Sesungguhnya ajal dan maut ketentuan tuhan. Satu kehilangan besar buat arena olahraga tanah air apabila dimaklumkan bekas pelari pecut wanita negara, Anita Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada usia 59 tahun, semalam di hari lahirnya.
Berita pemergian atlet yang pernah beraksi pada Sukan SEA era 80-an itu dikongsi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama hari ini.
Meninggal Akibat Kanser Payudara
Beliau berkata arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 malam akibat kanser payudara yang merebak ke hati dan tulang belakang.
“Pada Disember lepas, arwah dimasukkan ke PPUM, dan pihak YAKEB membawa beliau ke hospital swasta untuk imbasan PET (tomografi pancaran positron), dan kanser beliau didapati semakin parah,
“Beliau bersungguh-sungguh melawan kanser, namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam,” katanya.
Ads
Anita Ali, Kredit Foto :Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
Kehilangan Besar Arena Olahraga Negara
Noorul Ariffin berkata pemergian Anita yang pernah beraksi pada Sukan Asia di China pada 1990 disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena olahraga tanah air.
Katanya, Anita yang juga ahli YAKEB, banyak memberi nasihat kepada atlet muda untuk terus mengharumkan nama negara.
Ads
Pada temasya Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Anita yang ketika itu berusia 21 tahun bersama gandingannya G Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Mumtaz Jaafar memperbaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter dengan catatan 45.37 saat.
Bayi 4 Bulan KOMA Didera Pengasuh, Kepala Dipukul, Badan Dihempas & Digoncang! Luluhnya hati mak ayah, apabila pengasuh bertindak kejam sanggup melakukan perkara sebegini kepada bayi yang baru berusia 4 bulan.
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok di sini, pada Rabu lalu.
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini pada Selasa.
Susulan laporan itu kata Rohaimi, pihaknya telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan, namun menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.
Bagaimanapun katanya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Jelas beliau, mangsa baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.
“Susulan itu, polis telah menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh pada Isnin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Mingguan Wanita: Aduhai kasihan sungguh pada bayi yang tidak berdosa ini. Tergamak sungguh bertindak kejam sehingga bayi koma sebegini. Ini yang membuatkan mak ayah cukup risau nak hantar anak dibawah jagaan pengasuh di pusat jagaan.
Sungguh malang tidak berbau.Seorang guru berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.
Difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengah hari tadi, ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.
“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.
“Selepas mangsa mengeluarkan wang berkenan dan meletakkan dalam sebuah beg, mangsa meninggalkan beg di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mingguan Wanita: Bagi pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan duit dalam jumlah yang besar, semoga lebih berhati-hati. Penjenayah ada di mana-mana dan cukup licik merebut peluang apabila kita cuai. Pastikan ikut SOP yang telah ditetapkan.
Bagi yang mengalami masalah penglihtan seperti rabun jauh, rawatan lasik salah satu alternatif bagi merawatnya. Kehidupa kembali rasa ‘bebas’ tanpa perlu bergantung pada cermin mata. Namun demikian, ada juga yang bimbang antara kesan dan risiko yang mungkin boleh dihadapi apabila menjalani rawatan lasik ini.
Perkongsian daripada Oftalmologi ini boleh dijadikan rujukan. Meskipun bergelar Doktor Mata, Dr Lael Salimternyata ada sebabnya yang tersendiri tidak memilih rawatan lasik dalam mengatasi masalah rabun jauh yang dihadapi sekian lama.
Lasik ni sejenis cornea refractive surgery. Ada 2 lagi jenis refractive surgery yang biasa, iaitu PRK & SMILE.
Lasik dan lain-lain cornea refractive surgery BUKAN scam. Ia mengubah power mata dengan cara mengubah kecembungan cornea. Struktur lain juga ada menyumbang kepada power.
Tapi struktur yang boleh dimanipulasi secara pembedahan untuk ubah power mata kita cuma dua:
1. Kornea
2. Kanta (crystalline lens)
Kedua-duanya gunakan prinsip yang sama. Ubah titik fokus cahaya. Itu juga prinsip yang kita gunakan dalam penentuan power cermin mata/contact lens.
Untuk cornea refractive surgery, semakin tinggi power mata seseorang, semakin banyak tisu kornea yg perlu diolah/dibuang supaya menepati kecembungan yang kita mahukan.
Sebab tu sebelum surgery, Doktor akan periksa samada kita mempunyai ketebalan kornea yang mencukupi atau tidak.
Dalam lasik, suatu lipatan kecil tisu kornea (dipanggil flap) akan dibuat. Kemudian tisu kornea dibawahnya akan diolah menggunakan laser utk mengubah kecembungannya. Kemudian flap akan di tutup semula.
Flap ni tujuannya supaya tak rasa sakit serta mempercepat proses penyembuhan.
Masalahnya, flap ni boleh dijangkiti kuman, berganjak atau tisu penyembuhan boleh tersalah tumbuh di bawah flap.
Masalah ni tersangat jarang berlaku. Very extremely rare.
Tapi jika berlaku, penglihatan boleh terjejas dan berkemungkinan takkan dapat perfect vision sampai bila-bila.
Have I seen such case myself?
Yes.
Teruk ke?
That’s subjective.
Untuk orang biasa, kadar penglihatan 6/12 mungkin OK. Tapi untuk microsurgeon macam saya, 6/12 adalah terlalu teruk. I’ll be basically debilitated. I can’t do eye surgeries anymore.
It’s a risk not worth taking.
Tapi itu rare complications. Masalah yang lebih biasa selepas lasik ialah dry eyes. Yang ini bergantung, ada orang kena teruk, ada orang kena sikit. Ada yang langsung tak rasa apa.
Ada yang awal-awal aje dry eyes, kemudian jadi OK. Ada yang sampai ke sudah ada masalah ni.
Saya ada juga tanya kawan-kawan dalam bidang oftalmologi yang dah buat lasik, mereka rasa kesal tak.
Ada yang menyesal (sebab dry eyes teruk), ada yang rasa ini suatu keputusan terbaik yang mereka pernah buat dalam hidup mereka.
Apa kelebihan buat lasik untuk seorang doktor mata?
Kami banyak guna mikroskop. Bila pakai spek, senang fogging. Lagi lah bila kita pakai mask.
Kadang tu bila tengah cemas waktu surgery, waktu tu lah spek nak fogging pulak. Stress betul.
Dalam bab ni, spek memang kalah. Sebab tu saya selalu tape mask dekat hidung waktu surgery.
Lagipun, saya lama sangat berfikir pro and cons nak buat refractive surgery. Sejak zaman medical student lagi. Waktu tu teknologi lasik masih baru.
Tak sedar, usia dah semakin banyak.
Sekarang saya dah mula terfikir, tak lama lagi saya akan mula dapat katarak jika umur panjang.
Untuk katarak ni, kita boleh gantikan kanta asli dengan kanta tiruan. Zaman sekarang, kanta tiruan ada banyak yang premium – untuk power silau, power dekat jauh, semua ada.
Pengiraan power kanta tiruan akan jadi lebih tepat bila kornea kita tak pernah disentuh.
Saya fikir, memandangkan saya pun dah terbiasa pakai spek, pakai aje lah spek terus. Nanti suatu hari bila saya ada katarak, boleh masukkan terus kanta premium.
At that time, it will worth it to take the risk. Bonus, I’ll be eyeglasses free (or at least lower eyeglasses power.)
Tak semestinya awak semua kena fikir macam cara saya fikir. Medical treatments must always be tailored according to one’s need. Saya memang jenis yang agak konservatif dan play safe.
Hal macam ni kena bincang dengan doktor yang merawat awak semua. Pergi check dulu.
Last but not least, being a high myope who opt to wear eyeglasses is NOT pitiful at all.
I travel, I hike, I snorkel, I dive, I ride horses, I do archery. Saya buat semua benda yang saya suka buat. Most of all, I’m an ophthalmologist.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi panduan buat sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan lasik serta antara risikonya bagi mengatasi masalah rabun jauh.