam melazatkan makanan dan mengalakkan pengambilan nutrient bagi anak-anak dan juga warga emas. Bahan ini juga jangan tidak sangka, dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan lain dengan mengurangkan pengambilan garam/sodium sebanyak 30%.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI