Pelajar parah perut tertusuk buluh, anak yatim kematian ibu dijaga datuk & nenek sejak usia 10 bulan. Gara-gara terlanggar sebuah pacuan empat roda yang sedang menjalankan kerja pembersihan bendera parti selepas pilihanraya, seorang remaja berusia 113 tahun parah apabila buluh sepanjang dua meter tertusuk ke perutnya.
Dalam kejadian malam tadi, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa muatan itu yang diparkir di Kilometer (KM) 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, 9.30 semalam.
Pelajar Parah Perut Tertusuk Buluh
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan untuk memancing dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu.
“Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Mohammad Ammar yang juga anak yatim kematian ibu pada usianya 10 bulan dan kini tinggal bersama datuk dan neneknya sedari kecil sudah selamat menjalani pembedahan bagi membuang buluh yang tertusuk di bahagian perutnya pagi tadi.
Pacuan empat roda yang diparkir yang dirempuh oleh remaja berkenaan. Sedang menjalankan kerja mencabut bendera parti yang teribat pilihanraya.
Buluh tajam itu tertusuk di perut pelajar berusia 13 tahun ini ketika dalam perjalanan pergi memancingRemaja ini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan membuang buluh berkenaan pagi tadi di hospital.
Anak Yatim Kematian Ibu Dijaga Datuk & Nenek Sejak Usia Usia 10 Bulan
Bapa saudara mangsa, Mohd Saiful Azman Jaafar, 29, berkata Mohammad Ammar kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan lebih dua jam.
Bagaimanapun, katanya, anak saudaranya itu perlu pemeriksaan secara berterusan kerana dibimbangi masih ada serpihan buluh pada perutnya.
“Waktu saya melawat pagi tadi, Mohammad Ammar masih tidur mungkin kesan ubat bius belum hilang.
Ads
“Mengikut kata doktor, Mohammad Ammar perlu menjalani pemeriksaan berkala kerana dibimbangi serpihan buluh masih berada di dalam perutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa anak saudaranya itu 9.50 malam.
Ads
“Ada orang datang rumah memaklumkan kejadian, saya bergegas ke tempat kejadian dan membawanya ke Hospital Gua Musang.
“Ketika dalam perjalanan dia mengadu sakit. Saya harap orang ramai dapat doakan kesembuhan anak saudara saya,” katanya.
Mohd Saiful berkata, Mohammad Ammar tinggal bersama datuk dan neneknya yang membesarkannya sejak kecil kerana dia kematian ibu ketika berusia 10 bulan.
Dalam pada itu, polis memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Dalam perkembangan lain, Choon Foo memberitahu pengguna jalan raya diingatkan supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain.
Ads
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 099121222 019-9710976,” katanya.
Ramai sebenarnya yang terkesan dengan perkongsian video seorang lelaki yang dikatakan ‘memujuk’ isteri pertamanya, beberapa jam sebelum memilih dan melangsungkan pernikahan dengan wanita lain.
Berkongsi pendapat di media sosial,doktor selebriti Dr Muhammad Shazril Shaharuddin,35 atau lebih dikenali Dr Say Shazril turut kesal dan meluahkan rasa ‘berang’, apabila lelaki tersebut menjadikan poligami sebagai ‘content’ di media sosial.
Saya mewakili persatuan wanita-wanita & isteri-isteri tersakiti terpanggil dengan kisah abang Tesla. Bila dicontentkan dirinya selesai solat & kahwin isteri kedua 3 jam lepas tu, apa yang bermain dalam pemikirannya eh?
Kalau betullah niatnya “aku nak tunjuk kat suami luar sana aku melakukan act yang betul yakni memberitahu isteri pertamaku yang aku nak kahwin lain berbanding suami-suami yang poligami belakang isteri pertama” well pikirannya sempit tersepit di situ. Tambahan bila netizen korek video lamanya belanja 1st wife kereta Mini, travel sana sini, dating acap kali kemudiannya paap berpoligami lagilah silap mencapap di situ.
Tambahan ayat bebal tebal “isteri pertama untuk dihargai & isteri kedua untuk dicintai” kalau dapat kat orang kampung nogori den direply mereka “apo pundeknya ayat ekau jang?”.
Ibarat habis madu sepah dibuang isteri pertama tu eh? Tak pernah ke berfikir sejenak yang whatever you have now including Tesla tu berkat isteri pertama? Lepas tu mintak maaf kat para suami sebab buat isteri-isteri triggered.
Isteriku relax je, tapi daku yang triggered dengan ketidakbijaksanaanmu. Buat content berpada-pada lah. Kalau nak famous congratulations memang satu Malaysia kenal dah cuma are u famous for the right reason?
Saya tak menolak poligami sebab Islam tidak melarang mahupun mewajibkan poligami cuma apabila poligami “dicontentkan” sebegitu rupa dengan harapan untuk menormalisasikan poligami, to me its clearly wrong.
Benda boleh buat diam-diam kenapa nak kecoh-kecoh? Cukuplah family members, kenalan rapat, neighbourhood tahu, kenapa nak kecoh satu Malaysia? Walaupun daku tidak mengenalimu tapi dari short pengenalanku terhadapmu, kamu tewas dengan “kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya”. Next time buat content otak letak kat kepala bukan kat Tesla. Sekian dari Abang Jaguar.
Mingguan Wanita:Panjang lebar luahan dr says berkaitan perkara yang tengah hangat diperkatakan ini. Tapi memang ada benarnya. Nak berpoligami tu tak salah, namun apabila ‘dicontent’ kan untuk mendapat publisiti dari orang ramai sangatlah tidak betul.
Kanak-kanak 3 tahun main skuter depan rumah meninggal dirempuh 4WD, meraung saksi kejadian. Tragedi menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang sedang bermain skuter berhampiran kawasan perumahan sebelum dirempuh sebuah kereta pacuan 4×4 tular di media sosial.
Dalam kejadian di taman perumahan, Eco Spring, Johor Bahru yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kediaman berdekatan lokasi kejadian memperlihatkan sebuah kenderaan trak pikap berwarna hitam dilihat sedang memasuki sebuah lorong jalan di kawasan tersebut yang ketika itu turut dilalui oleh kanak-kanak tersebut.
Tidak lama itu, dilihat kenderaan merempuh kanak-kanak itu sebelum terdengar raungan dan jeritan dari wanita dipercayai ibu kanak-kanak ini.
Dalam pada itu memetik laporan Bernama, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian pada jam 6.30 petang Jumaat lalu itu dan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.
Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bagi suami isteri bekerja dan mempunyai anak-anak yang ramai, memiliki pembantu rumah bagaikan satu ‘keperluan’ bagi memudahkan urusan di rumah. Untuk mendapatkan pembantu rumah terutamanya warga asing bukanlah murah, banyak kos yang perlu dilaburkan.
Namun demikian untuk mendapat pembantu rumah yang setia berniat ikhlas untuk bekerja bukan mudah. Dilema yang sering dihadapi majikan setelah duit ‘berhabis’ berbelas ribu, pembantu rumah melarikan diri beserta barang-barang berharga hanya beberapa bulan bekerja.
Rupanya ia adalah antara modus operandi, taktik komplot yang digunakan oleh ejen dan ‘pembantu rumah’ ini.
Bukan itu sahaja, ‘pembantu rumah’ in turut diberikan kelas bimbingan khas ‘lakonan’ supaya dapat menjiwai watak sebagai pembantu rumah atau amah profesional sepanjang pura-pura berkhidmat dengan majikan.
Golongan wanita warga asing ini yang direkrut menjadi penjenayah oleh ejen penipuan amah berlakon memberikan khidmat cemerlang sekali gus meraih kepercayaan majikan yang menggaji mereka.
Namun mangsa yang mula jatuh kasih dengan sifat rajin ditunjukkan pembantu rumah itu hanya menyedari ditipu apabila amah terbabit melarikan diri kurang sebulan selepas bekerja.
Dalam ratusan kes dilaporkan, pembantu rumah terbabit menggunakan ruang dan kesempatan bagi mengenal pasti lokasi sulit majikan menyembunyikan pasport mereka, barang kemas dan wang di dalam rumah sebelum mencurinya.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Biro Pengaduan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima ratusan aduan daripada majikan sejak beberapa tahun lalu membabitkan kes seumpama itu.
Menurutnya, majikan bukan hanya kerugian wang dibayar kepada ejen, malah barang kemas, wang dan harta berharga lain turut dilarikan pembantu rumah.
“Apabila diteliti aduan diterima, kejadian ini adalah komplot dirancang membabitkan ejen tempatan dan wanita warga asing yang menyamar sebagai pembantu rumah.
“Ejen bertindak sebagai pihak menguruskan kemasukan pembantu rumah ke negara ini serta mencari majikan melalui media sosial.
“Ejen kemudian menetapkan harga bagi kos pembantu rumah sebelum menghantar wanita itu ke kediaman majikan. Biasanya harga ditetapkan jauh lebih rendah berbanding pasaran bertujuan memerangkap mangsa,” katanya.
Menurutnya, pembantu rumah dihantar itu kemudian berpura-pura berkhidmat dengan baik sebelum melarikan diri bersama barang kemas milik majikan.
“Ini adalah game ( permainan) sindiket apabila mereka memperoleh dua keuntungan iaitu melalui caj pembantu rumah dibayar mangsa serta barang berharga mangsa yang dilarikan suspek.
“Saya nasihatkan orang ramai berwaspada dan hanya menggunakan ejen berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia bagi mengelak ditipu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa) Datuk Foo Yong Hooi berkata, agensi haram seumpama itu menyasarkan mereka yang terdesak untuk mendapatkan pembantu rumah.
“Memandangkan syarikat tidak berlesen, kebanyakan pekerja pembantu rumah ditawarkan mungkin tiada dokumen sah.
“Ada lebih 600 syarikat layak menyediakan pekerja domestik. Mereka berminat boleh menyemak senarai di laman web Jabatan Tenaga Kerja (JTK),” katanya.
Menurutnya, tawaran pembantu rumah warga asing dengan kadar segera oleh ejen meragukan adalah tidak masuk akal.
“Biasanya proses pengambilan pekerja asing mengambil masa bagi memenuhi syarat dokumentasi dan pelbagai urusan lain,” katanya.
Terbaharu lima individu kerugian hampir RM100,000 selepas terpedaya dengan sindiket agensi menawarkan perkhidmatan pembantu rumah yang beroperasi secara haram.
Rata-rata mangsa mendakwa orang gaji mereka melarikan diri selepas dua atau tiga bulan bekerja.
Lebih menyakitkan hati, orang gaji yang melarikan diri itu turut mencuri barangan berharga milik mereka sebelum laporan polis dibuat terhadap suspek.
Berpura-pura penyayang dan mampu menjaga warga emas sebelum melarikan diri.Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 38, berkata, dia antara mangsa yang terperdaya dengan lakonan pembantu rumah yang diambil bekerja sejak awal Jun lalu.
“Saya guna khidmat ejen yang melalui laman sosial Facebook. Ejen itu menawarkan harga agak rendah berbanding caj dikenakan ejen berdaftar lain melebihi RM7,000.
“Saya terdesak menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing bagi menjaga bapa saya yang uzur dan baru keluar dari hospital. Pada masa sama, saya harap pembantu rumah itu menguruskan anak perempuan saya berusia tujuh tahun,” katanya yang bertugas di agensi kerajaan di ibu kota.
Menurutnya, ketika awal diambil bekerja, wanita bernama Suminah berasal dari Malang, Indonesia itu mempamerkan sikap rajin dan berupaya melakukan semua urusan rumah tangga.
“Tidak hanya urus makan minum warga emas yang uzur, malah dia melayan anak saya dengan baik dan manja. Anak perempuan saya cukup selesa dan gembira apabila ada kawan bermain.
“Namun kemesraan ditunjukkan itu hanya lakonan apabila Suminah yang berusia awal 40-an tiba-tiba hilang mendadak dari rumah. Perkara itu disedari ketika saya pulang bekerja dan mendapati pintu pagar rumah terbuka,” katanya.
Menurutnya, pembantu rumah itu turut melarikan pasport dan wang miliknya.
“Saya yakin semua ini dirancang awal dan ada pihak ketiga membantunya melarikan diri,” katanya.
Orang sama, tapi nama berbeza. Itu antara taktik sindiket penipuan pembantu rumah atau amah yang menggunakan individu sama, namun memiliki nama berlainan setiap kali diserah kepada majikan baharu.
Taktik itu amat popular digunakan rangkaian sindiket penipuan amah, malah dianggarkan satu daripada 50 majikan terjerat dengan modus operandi sindiket itu.
Perkara itu didedahkan Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Mohd Afiq Salim yang mendapati kes penipuan amah oleh ejen atau sindiket semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mohd Afiq berkata, banyak kes dirujuk kepada persatuannya untuk memohon khidmat nasihat daripada aspek perundangan membabitkan kes seumpama itu.
“Terdapat kes dua majikan berbeza ditawarkan khidmat amah sama, namun menggunakan nama berlainan.
“Ini bukan kes terpencil, kita ada beberapa kes yang dirujuk sebelum ini kepada kita (majikan) berdepan dengan situasi sama.
“Antara kes dilaporkan adalah ejen sindiket menawarkan amah bernama Norlea berusia 40-an. Namun individu sama turut ditawarkan kepada majikan lain menggunakan nama Laila pula.
“Apabila kita bandingkan kedua-dua foto mereka, ternyata ia orang sama, namun menggunakan identiti berbeza. Ini taktik paling popular dalam kalangan sindiket yang dikesan mengenakan bayaran mahal kepada majikan,” katanya.
Beliau berkata, majikan tempatan biasa menjadi mangsa apabila diminta membayar sehingga RM16,000 bagi mendapatkan khidmat pembantu rumah warga asing ini.
“Bagi setiap majikan, ejen mendakwa perlu menampung kos RM6,000 bagi urusan membawa masuk ke negara ini selain perlu membayar RM2,000 bagi kos pengurusan.
“Ini belum termasuk kos bayaran levi pekerja, kos logistik dan latihan sebelum dihantar kepada majikan. Ini semua skrip popular ejen bertujuan memperdayakan majikan sekali gus mengaut keuntungan dengan cara mudah,” katanya.
Menurutnya, pembantu rumah yang diambil dengan bayaran tinggi ini bagaimanapun melarikan diri sebelum diserahkan ejen kepada majikan lain.
“Taktik ini membolehkan ejen berkomplot dengan ‘pembantu rumah’ ini memperolehi keuntungan besar hasil penipuan terancang.
“Terbaharu, kami turut mengesan penggunaan platform media sosial untuk menawarkan khidmat amah. Berwaspadalah kerana ini taktik ejen mencari mangsa baharu,” katanya.
Katanya, majikan biasanya ditimpa bala berganda apabila pembantu rumah yang melarikan diri ini turut mencuri barangan berharga seperti emas, telefon bimbit dan sebagainya.
Menurutnya, kebanyakan kes dirujuk kepada PPMM, pihak persatuan mencadangkan kes berkenaan dilaporkan terlebih dahulu kepada pihak polis supaya kertas siasatan dibuka.
Mingguan Wanita: Memang ‘letih’ hadap isu pembantu rumah ni, macam-macam perangai dan kerenah. Meskipun bukan semua, namun banyak kes yang tak ikhlas bekerja dan memang pasang niat larikan diri walaupun majikan cukup baik dan bertimbangrasa.
Sudah sampai ajalnya, dua anggota tentera maut apabila terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun. Sedih dengan apa yang berlaku, namun tiada siapa mampu menolak takdir Allah.