tangan putus

Angkara cemburu macam-macam boleh terjadi.Perasaan cemburu di sertai dengan rasa amarah yang melampau boleh mengakibatkan tindakan diluar batas.

Pergelangan tangan kiri seorang wanita yang putus akibat ditetak suami berjaya disambung semula selepas menjalani pembedahan hampir 15 jam di Hospital Pulau Pinang (HPP), Georgetown, semalam. Bagaimanapun, mangsa masih ditempatkan di wad kerana doktor mahu memantau keadaannya bagi melihat sama ada tangan wanita berkenaan berfungsi atau sebaliknya.

Pergelangan Tangan Wanita Yang Putus Ditetak Suami Angkara Cemburu Berjaya Disambung Semula

Simpan Dendam

Selain pergelangan tangan kirinya putus, mangsa patah kaki kanan akibat diperlakukan dengan kejam oleh suaminya ketika berada dalam kereta di parkir tingkat tiga flet Bayu Nyaman, Bayan Lepas.

IKLAN

Menurut sumber, suami mangsa memang kuat cemburu dan dia sudah lama menyimpan dendam kerana marah berikutan wanita terbabit menyambung belajar di kolej perubatan.

“Mangsa menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan di sebuah kolej di ibu negara dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada suspek.

“Suspek menuduh wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, pasangan terbabit mempunyai dua anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

“Difahamkan, mereka kini dalam proses bercerai dan anak lelaki tinggal bersama suspek manakala anak perempuan pula dijaga mangsa,” katanya.

Dipercayai Akibat Cemburu

Mengikut laporan sebelum ini, seorang lelaki menetak hingga putus pergelangan tangan kanan isterinya dipercayai kerana cemburu dalam kejadian di pangsapuri Bayu Nyaman, Bayan Lepas, dekat sini, tengah malam kelmarin. Dalam kejadian pada 12.55 tengah malam itu, mangsa yang berusia 24 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

IKLAN

Pergelangan Tangan Wanita Yang Putus Ditetak Suami Angkara Cemburu Berjaya Disambung Semula

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, susulan daripada itu polis berjaya menahan suami mangsa yang berusia 39 tahun di sebuah surau di Georgetown, kira-kira tiga jam selepas kejadian. Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tingkat tiga kawasan parkir pangsapuri terbabit.

IKLAN

“Kita dapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu suami mangsa yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu.

“Suspek mengaku menetak tangan mangsa menggunakan pisau dan pasangan berkenaan kini dalam proses perceraian,” katanya.

Anbalagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Mingguan Wanita mendoakan agar wanita ini cepat sembuh dan kuat menghadapi ujian ini.Pesanan buat setiap pasangan suami isteri, banyakkan bersabar didalam perhubungan, elakkan perasaan cemburu buta yang boleh mengakibatkan bertindak diluar kewarasan fikiran.

Sumber: bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI