Budaya buli di jalan raya, anak PM antara mangsa. Pemandu Iriz dicari polis. Budaya buli di jalan raya antara isu yang sering timbul. Kebanyakan mangsa buli biasanya melibatkan orang perempuan kerana lelaki sering beranggapan pemandu perempuan melecehkan, lembap dan sebagainya.

Namun nampaknya tindakan seorang roadbully yang memandu Proton Iriz berwarna hijau dengan nombor pendaftaran WB 7482 M yang dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta membawa padah kerana ia melibatkan anak ke-empat Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar yang dibuli di jalan raya semalam.

Budaya Buli Di Jalan Raya

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ini Yang Buat Ayah Mangsa Buli, Zulfarhan Sujud Syukur Di Mahkamah

Wanita Ini Menulis Dengan Kedua Belah Tangan, Sayangnya Waktu Kecil Dulu Dia Mangsa Buli

Anak Usia 7 Tahun Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Pendekatan Bijak Ibu Ini Lakukan Wajar Dicontohi

Di akaun twitternya, Nurul Ilham memuat naik video mengenai tindakan tersebut dan ia mendapat respon segera pihak berkuasa.

IKLAN

Memetik laporan Sinar Harian, polis meminta seorang pemandu Proton Iriz tampil bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu kenderaan lain.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).

“JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut telah dikenal pasti,” katanya kenyataan itu.

IKLAN

Anak PM Antara Mangsa

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar mendakwa beliau telah menjadi mangsa buli pengguna jalan raya.

Beliau yang merupakan anak keempat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Twitternya pada Jumaat.

Berdasarkan perkongsian video berdurasi 14 saat itu, pemandu sebuah kenderaan jenama Proton telah beberapa kali menekan brek di lorong laju.

IKLAN

Menurut Nurul Ilham, tindakan berkenaan amat berbahaya tambahan anaknya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan.

NAK KAHWIN SEBENARNYA TAK PERLUKAN TANDA TANGAN ISTERI PERTAMA, RAMAI LELAKI SALAH SANGKA

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI