“Gugurnya air mata ayah kenangkan nasib anak.” Di mana Jude Angel, baby hilang di Beaufort, Sabah hingga kini masih belum ditemui.
Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Sama sekali tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan mak dan ayahnya saban waktu menanti anak yang hilang ditemui semula.
Mengalir air mata ayahnya kenangkan bagaimana keadaan Jude Angel buat masa ini, namun jauh di sudut hati seorang bapa merasakan anaknya masih hidup.
Di mana Jude Angel Jeremy, bayi berusia 18 bulan yang hilang di Beaufort , Sabah? Keberadaannya menimbulkan tanda tanya, malah sehingga kini si kecil itu belum ditemui.
Bayi perempuan itu dikhuatiri hilang selepas dipercayai keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, Beaufort pada 9 Julai lalu.
Kehilangan Jude Angel disedari neneknya kira-kira jam 8.30 pagi setelah mendapati pintu rumah terbuka dan mangsa tidak ditemui di sekitar kawasan rumah.
Kenangkan Nasib Anak
Memasuki hari keenam (semalam) operasi mencari dan menyelamat (SAR), Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hasbullah Nenggok menerusi penstriman langsung di laman sosial Facebook Kupikupi FM 96.3 menyatakan pihaknya meneruskan usaha mengesan Jude Angel.
“Bomba menumpukan pencarian di kawasan sekitar rumahnya, kira-kira 2 hingga 3 kilometer (km) radius dari pusat kawalan Bomba.
“Kami menggunakan bantuan orang kampung dan tujuh buah bot seperti hari-hari sebelum ini, menyusuri anak sungai dan Sungai Padas sehingga ke Batu 60, dalam radius 4 hingga 5 km.
“Setakat ini kami belum menemui sebarang petanda atau petunjuk lokasi adik jude angel. Kami masih mencari secara rambang dan logik. Malah, kami juga mengalu-alukan bantuan daripada (pakar) menerusi spiritual, yang boleh berkomunikasi dengan alam lain. Kami tidak menolak,” kata Mohamad Hasbullah.
Di Mana Jude Angel
Pihaknya mengakui masih belum menemui sebarang petunjuk bahawa Angel hilang, disembunyikan (alam ghaib) atau melibatkan jenayah penculikan.
Ads
Katanya, keadaan hujan, angin kuat dan air sungai deras antara cabaran ditempuhi para petugas dan orang kampung yang terlibat dalam operasi SAR.
“Kemungkinan esok kami akan meneruskan lagi (SAR). Namun jika esok masih belum menemui sebarang petunjuk, ia mungkin akan ditangguhkan sehingga mendapat pentunjuk daripada keluarga atau penduduk kampung,” ujarnya.
Operasi SAR melibatkan kekuatan 60 orang daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.
Baby Hilang Di Sabah
Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial TikTok, bapa Jude Angel, Jeremy Sundang, 39, tidak dapat menahan sebak, air mata seorang bapa berlinangan menceritakan detik akhir bersama anak tersayang.
“Sebelum saya dan isteri keluar menghantar barangan jualan ke pasar Tamu, Jude Angel menangis.
“Sempat menidurkan Jude Angel sebelum ke pasar,” katanya sebak hingga menitiskan air mata. Petani itu berkata tangisan si kecil pada pagi itu seolah-olah memberi petanda.
Selepas meninggalkan rumah pada jam 6.00 pagi, kira-kira pukul 8.00 pagi dia menerima panggilan. Katanya si isteri kelihatan kelam kabut dan memberitahu Jude hilang.
Kepada Deasoka.com, Jeremy meluahkan harapan menemui semula Jude Angel.
“Meskipun tahu operasi mencari (pihak penyelamat) akan berakhir pada esok, tetapi kami sekeluarga tetap meletak harapan tinggi.
“Jauh di sudut hati saya sebagai seorang bapa, dia (Jude Angel) masih hidup dan firasat kami dia masih ada lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Jeremy menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus terlibat dalam usaha pencarian terbabit.
Ads
Ketika ditanya sama ada terdapat petanda atau petunjuk setakat ini, beliau mendedahkan tiada perkara pelik berlaku.
“Bagaimanapun sebelum kejadian, saya ke tamu dia (angel) kelihatan agak manja dengan menangis yang mana secara kebetulan dia kurang sihat sebab gigi baru tumbuh.
“Dia juga ada meminta didukung dan naik ke atas badan saya, saya kemudiannya mendodoinya sehingga tertidur,” katanya.
Warga maya rata-rata mendoakan Jude Angel ditemui segera dan memberi kata-kata semangat buat keluarga bayi itu.
– “Semoga dipermudahkan pencarian anak ini.”
– “Semoga dipermudahkan pencarian Baby Jude.”
– “Hanya mampu mengirim doa setiap detik, aamin.”
– “Moga ditemui segera adik Jude Angel.”
Keprihatinan masyarakat Malaysia akan nasib Jude Angel menjadikan hashtag #prayforbabyjudeangel #prayforjudeangel tular di laman sosial Facebook.
Mingguan Wanita : Semoga ada keajaiban dan Baby Jude Angel dapat ditemui dan selamat hendaknya.
Sumber : Sinar Plus, Facebook Kupi Kupi FM 96.3, Deasoka.com
Pelakon, Yatt Hamzah berkongsi rasa hati. Betapa tak mudahnya mahu kekal dalam keputusan selepas ‘hijrah’. Meninggalkan dunia penuh glamour, istiqomah dengan memakai tudung, itulah keputusannya yang tak akan berubah.
Namun, untuk kekal dalam keputusan itu tidak mudah. Yatt berkongsi panduan, bagaimana dirinya mengatasi rasa terumbang ambing yang pernah dilalui sebelum ini.
Ada Yang Tanya, Ada Tak Rasa Nak Buka Tudung Balik?
Ramai sangat yang tanya, “Macam mana boleh Istiqomah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqomah?” JAWAPANNYA, NAK BERUBAH JADI BAIK PUN DAH SUSAH. NAK ISTIQOMAH LAGI LAH SUSAH.
Tu belum lagi masuk yang bertanya masa awal-awal dulu, “Tak sayang ke dunia glamour?” “Ada tak rasa nak buka tudung balik?”
Allahu, dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi.
Benar kata-kata Ulama, nak berubah kena kuat. Kena berkorban. Terlalu banyak pengorbanan. Kalau tak Hijrah dulu, pasti masih ligat dengan dunia hiburan lagi sekarang. Pasti masih lagi hanyut dan leka.
Alhamdulillah Allah sayang, Allah bantu hamba-hambaNya yang benar-benar serius dan tekad nak berubah. Berubah kerana Allah semata-mata, bukan sebab lain. Tiada motif lain. NO, tak boleh ada motif lain melainkan LILLAHITAALA.
Ini Cara Yatt Hamzah Mantain Hati Istiqomah
Caranya? Seriously tak mudah. Tapi buat sikit-sikit, pelan-pelan janji selalu buat. Mantain buat. 1st yg saya buat dulu.
Cari kawan-kawan yang Soleh Solehah. Bila ada dengan diorang memang akan ikut style diorang. Betul kata Nabi SAW, akhlak kita ditentukan oleh akhlak kawan kita.
Cara fikir, cara cakap, cara pakai, cara tulis mereka memang terkesan pada kita. Kalau boleh nak jadi sama baik atau lebih baik dari mereka.
Prof Muhaya kata, takpe berlumba-lumba dan bersaing dalam soal kebaikan. Ada dengan mereka ni, hati tenang, jaga solat, jaga Quran, jaga lisan, selalu ke masjid, cari ilmu.
Memang confirm akan istiqomah selagi kita bersama dengan mereka ni. Sebab kita akan saling tegur dan mengingatkan teguran Allah.
So cari kawan Soleh Solehah ni dulu. Tak perlu ramai dapat satu pun jadilah. Kalau dah jumpa jaga mereka ni betul-betul sampai bila-bila, jangan pernah lepaskan. Sebab kebaikan-kebaikan lain akan menyusul satu-satu. Carilah. Percayalah. In Shaa Allah.
Hijrah Dan Istiqomah Tak Mudah, Tapi Jangan Pernah Mengalah
The moment kita mengalah, SYAITAN IBLIS DAH MELOMPAT GEMBIRA, MISI MENYESATKAN DAH TERCAPAI. JALAN KE SYURGA DAH KEMBALI SAMAR.
Doakan kita semua kuat. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik bukan pandang rendah dan kondem orang sesuka hati. Gunakan the POWER OF LOVE yang Nabi SAW ajar. Sama-sama nak masuk Syurga kan.
Sejak beberapa hari lalu berlegar viral gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menonton TV dari kejauhan. Dan gambar seterusnya, pintu rumah berkenaan sudah pun ditutup kemas. Terkesan dengan gambar tular berkenaan, pelakon dan penyanyi Azza Elite, 42 berniat mahu membelikan sebuah televisyen untuk kanak-kanak berkenaan.
Bagaimana pun, dia mengharapkan jasa orang ramai yang tahu di mana kedudukan kanak-kanak itu agar dapat memaklumkannya untuk dia menunaikan hasratnya itu.
Akuinya di instagramnya itu, dia juga sebelum ini pernah susah sebegitu. Dan cukup memahami akan apa yang adik ini sedang lalui.
Kongsinya,
“m touch.. me also like this before.
Tolong gais.. ada info pasal adik ni bagitau tau kat sini k.
Heart breaking watch this.. nak je aku kumpul duit pakai duit IG review beli kat dia TV.. tapi dok tau adik ni kat mana.. masa kecik akak juga tak sesenang hari ini adik.. so i know how he feel.. sedih weh.
Sekiranya adik bersekolah.. belajar pandai-pandai k.. bila dewasa esok adik beli TV beso .. mm ciannya adik ni.. auntie tak tau adik kat mana.. kalau auntie tau senang skit. sekejap je TV sampai kat rumh adik.
Duit review auntie ada skit. Kalau tak cukup boleh kumpul dengan kawan-kawan auntie beli kan.”
Rakan Artis Pun Sudi Sumbang Duit Beli TV
Perkongsian Azza itu juga mendapat sambutan baik daripada ramai kalangan artis yang sudi turut serta memberi sumbangan agar adik berkenaan dapat menonton TV di rumahnya. Antaranya, Fasha Sandha, Nurkhiriah.
Malah, ramai juga yang berkongsi rasa akan pengalaman lalu masing-masing yang waktu kecil tiada TV sehingga menumpang tengok di rumah jiran tetangga. Momen sebegini mengusik kalbu membuat air mata bergenang sebak.
CCTV rakam aksi biadap kanak-kanak, buat aksi lucah terhadap wanita bersolat. Tular di media seberang seorang remaja berusia 13 tahun yang membuat aksi lucah terhadap seorang wanita yang sedang bersolat di Masjid Agung Praya, Lombok Tengah.
CCTV Masjid Rakam Aksi Biadap Kanak-Kanak
Dalam rakaman CCTV yang viral di media sosial itu, kelihatan dirinya cuba menyentuh bahagian tubuh belakang seorang wanita yang sedang solat seorang dirinya termasuk cuba menciumnya, barangkali kesan dari menonton video-video lucah yang boleh ditontoni di media sosial.
Dalam video berdurasi 1 minit itu kelihatan dirinya melakukan pelbagai aksi lucah walau tidak menyentuh wanita tersebut tetapi nyata ia mengundang kemarahan orang ramai yang bengang dengan aksi biadapnya.
Buat Aksi Luc*h Terhadap Wanita Bersolat
Menurut Imam Masjid, dari CCTV masjid yang dipertontonkan selepas ianya tular, kejadian ini terjadi ketika solat dhuha.
“Kita sudah hantar ke video ini ke pihak berkuasa kerana perbuatan anak ini tidak baik diikuti. Malah untuk memastikan kanak-kanak ini tidak lagi mengulang perbuatannya, kita sudah memaklumkan kepada orang tuanya.
“Ia satu perbuatan yang tidak boleh diikuti langsung.
Malah suara orang lelaki dewasa yang hanya mentertawa melihat video berkenaan menerima kecaman orang ramai.
Poligami; Suami Happy, Isteri dan Anak Yang Depresi
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...