Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini. Allahu seronoknya bila mendapat perkhabaran pelakon berbadan sasa dan menjadi kegilaan ramai wanita, Zul Ariffin akan menunaikan ibadah haji tidak lama lagi.

Memang seronok tak terkata bila dapat panggilan menunaikan Haji. Yalah, bukan senang ak dapat peluang ke sana kan.

Malah pelakon itu juga berasa sangat bersyukur apabila bakal menjadi tetamu Allah. Selepas tiga kali berpengalaman menunaikan umrah, kali ini dirinya rasa sangat teruja dapat menunaikan badah haji buat kali pertama pada Jun 10 ini.

Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini

Pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin, 37 pada awalnya dirinya mendapat panggilan lebih awal dari tarikh 10 Jun namun terpaksa menunda dek kerana tuntutan kerja.

“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.

“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya seperti mana dipetik menerusi mStar Online.

Teruja Kerjakan Haji

Zul juga mengakui dia berasa teruja untuk mengerjakan ibadah haji. Walau bimbang dengan dugaan yang dihadapi di sana terutama orang ramai dan cuaca yang agak panas.

IKLAN

“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” kongsinya yang turut menunda beberapa projek kerana mahu mengambil kesempatan menunaikan haji pada kali ini.

3 Kali Tunai Umrah

Pelakon filem Syerif ini juga menyatakan tawaran haji sebagai durian runtuh memandangkan perancangan untuk berpuasa dan beraya dia sana sebelum ini tidak kesampaian.

“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.

“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat.

IKLAN

“Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” sambungnya.

Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini “Dapat Pergi Haji, Cantiklah Saya Anggap Rezeki”

Menarik Lagi : Zul Ariffin Mohon Maaf, Ambil Maklum Semua Respons Berkenaan Video Klip “Akan Lebih Meneliti, Berhati-Hati”

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Baca Disini : 7 Tahun Untuk Raih Populariti, Zul Ariffin Dah Buat Sehabis Baik Serap Semangat Tombiruo

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Mingguan Wanita:  Alhamdulillah rezeki Zul dapat tunaikan haji. Semoga mendapat haji mabrur. 

Sumber : mStar Online

Sumber Foto : Instagram Zul Ariffin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI