Sumber Foto : Instagram Zizi Kirana

Zizi menyanyi selagi dapat izin suami, begitulah ungkapan penyanyi yang kini sudah berhijrah dari imej seksi kepada berhijab.

Anak kelahiran Semporna, Sabah itu akui sebelum meneruskan perjalanan karier dalam bidang nyanyian dia telah mendapat keizinan dari suami tercinta, Yusuf Bahrin.

Zizi Menyanyi Selagi Dapat Izin Suami

Memanjat rasa kesyukuran kerana suaminya menjadi tulang belakang dan memberi sokongan penuh terhadap karier seninya.

Zizi turut menyatakan tidak akan meninggalkan dunia nyanyian selagi suami memberi kebenaran dek kerana dirinya akan terus berkarya selagi diterima.

Malah Zizi juga turut menerangkan sejak dirinya berhijab ramai yang mengangap dirinya tidak akan menyanyi lagi. Seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus, Zizi secara jujurnya sangat berdebar apabila tampil dengan imej islamik.

“Sebenarnya bila saya bertudung, ramai ingat saya tidak akan menyanyi lagi.

IKLAN

“Sejujurnya memang rasa berdebar untuk menyanyi dengan imej begini.

“Saya juga selalu fikir bagaimana penerimaan orang nanti.

“Tetapi suami, pengurus dan keluarga banyak memberi sokongan dan dorongan.

Jaga Batasan

Bernikah pada September tahun lalu, Zizi mengakui dirinya kini semakin seronok bergelar isteri.

“Sebagai isteri, saya tahu batasan dan selepas berbincang.

“Saya akan menjaga batas pergerakan dan kurangkan aksi tarian lincah di atas pentas,” ungkapnya lagi yang turut berasa debaran mengenai penerimaan peminat terhadap lagu yang disampaikan selepas berhijab.

Pijak

Terkini Zizi muncul dengan single berjudul Pijak yang diterbitkan oleh Def Jam Malaysia.

IKLAN

“Pendek kata lagu ini menggambarkan sikap seseorang yang suka pijak kepala.

“Jadi kita saling menasihati antara satu sama lain dan sebab itulah ada kesinambungan antara lagu Eh dan Pijak ini

“Kalau orang nak kata lirik lagu ini pedas, ia terpulang pada pendengarnya. Ini antara cara untuk saya sampaikan nasihat.

“Bukan nasihat untuk orang saja, tapi untuk saya sendiri supaya tidak ambil kesempatan atas orang lain,” sambungnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Menarik Lagi : Zizi Kirana Pilih Kekal Berhijab “Ibu Paling Gembira, Senang Hati. Memang Dari Dulu Suruh Pakai Tudung”

Merdunya Suara Zizi Kirana Mengaji Al-Quran, Akuinya Gementar, Gigil Lutut

IKLAN

Sumber Foto : Instagram Zizi Kirana

Sumber : SinarPlus

Mingguan Wanita : Kagum dengan Zizi yang cukup istiqamah dalam berhijrah.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!


Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura