Pelajar tingkatan 4 ditangkap berkhalwat dalam hotel bajet, beri alasan sambut tahun baharu. Dalam surah Al-Isra ayat 17:32, kita dilarang menjauhi zina kerana ia perbuatan keji dan membawa kerosakan.

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Pelajar Tingkatan 4 Ditangkap Berkhalwat Dalam Hotel Bajet

Bangga kepada perbuatan maksiat akhirnya menjerumus seorang pelajar tingkatan 4 ditangkap khalwat di malam tahun baharu. Di saat sebahahagian rakan sebaya masih takut-takut keluar rumah tetapi pelajar ini ditangkap di sebuah hotel bajet di Kelantan.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar tingkatan empat ditahan selepas disyaki berkhalwat bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dalam sebuah hotel bajet di sini, pagi tadi.

Pelajar berkenaan ditahan pada jam 4 pagi menerusi Operasi Ambang 2023 oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, remaja berkenaan memberi alasan keluar untuk menyambut tahun baru 2023.

“Ketika operasi, remaja terbabit disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan yang mencurigakan.

IKLAN

“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan dengan hukum syarak.

“Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, hari ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Penat Ambil Jubah Konvo, Alasan Mahasiswi Ditangkap Khalwat Bermaksiat Dalam Hotel

Gara-gara KAD NIKAH, Suami Isteri Ini Hampir Kena Cekup Khalwat Dalam Masjid

Suami Curang Sebab Pilihan Sendiri, Jangan Aniaya Pasangan, Isteri Boleh Mohon FASAKH

IKLAN

Beliau berkata, pada operasi sama bermula 4 petang dan berakhir 4.30 pagi itu, seramai 11 wanita diberi notis kehadiran khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan, manakala satu kes diberi amaran keras.

Menurutnya, fokus utama operasi adalah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.

“Kita menasihatkan kepada semua supaya tidak melakukan kesalahan syariah termasuk kemungkaran dan sentiasa menjaga diri.

“Selain itu, pihak kita juga mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam termasuk di pasar raya dan tempat tumpuan ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

IKLAN

Untuk perkongsian bersama, zina tidak hanya merujuk kepada syahwat semata tetapi zina mata, hati, lidah dan lain-lain anggota juga terjadi.

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI