Gara-gara KAD NIKAH, Suami Isteri Ini Hampir Kena Cekup Khalwat Dalam Masjid

Walau ke mana pun suami isteri itu pergi, jangan sesekali tinggal, abaikan malah cicir kad nikah. Lagi-lagi kalau nak bermalam di mana-mana berdua.

Bimbang jika ada operasi khalwat ketuk pintu waktu malam, ‘mana kad nikah’ itulah antara soalan yang akan ditanya pegawai agama bertugas.

Dan cerita hampir kena cekup khalwat Mukaram M Jamin dan isteri, pernah buatkan suami ini mengalir peluh jantan 9 tahun lepas.

Semuanya gara-gara kad nikah. Ceritanya panjang, namun ada pengajaran untuk dibaca.

 

Gara-gara KAD NIKAH, Suami Isteri Ini Hampir Kena Cekup Khalwat Dalam Masjid

Pasangan Hampir Kena Cekup Dalam Masjid

AJK Masjid : Cik berdua buat apa kat masjid ni. Dah hampir pukul 1pagi ni ?

Pesalah : Err, kami..

AJK Masjid : Ada Kad Kahwin ?

Soalan yang datang bertalu-talu. Belum pun sempat menjawab, soalan lain menyusul lajunya.

Pesalah : Takde cik, dompet saya hilang beberapa hari sudah. Dengan kad kahwin sekali hilang.

AJK Masjid : Habis tu, apa yang ada?

Pesalah tadi mula pucat, tangannya sejuk, peluh jantan mengalir perlahan dari dahi ke pipi kanannya. Walaupun pagi tu dingin malam menusuk sehingga ke tulang sum-sum!

IKLAN

Disapunya peluh itu, dia bangkit dari baring rusuk kirinya, tangannya meraba kiri dan kanan mencari kaca mata yang dilepasnya ketika awal tidur tadi, dan cuba berdiri separas dengan AJK Masjid yang datang buat serbuan.

Kejadian Sebelum Serbuan Khalwat Tengah Malam

Ini hal malam Raya Korban 9 tahun sudah.

Mereka tiba awal ke Perhentian Bas Shah Alam malam itu. Adalah dalam 30 minit sebelum bas dijadualkan bertolak.

Setelah mengambil port duduk yang rasanya elok tidak menganggu pendengaran dan penglihatan untuk bas yang datang, pelbagai tajuk diborakkan oleh pasangan baru berkahwin ini.

Dari sekecil hal sehinggalah kepada hal besar, bila nak beli rumah, kereta dahulu atau kediaman dulu dan sebagainya.

Sedar tak sedar 30 minit menunggu ni dah berlalu dan dah masuk ke minit 40. Alamak. Mereka bergegas menuju ke kaunter tiket bas dengan perasaan cemas.

Kata akak kaunter yang mereka temui, “Bas korang dah terlepas ni. Kalau nak tunggu besok pagi, tiket malam ni boleh guna untuk bas esok pagi, tak perlu beli yang baru.”

Jawapan dari Akak kaunter sedikit melegakan.

IKLAN

 

Gara-gara KAD NIKAH, Suami Isteri Ini Hampir Kena Cekup Khalwat Dalam Masjid

Tiada Kunci Rumah, Duit Tak Cukup Nak Sewa Hotel Bajet, Cuma Masjid Pilihannya

Mereka berpakat untuk balik ke rumah malam itu. Sampai depan pintu rumah, masalah lain pula timbul. Kunci rumah boleh pula tertinggal di dalam rumah.

Rumah kampung atas tanah separuh bata separuh kayu memang takde gril, takde pagar. Ni jenis tombol bulat, tekan punat kat dalam dan tarik pintu keluar.

Memikirkan duit dalam dompet dan dalam ATM pun tidak cukup untuk menyewa hotel bajet, akhirnya malam itu mereka bersetuju untuk tidur saja di masjid.

Selepas selesai niat beriktikaf, mereka bercadang untuk masuk tidur lebih awal. Melepaskan segala lelah berjalan sekilometer dari Stesen Bas ke rumah, dan kemudianya sekilometer lagi dari rumah ke masjid terdekat.

Tidak lama selepas mereka melelapkan mata, ditemani bunyi kipas siling masjid yang uzur dan nyamuk betina yang mengurung di telinga, mereka tersedar kembali. Terdengar bunyi salam dilontarkan dengan lantang dan keras dari luar masjid. Betul-betul mengejutkan.

Maka terjadilah dialog diatas.

IKLAN

Disingkatkan cerita, mujur si isteri masih ada satu salinan Kad Nikah di dalam purse nya. Mereka dibenarkan sambung tidur semula selepas itu dan pada paginya dapat menaiki Bas untuk pulang ke Kota Bharu.

 

Gara-gara KAD NIKAH, Suami Isteri Ini Hampir Kena Cekup Khalwat Dalam Masjid

Itulah Kejadian Yang Buat Mengalir Peluh Jantan 9 Tahun Lepas

Ini cerita kami gais. Pesalah yang di atas itu kami. Iya kami. Yang hampir ditangkap khalwat di dalam masjid itulah.

Harini, hari ulang tahun perkahwinan kami. Mengingat kembali cerita di atas yang sempat terakam, membuat hati kami berasa di geletek bertubi-tubi.

Lantas kami berdua ketawa berdekah-dekah sehingga menitik air mata. Menjemput sekalian perasan yang bercampur baur melaluinya. Perasaan lucu dan juga terharu bersilih ganti, mengingat keadaan kami sendiri ketika di awal perkahwinan dulu.

Namun pada hari ini, sejauh ini Tuhan telah merahmati kami dengan nikmat Nya yang menggunung.

Kalian juga sudah tentu ada momen yang akan diingat sampai mati seperti ini khenn?

Eh, ada ke yang baca ni ? Banje ‘like’ sekali kalau ada yang baca sehingga ke huruf ini.

* Gambar aku selesai menyembelih haiwan korban ada di atas, sebagai tanda aku bukan kaki sembang dalam posting ini.

Kahkah !

Sumber/Foto : Mukaram M Jamin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI