Demi sayangkan anak, mak ayah rela melakukan apa sahaja. Sanggup manjakan dengan memberi segala kemewahan yang ada melebihi keperluan diri sendiri. Namun sungguhpun berkemampuan biarlah ia berpada-pada.
Bayi Lelaki Dimanjakan Kemewahan
Seorang bayi lelaki di Britain dimanjakan dengan kemewahan apabila dikatakan hanya mandi dengan susu dan madu, menghisap puting diperbuat daripada emas yang berharga £1,000 (RM5,334) serta memiliki banyak pakaian berjenama, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Ibu kanak-kanak berkenaan, Kasey Akram, 32, berkata, dia suka memanjakan anak lelakinya, Jareem yang berusia setahun.
Sanggup Belanja Beribu-Ribu ‘Pound’ Untuk Anak
Suri rumah sepenuh masa itu telah membelanjakan beribu-ribu pound untuk anaknya dan berkata bahawa dia tidak boleh berhenti melakukannya.
Beberapa barangan milik Jareem yang paling mewah termasuk seutas rantai Versace berharga £750 (RM4,001), gelang bertatahkan berlian berharga £925 (RM4,934) serta puting susu emas.
“Sebaik sahaja mempunyai anak lelaki, obsesi saya berubah daripada menjaga penampilan kepada memberi tumpuan untuk anak.
Ads
“Dia kanak-kanak lelaki paling comel di dunia. Saya bertengkar dengan rakan-rakan kerana jumlah wang yang dibelanjakan untuk Jareem.
“Saya akan memakai pakaian terpakai manakala dia memakai baju-T berharga £50 (RM266),”
“Apa sahaja yang Jareem inginkan, dia akan dapat dan saya akan usaha tunaikan,” kata Kasey yang merupakan seorang suri rumah.
Kasey juga membawa anaknya untuk menggunting rambutnya sekali dalam dua minggu dan menegaskan ia dipotong oleh pengurus kedai gunting rambut.
Bahkan turut membawa Jareem ke salun kuku untuk mendapatkan rawatan kuku “mini pedicure” daripada kakitangan di sana.
Ads
Mengutamakan Anak Melebihi Keperluan Diri
Kasey turut menjelaskan dia sangat mengutamakan Jareem melebihi keperluan dirinya. Apabila katilnya patah, dia tidak menggantikannya katil tersebut, sebaliknya membelanjakan £300 (RM1,590) untuk membeli katil traktor anaknya dan dia sendiri tidur di tilam atas lantai.
Selain memberi Jareem diet organik, Kasey juga tidak membenarkannya minum air paip kerana bimbang tahap estrogen.
“Dia tidak pernah minum air paip sepanjang hidupnya dan saya memecat pengasuh saya kerana dia memberinya air paip,”
“Jika saya mahu membelanjakan wang untuk anak saya itu pilihan saya, saya tidak kisah jika saya berjalan-jalan dengan kasut Primark asalkan putera saya mempunyai yang terbaik,”ujar Kasey.
Wanita itu yang sebelum ini bekerja sebagai penari dan model berkata, dia pernah memiliki hasrat untuk tidak mempunyai anak, namun semua berubah selepas dia mengandungkan Jareem pada 2020.
Bergurau ada batasannya, jangan sehingga boleh meragut nyawa. Niat dua remaja bergurau ketika bermain api di sebuah tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, di sini, membawa padah apabila tindakan tragis itu meragut nyawa rakan mereka petang tadi.
Rentung Dalam Tandas
Mangsa yang berusia 16 tahun ditemukan rentung selepas kebakaran tandas terbiar itu dipadamkan pihak bomba.
Kejadian berlaku ketika tiga remaja terbabit dikatakan sedang melepak sambil bermain permainan video di dalam telefon bimbit di dalam tandas terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas, sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.
“Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas.
“Mangsa yang tersedar dari tidur dan keadaannya separa sedar bagaimanapun melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.
Meninggal Dunia
Mengulas kebakaran berkenaan, katanya pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.35 petang, sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, anggota bomba segera melakukan pemadaman selama kira-kira lima minit dengan anggaran kemusnahan kira-kira 20 peratus.
“Hasil pemeriksaan menemukan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun lengkap berpakaian dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya ketika dihubungi.
Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya.
Mak ayah sebenarnya memang boleh elak anak daripada ‘Speech Delay’ jika ambil berat dengan beberapa faktor persekitaran yang menyebabkan perkara ini terjadi. Ramai sebenarnya mak ayah mempunyai anak yang mempunyai masalah untuk bertutur atau lambat bercakap ni. Lebih merisaukan mak ayah bila umur anak semakin meningkat tapi masih tak pandai bercakap atau hanya boleh menuturkan beberapa perkataan je.
Baru-baru ini pasangan selebriti Wawa Zainal dan Airil Zafriel turut berkongsi perkara yang sama dialami oleh anak sulung mereka, Attar yang belum pandai bercakap walaupun telah berumur 4 tahun dilaman instagram mereka.
Menurut perkongsian oleh Speech Language Pathologist,Puan Ruby Atika yang juga merupakan Pengetua dari Ruby EIP Centre;
Faktor persekitaran yang menyebabkan speech delay dan faktor ini sebenarnya adalah benda-benda yang boleh dielakkan jika ibubapa lebih bersikap ambil tahu:
1. Sindrom Anak Pertama
Ibubapa tiada pengalaman dan tak pula ambil tahu tentang ilmu mendidik anak sejak bayi.
2. Sindrom Anak Bongsu
Ibubapa sudah lupa langkah-langkah merangsang otak anak dan serahkan tugas mengasuh anak kepada abang kakak yang lebih besar.
3. Gajet
Pendedahan kepada gajet, skrin tv seawal bayi dalam tempoh lama.
4. Ibubapa Terlalu Sibuk
Ibubapa terlalu sibuk dan serahkan anak kepada pengasuh/nenek terlalu lama. Mereka pula letak anak depan tv atau tidurkan anak lama supaya boleh kerja lain atau letih menjaga anak kecil. Ada pula jenis tak suka mainan sepah. Maka anak anda tidak bermain.
5. Tidak Bersembang Dengan Anak
Ibubapa anggap anak bawah 1 tahun masih terlalu bayi dan tidak boleh bercakap. Maka anda tidak bersembang dengan anak.
6. Lebihkan Smartphone
Ibubapa pandang smartphone lebih lama dari pandang anak, walaupun anak itu ada depan mata anda.
Balik ni, muhasabah diri. Ibubapa berubah, anak juga turut berubah.
Info Ekstra!
Apa itu Speech Therapy?
Speech therapy adalah terapi khusus yang bertujuan untuk menangani mereka yang bermasalah dalam bertutur, seperti lambat bertutur dan mempunyai masalah untuk berkomunikasi sesama rakan sebaya dan orang di sekelilingnya.
Ada yang hanya mengalami sedikit masalah dan boleh diselesaikan dengan galakan tetapi tidak kurang juga yang disahkan menghidap penyakit autisme dan perlu menjalani beberapa siri speech therapy.
Speech Delay
Pada kebiasaannya, ibubapa boleh mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anak mereka terutamanya apabila anak mereka lambat untuk memulakan pertuturan. Ia juga dikenali sebagai speech delay.Dan jika si anak boleh bertutur, hanya sedikit sahaja perkataan yang boleh disebut. Kadang-kadang ini boleh membuatkan si anak meradang kerana tidak dapat apa yang mereka nak.
Sebaiknya, jika mak ayah mengalami anak yang masih tidak pandai bercakap atau hanya tahu menuturkan beberapa perkataan je, bertindaklah dengan cepat. Seeloknya bawa anak berjumpa dengan therapi dan pakar bagi mengenal pasti masalah yang sebenar.
Semoga bermanfaat dan kongsikan pada ibu bapa lain.
Betapa rindu terpisah dengan adik beradik malah keluarga kandung itu cukup mendalam sekali. Itulah emosi rindu yang dilalui suami kepada Yayang Zairudin.
Isteri ini menghubungi Mingguan Wanita, mohon bantuan buat suaminya yang ketika ini sedang mencari KELUARGA KANDUNG nya. Suaminya itu terpisah dengan ibu dan ayahnya sejak masih bayi.
Gambar terkini suaminya.
Usia Seminggu Terpisah Dengan Keluarga Kandung
Dalam perkongsiannya itu, maklum Yayang, “Suami saya lahir di KLINIK KESIHATAN MANTIN. Dia diambil oleh keluarga angkatnya ketika usianya 1 minggu. Ketika itu, keluarga angkat duduk di Johor Bahru.”
“Ibu angkatnya cuma beritahu nama ibu kandungnya sahaja. Ibu kandung suaminya bernama SALMAH.”
“Suami saya ada 11 orang adik beradik kandung. Kalau tak salah, dia yang bongsu. Mohon bantuan semua share ya. Dapat jumpa adik beradik kandungnya pun tak apa.” Tulisnya ringkas.
Gambar suaminya ketika masih bayi.
Ini Maklumat Lanjut Mengenai Keluarga Kandung, Angkat Suami
Dalam pada itu, Yayang juga berkongsi serba sedikit maklumat berkenaan suaminya.
INFO KELUARGA KANDUNG :
NAMA IBU : SALMAH
ADIK BERADIK : 11 ORANG suami saya anak bongsu.
INFO KELUARGA ANGKAT :
BAPA ANGKAT : HASHIM (UMUR 83)
PEKERJAAN BAPA : GURU (sekarang sudah pencen)
IBU ANGKAT : SA’ADIAH (UMUR 65)
TINGGAL : JOHOR BAHRU
INFO SUAMI :
NAMA : MOHD AZMI
UMUR : 35 tahun
TEMPAT LAHIR : KLINIK KESIHATAN MANTIN
TARIKH LAHIR : 7.10.1983
MW : Semoga suami Yayang dapat dipertemukan semula dengan keluarga kandungnya. Dan sekiranya pembaca ada info mengenai keluarga kandung wanita ini, bolehlah hubunginya di talian whatsapp : 6018 775 4300
Wanita koma lepas lahirkan anak meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar. Kisah benar Mohd Saiful yang setia menjaga isterinya, Nor Fadila, hingga ke hujung nyawa.