Suami isteri nak bulan madu ke Paris kena tangkap basah, kena pedajal dengan makcik restoran. Ternyata tindakan  membabi buta akhirnya membawa malu kepada diri sendiri. Inilah nasib seorang makcik yang hanya kerana tidak berpuas hati pelanggan meninggalkan meja selepas menunggu makanan dipesan lebih sejam, membawa kepada malu yang lebih besar apabila ramai netizen “ingin mengenalinya” dengan lebih lanjut.

Suami Isteri Nak Bulan Madu Di Paris Kena Tangkap Basah

Ini kerana dirinya telah membuat aduan salah dengan menyangka pasangan yang datang makan ke kedainya adalah “couple” sedangkan mereka baru  diijab kabul dalam satu majlis mewah di KLCC dan dalam perjalanan untuk berbulan madu ke Paris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zed Rodzuan (@_zed7)

Kena Pedajal Dengan Makcik Restoran

Menurut Zed Rodzuan di Tik Tiknya, hotel murah disewa mereka telah diketuk oleh pihak berkuasa agama pada jam 4 pagi kerana disyaki berkhalwat tetapi nasib dia ada membawa sama kad nikahnya dan kes itu selesai begitu saja. Bahkan dirinya turut membuat penjelasan hingga terjadinya insiden dengan makcik puaka tersebut.Katanya lagi, kalau hati tak kental jangan sesekali menginap di hotel murah.

Kalau jiwa tak kental jangan sekali2 check in oyo. Sekali kena tangkap basah tidur tak lena weh,” katanya.

Menjelaskan insiden ini terjadi, jelas Zed,

“Alkisahnya kami makan kat kedai makcik tu, lepas tu dia sidai kami sejam tak dapat makan so kami letak duit atas meja dan blah terus dari situ sebab kebulur dari siang tak makan and gerak kedai mamak sebelah. So bermulalah segala tragedi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zed Rodzuan (@_zed7)

IKLAN

Kerana tidak berpuas hati pasangan pergi begitu saja, makcik ini telah mengekori mereka ke kedai sebelah, mengambil gambar curi-curi selain berkata ayat “manis-manis” sebelum suaminya turut mengekori mereka yang masuk menginap di hotel Oyo berdekatan sementara menunggu flight awal pagi.

Ternyata tanggapan itu membawa malu lebih besar kerana mereka adalah suami isteri dan bukan pasangan kekasih seperti disangkakan makcik tersebut.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pelajar IPT Mengaku Pekebun Buah Elak Ditangkap Khalwat, Sewa Hotel Beri Alasan Penat Beli-Belah

Pelajar Tingkatan 4 Ditangkap Berkhalwat Dalam Hotel Bajet, Beri Alasan Sambut Tahun Baharu

Penat Ambil Jubah Konvo, Alasan Mahasiswi Ditangkap Khalwat Bermaksiat Dalam Hotel

IKLAN

Agak marah dengan situasi dialaminya, jelas Zed mereka akan membuat laporan polis di atas tindakan melulu makcik restoren tersebut kerana ia jelas menyusahkan dirinya dan pasangan atas insiden ini.

Malah dirinya turut menunjukkan kad akaun nikahnya sebagai bukti mereka pasangan suami isteri. Inilah padahnya buruk sangka dan buat tindakan melulu hingga memalukan diri sendiri.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jangan pandang sebelah mata. Bukan setakat cantik dan berbakat tapi bijak lagi. Antara selebriti wanita tanahair yang ‘Beauty With Brain’ ye.

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI