mengaji-marathon

Ramadan ini hidupkanlah hari-hari dengan bacaan Al-Quran. Sebagaimana tahun sebelumnya, Mengaji Marathon 12 jam tanpa henti anjuran MCPLUS diteruskan lagi tahun ini.

Kali ini lebih istimewa lagi, kerana tetamu jemputannya adalah pelakon terkenal, Saharul Ridzwan yang baru saja pulang dari menunaikan umrah bersama isteri tercinta.

Penyampai radio Zayan, Anas Tahir juga akan turut serta sebagai tetamu jemputan dalam program berkenaan.

Mengaji Marathon yang bersiaran langsung selama 12 jam ini, dijayakan pada Selasa, 19 April 2022 ini, bersamaan bersempena sambutan Nuzul al-Quran.

Kali ini, program yang mendapat sambutan ramai dari tahun lalu turut disokong oleh Deep Faith.

Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti, Saharul Ridzwan Pun Ikut Serta

Apa Itu Program Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti

Menurut MCPLUS, program sebegini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada mereka yang masih belum bermula atau tertinggal bacaan al-Quran dalam bulan Ramadan.

Inilah masanya untuk mereka mengejar kembali dengan ‘memancing’ 1 hari 1 juzuk. Seterusnya, membolehkan mereka berjaya khatam al-Quran sempena Ramadan.

IKLAN

Mengikut pengalaman, peserta program ini akan mampu membaca sebanyak 10 hingga 12 juzuk selama 12 jam.” Ujar jurucakap MCPLUS lagi.

Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti, Saharul Ridzwan Pun Ikut Serta

Menariknya program ini, setiap bacaan al-Quran akan dibaca oleh pelbagai ustaz bertauliah. Dan kali ini, tetamu jemputan Saharul Ridzwan dan Anas Tahir juga akan bersama-sama membaca al-Quran.

Program ini merupakan anjuran kali kedua. Sebelumnya, iaitu pada tahun 2021, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya menerusi saluran YouTube MCPLUS.

Di mana, mengaji marathon berlangsung dari jam 6 pagi dan berakhir sehingga 6 petang.

IKLAN

Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti, Saharul Ridzwan Pun Ikut Serta

Sambutan Luar Biasa Daripada Pelajar

Untuk pengetahuan, MCPLUS merupakan institusi pendidikan dalam talian yang cukup terkenal yang memberi bimbingan kepada pelajar UPSR, PT3 dan SPM.

Tenaga pengajarnya amat menitikberatkan perkembangan pelajar di luar silibus.

Idea awal tercetusnya program sebegini bila mana MCPLUS mengadakan bacaan al-Quran sebanyak satu juzuk setiap hari.

Ternyata, sambutan yang luar biasa diterima daripada para pelajar pusat tusyen online terbesar di Malaysia ini.

IKLAN

Idea itu kemudiannya dikembangkan menjadi Mengaji Marathon dan terbuka kepada umum. Konsep sebegini juga membolehkan MCPLUS membantu lebih ramai peserta untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan.

Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti, Saharul Ridzwan Pun Ikut Serta

Tentunya ini satu program yang sangat bagus untuk anak-anak remaja mahupun mak ayah bersama di dalam satu majlis ilmu. Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini yang cuma berlangsung di bulan Ramadan ini.

Bagi mendapatkan info lanjut berkenaan event ini, boleh layari dan follow Instagram MCPLUS.

Anda juga boleh follow live ini pada 19 april di Live Youtube MCPLUS

Baca sini : Saharul Bawa Isteri Tunaikan Ubadah Umrah, Merasai Berpuasa Di Mekah ‘Cabaran Kami Terpaksa Berjauhan Dengan Anak’

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI