Wanita Ini Menulis Dengan Kedua Belah Tangan, Sayangnya Waktu Kecil Dulu Dia Mangsa Buli

Menulis dengan kedua belah tangan serentak kiri dan kanan ini jarang berlaku pada seseorang individu. Jumlah mereka tak ramai, nisbahnya 1 dari seratus orang. Mereka yang alami kelebihan ini dipanggil ambidextrrous.

Wanita ini, Yusalma Azzahra seorang ambidextrous survivor ini juga pernah berhadapan peristiwa pedih dalam hidupnya semasa kanak-kanak. Sebab itu, hari ini beliau kongsikan agar mak ayah tak salah faham.

Jika ada anak yang cenderung menulis dengan kedua belah tangan, mereka bukan ‘pelik’ atau pemalas. Tetapi mereka ambidextrous dan perlu dibantu.

Mereka Kata Saya Pelik, Tulis Dengan Kedua Belah Tangan

Ketika kecil saya boleh menulis dan mewarna dengan kedua dua tangan. Biasanya semasa tadika saya akan siapakan kerja rumah dengan menulis abc guna tangan kiri, tangan kanan akan mewarna buku latihan. Kadang kadang dua dua tangan menulis bagi untuk cepat siapkan kerja rumah. Saya ingat semua orang boleh buat begitu.

IKLAN

Ketika darjah satu, saya di ejek. Mereka ejek saya pelik. Ketika itu juga saya tidak tahu mengeja dalam bahasa melayu, di tadika Montessori saya lebih kepada belajar bahasa Inggeris dan Mandarin.

Guru pun memberitahu, “We use right hand for writing and drawing”. Saya tidak boleh bezakan tangan kiri dengan tangan kanan, balik ke rumah saya tengok ayah saya menulis dan saya ikut menulis menggunakan tangan yang sama sampai sekarang iaitu tangan kiri!

IKLAN

Hanya semasa darjah 3 saya dapat bezakan tangan kanan dan kiri. Sebab selalu di ingatkan tangan menulis tangan kanan,
tangan menulis tangan kanan,
tangan menulis tangan kanan.
Hanya semasa darjah 2 saya boleh mengeja dalam bahasa Melayu dengan lancar. Tetapi secara tak sedar saya sudah lupa bagaimana bercakap dan menulis dalam Mandarin.

Jangan Sampai Jadi Mangsa Ejekan Rakan Lain

Mungkin kerana kurang latihan dan bercakap, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan. Seingat saya apa yang menimpa saya ini bukan sesuatu yang menarik perhatian keluarga dan pihak sekolah.

Hanya baru baru ini saya tahu golongan yang boleh menulis dengan kedua dua tangan ini dipanggil Ambidextrous. Sekarang saya cuba menulis tangan kanan, boleh sikit sikit tapi kurang cantik berbanding dahulu.

IKLAN

Cuba anda perhatikan anak atau orang di sekeliling anda, ada tak seperti saya? Lindungi mereka dari mangsa ejekan dan rasa rendah diri kerana ketika itu saya rasakan kelebihan itu seperti kecacatan.

Sekarang di India ada sekolah yang mengajar murid menulis menggunakan kedua-dua tangan tau

Sumber/Foto : Yusalma Azzahra, Ambidextrous survivor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI