“Jangan malu dik, sedar diri cepat sebelum jadi hamba kereta” ikut kemampuan bukan kemahuan!  Biar kaya, nampak tak bergaya. Bukan, biar papa, asal bergaya.

Ada duit sikit belajarlah menabung jangan pula berhutang dengan memilih membeli kereta berjenama luar negara. Eloklah memilih mengikut kemampuan bukan trend atau kemahuan diri. Takut nanti terjerat dengan hutang yang tinggi.

Buat adik-adik terutama yang bergelar eksekutif muda wanita sudah pasti anda juga mahu bergaya dengan kereta jenama luar negara, tak salah jika hendak beli tapi tolonglah selidik dulu adakah kita mampu membayar komitmen bulanan. Usah menyesal di kemudian hari ya adik-adik.

“Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta”

Bagi panduan anda untuk memiliki kereta agar berpadanan dengan pendapatan yang diperolehi, pakar ini berkongsi nasihat tentang tabungan kereta.

Menerusi perkongsian di Facebook Azizul Azli Ahmad ternyata apa yang dijelaskan memberi manfaat kepada mereka yang mahu memiliki kenderaan megikut kemampuan.

Malah menerusi satu soalan daripada warganet Azizul Azli Ahmad memberi panduan jelas untuk wanita tersebut mempertimbangkan jenis kereta yang layak dimiliki.

“Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta” Ikut Kemampuan Bukan Kemahuan!

IKLAN

Pilihan Kereta Jenama Luar Negara Terletak Di Tangan Anda

“#TabungKereta

  1. Jika gaji sekitar RM3000, kereta yang sihat hanya sekitar RM36,000 sahaja. Rule of thumb adalah RM3000 x 12 = RM36,000.
  2. Bila kita jual nasi lemak sahaja, biasanya bank nak lihat dokumen kewangan kita. Aliran tunai kita dan macam mana kita nak buktikan bank kita ada RM3000 setiap bulan.

Bank biasanya akan ambil 40% sahaja dari pendapatan perniagaan ini.

  1. Boleh jadi RM1200 sahaja hitung pendapatan di mata bank. Kereta yang sesuai buat kita adalah kereta bawah RM20,000 sahaja. Carilah Axia atau Saga terpakai. Jangan malu dik.
  2. Jika masih berkenan City dan Vios juga, jangan beli yang baru. Carilah yang tahun 2000-2005 yang bawah harga RM20,000 sahaja.
  3. Jika teringin juga nak yang baru, mulalah menabung sebulan RM3000 sebulan sehingga 30 bulan. Selepas 2 tahun 6 bulan kita boleh beli Honda City baru yang harga RM90,000 sahaja.

“Habis nak makan apa bang?”

Suami kita kan nelayan, mesti banyak makan ikan.

Hidup Tak Selalunya Indah

  1. Hidup ini tak selalunya indah dik. Hari ini orang suka nasik lemak kita, tahun depan belum tentu. Hari ini masih banyak ikan di laut, tahun depan ikan mungkin dah tercemar laut.
  2. Paling penting hidup ini bukannya gaji, tetapi kena sedar diri kita siapa cepat cepat sebelum jadi hamba kereta.”

Apa yang dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad sebenarnya adalah realiti kehidupan hari ini. Benarlah katanya, “Kereta Hanya Alat Mudahkan Hidup” semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

IKLAN

“Pilih Yang Mampu Jangan Keliru” Warganet 

Menerusi ruangan komen warganet banyak memberikan pandangan. Ternyata ramai yang menasihati agar memilih kereta yang hendak dibeli mengikut kemampuan sendiri.

“Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta” Ikut Kemampuan Bukan Kemahuan!

“Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta” Ikut Kemampuan Bukan Kemahuan! “Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta” Ikut Kemampuan Bukan Kemahuan! “Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta” Ikut Kemampuan Bukan Kemahuan!

Baca Di Sini : Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen

Wanita Ini Kongsi CARA Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Maybank

IKLAN

Mingguan Wanita : Ukur baju di badan sendiri. Jangn ikut trend, asalkan berkemampuan dan tidak dibebani hutang itu sudah memadai. 

Sumber : Facebook Azizul Azli Ahmad

Anak nak sambung belajar mak-mak dah ready ke?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI