Wajah Anak Penan Ini Basah Tangisan, Rindu Sungguh Pada Mak Ayah Yang Jauh

Anak sekolah usia 8 tahun ini tak berhenti menangis. Dari saat wanita ini, Azmira Amran temui sampailah anak ini selamat memasuki asramanya. Tangisan anak Penan itu terus berpanjangan.

Tangisan anak Penan ini menjentik hati pegawai yang bertugas di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Catatannya ringkas saja, namun memberi maksud yang cukup tersirat untuk mak ayah hayati. Betapa bersyukurnya kita, kerana dapat menatap wajah anak-anak setiap hari.

Melihat mereka membesar depan mata, tanpa perlu hadir sarat rindu yang tak berpenghujung. Anak Penan ini tidak bernasib baik seperti kita mak ayah.

 

Wajah Anak Penan Ini Basah Tangisan, Rindu Sungguh Pada Mak Ayah Yang Jauh

 

Dia jauh dari mak ayahnya… jauh sekali. Dan tentunya ketika itu.. dia terlalu rindu. Rindu kembali bertamu apabila melihat teman-teman lain punya mak ayah menemani di hari karnival.

Tetapi tidak dirinya. Betapa pilu hati anak ini, namun inilah realiti pendidikan untuk anak-anak jauh di pedalaman Sarawak. Semoga pengorbanan anak ini akan terbalas juga suatu hari nanti.

IKLAN

 

Wajah Anak Penan Ini Basah Tangisan, Rindu Sungguh Pada Mak Ayah Yang Jauh

Tangisan Anak Penan

(Catatan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, dan diterjemahkan semula dengan kebenaran penulis)

Sebaik tiba di sekolah ini, saya langsung terpandang budak lelaki ini (kerana rambutnya itu). Tubuhnya membelakangi sekolah, lama dia memandang sebuah perkampungan yang letaknya jauh di bawah bukit.

Saya mendekatinya, wajahnya basah dengan tangisan. Entah kenapa dia menangis, mungkinkah disebabkan rakan-rakan yang mengusiknya? Atau mungkin juga dia terlupa membawa pensil ke kelas? Saya cuba menceriakannya, bermesra dengannya, ajarnya cara-cara berselfie. Tapi dia terus menangis.

IKLAN

Uniform sekolahnya lusuh, penuh dengan tahi lalat pada pakaiannya. Tertulis ‘Aray’ pada name tagnya tapi akhirnya saya dapat tahu nama sebenarnya adalah Reno.

Anak ini, dalam kelas tahun 2 (8 tahun) dan antara pelajar yang paling banyak tidak hadir ke sekolah pada tahun lepas.

Sebab itu, tahun ini dia perlu tinggal di asrama. Kerana perkampungannya jauh dari sekolah.

 

Anak Ini Kerinduan, Terkenang Mak Ayah Yang Jauh

Semalam, hari Karnival di sekolah. Ramailah ibu bapa yang datang dari merata kampung. Kalau tak silap saya, ibu bapa Aray tak dapat datang menemuinya.

IKLAN

Kerana sesetengah perkampungan sememangnya terlalu jauh lokasinya. Kadang mengambil beberapa hari untuk sampai ke sekolah dengan berjalan kaki.

Anak ini kerinduan. Dia menangis kerana terkenangkan ibu bapa yang begitu dirindui. Hati saya sebak bila tahu akan hal ini.

 

 

Saya teruskan kerja, kemudian kembali mencarinya. Dan dia masih lagi sebegitu.. menangis. Duduk diam di penjuru pintu kelas. Usaha lagi untuk menceriakannya. Kali ini saya berikan gula-gula.

Dia ambil.. tetap dia masih menangis. Lewat petang itu, saya lihat di melangkah ke asramanya dan kembali menyambung tangisannya yang panjang.

Sumber/Foto : Azmira Amran

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI